Musim cuti persekolahan ini sememangnya ramai pasangan mengambil peluang untuk mendirikan rumah tangga. Ketika itu sudah pastinya semua ahli keluarga dapat berkumpul berikutan tidak terikat dengan sesi persekolahan anak-anak.
Jadi, pelbagai ragam dapat dilihat terutamanya para pengantin dan ahli keluarga mereka bergambar ketika hari bahagia mempelai. Khidmat jurugambar perkahwinan juga sangat ditagih ketika itu bagi mempatrikan momen indah tersebut.
Superhero terjah majlis kahwin
Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang jurugambar perkahwinan profesional, dia telah memuat naik gambar-gambar menarik satu pasangan pengantin bersama keluarga sebelah perempuan ketika majlis persandingan.
Ads
Apa yang mencuri tumpuan warganet adalah kostum yang dipakai oleh adik-beradik pengantin perempuan yang menyerupai superhero-superhero terkenal di kaca televisyen.
Rupanya Adik bongsu perempuan yang kahwin
Jurugambar yang dikenali sebagai Fadhil Aman Ahyat ini telah mengambil gambar pasangan mempelai Syahiera Sabri dan Izzul Azzuan di Kelantan tempoh hari.
Menurut kapsyen yang ditulis oleh Fadhil, kesemua individu yang memakai kostum superhero itu adalah adik-beradik pengantin perempuan yang juga merupakan anak bongsu dalam keluarga.
Ads
Keletah mereka di atas pelamin benar-benar mencuri perhatian warganet sehingga posting ini tular di media sosial.
Sehubungan dengan itu, rata-rata pengguna Facebook telah meninggalkan komen yang pelbagai di muat naik jurugambar itu. Mereka telah memuji hasil gambar-gambar itu dan mengakui telah memberikan mereka idea baru untuk kelihatan ceria semasa majlis perkahwinan nanti.
Pelancaran Lounge In The Sky buat julung kalinya di Asia menjadi antara tarikan utama Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020. Lounge In The Sky ini mewujudkan detik-detik istimewa dengan membawa semua tetamu bersatu dengan alam semula jadi, satu pengalaman yang tidak pernah diadakan sebelum ini. Pengalaman unik ini harus dicuba oleh semua di mana ia akan membawa semua tetamu 150 kaki ke udara, dengan permandangan bandaraya Kuala Lumpur yang menakjubkan sambil menikmati makanan dan minuman yang disediakan eksklusif selama 45 minit. Daya tarikan yang berasal dari Belgium ini akan ditempatkan di Elements KL, TREC, Jalan Tun Razak dan ia merupakan penambahan kepada beberapa inventori pengalaman dan lokasi santapan unik di bawah kendalian TwoSpicy Entertainment (yang terkenal dengan Dinner In The Sky, Plane In The City & Whimsy) dengan kerjasama Elements KL.
Lounge In The Sky ini mempunyai ciri-ciri unik yang tersendiri dari reka bentuk platform yang menarik dan turut memberi ruang kepada sesi persendirian kumpulan terdiri daripada empat orang tetamu, kapasiti yang besar hingga boleh memuatkan seramai 32 orang tetamu dalam setiap sesi, dan juga pentas tambahan yang boleh menempatkan persembahan secara langsung seperti yang terdapat di ruang-ruang acara lain. Lounge In The Sky mematuhi sepenuhnya langkah-langkah keselamatan yang diperlukan serta telah diperakui ciri-ciri keselamatannya oleh TÜV SÜD, organisasi Jerman yang mengesahkan keselamatan kesemua jenis peralatan untuk melindungi manusia dan alam sekitar daripada bahaya. Pengalaman yang tidak harus dilepaskan oleh semua hanya berharga RM199 seorang untuk pakej Kelas Ekonomi, RM299 seorang bagi Kelas Perniagaan dan RM499 bagi pakej Kelas Pertama.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rutin yang positif dalam hubungan suami isteri, penyanyi dan penyampai radio, Mawi ajar diri minta maaf sebelum tidur untuk jaga hubungan rumah tangga.
Bukan kerana buat salah tetapi lebih itu caranya menghargai kehadiran isteri, Nora’ Asikin Rahmat, yang setia bersama dan menjaganya walaupun pernah menghidap sakit misteri beberapa tahun lalu.
Mawi Pernah Sakit
Mengimbau kembali detik sukar pada 2013, Mawi atau Asmawi Ani menjelaskan keadaan dirinya sangat teruk apabila dikatakan sudah hampir gila, muntah darah dan sempat hilang ingatan menyebabkannya menyepi dari industri seni selama lima tahun.
“Dalam tempoh itu, memang saya tidak lagi bernyanyi. Apa yang paling menyentuh, Ekin tidak pernah meninggalkan saya.
“Memandangkan dia mahir ilmu perniagaan, dia buat bisnes dan saya bantu semampu boleh. Kami sama-sama bangunkan perniagaan untuk kelangsungan hidup.
“Selepas keluar dari hospital dulu, ingatan saya seperti terganggu. Ekin pun saya tidak kenal. Saya ambil masa tiga bulan untuk pulihkan memori. Ekin memang sangat penyabar. Betullah dia bidadari dan pelengkap hidup saya,” katanya.
Ajar Diri Minta Maaf Dengan Pasangan
Menurut penyanyi Aduh Saliha itu lagi, walaupun kenangan sakit misteri itu pahit ditelan namun ia menjadi hikmat besar yang menguatkan cintanya kepada isteri.
“Selepas saya sembuh, cinta dan sayang saya kepada isteri bertambah. Sebelum ini bukannya saya tak cinta, cuma selepas sakit dan melihat perjuangan Ekin, saya semakin menghargainya.
“Walau tidak melakukan apa-apa kesalahan, saya akan minta maaf kepada Ekin setiap malam. Dia juga melakukan perkara yang sama.
“Peristiwa lalu juga mengajarkan saya dan Ekin untuk berhati-hati. Dia juga yang siapkan bekal dan air untuk saya setiap hari sebelum bekerja,” tambahnya.
Untuk rekod, Mawi dan Ekin sah menjadi suami isteri pada 20 Disember 2008. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak iaitu Cahaya Malaika, 11.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada sesetengah isteri nak hadiah mahal daripada suami dek kerana melihat pemberian pasangan orang lain di medsos. Bukan kerana dengki tetapi nak merasa dapat kejutan dan dihargai.
Namun sebenarnya situasi ini bahaya jika suami kita bukan tak nak bagi cuma masih belum mampu nak hulur. Okay, untuk ketahui lebih jauh, jemput baca perkongsian Puan Intan Dzulkefli sebagai muhasabah diri.
Nak Hadiah Mahal Daripada Suami
Seorang suami hadiahkan barangan kemas bernilai 4 angka menjengah usia perkahwinan ke tahun 9.
Subhanallah, sweetnya masyaAllah. Suka sangat tengok kebahagiaan suami isteri macam ni.
Terusik juga hati bila membaca komen isteri yang teringin juga sedemikian, namun setelah berpuluh tahun berkahwin, tiada pun mendapat penghargaan bernilai seperti itu. Iyalah, tipulah, hati wanita mana tak terusik. Majoriti wanita memang sukakan emas kalau tidak sebagai perhiasan pun, disimpan sebagai aset.
Namun, hati ini lebih terusik dengan komen seorang suami yang mengatakan tatkala dia membaca coretan itu, dia terkenangkan isterinya. Jauh di sudut hati, dia juga ingin menghargai isterinya sebegitu.
Masuklah ke kedai emas dan pilihlah mana satu pun yang adinda mahu. Pasti senyuman adinda hingga ke telinga. Namun, apa daya, masa belum tiba, kekanda belum lagi mampu.
Tersentuh hati ini. Semoga dipermudahkan urusannya.
Bukan Tak Mahu Mengharga Tetapi Belum Mampu
Begitulah. Kadang, bukan suami tak mahu menunjukkan penghargaan dalam bentuk material terutamanya yang menjadi idaman isteri, yang harganya kadang hingga cecah beribu.
Namun, sebagai isteri, kitalah orang yang paling sedar kudrat, kemampuan, jumlah gaji, jumlah simpanan, jumlah hutang suami kita kan?
Kalau makan suami selama ini pun bercatu semata-mata untuk melunaskan keperluan anak isteri, hendak memberi nafkah bulanan kita anak beranak pun hingga buat 3-4 pekerjaan, rasanya tak perlulah tag nama suami sambil komen, “bila nak buat surprise begini?” Atau “Teringin nak macam ni jugak.”
Bukan apa, takut suami kecil hati, jauh hati, tawar hati. Terasa segala pengorbanan, penat lelah, kerja kerasnya selama ini seolah isteri tidak nampak.
Saat ini, saya cuma teringat kisah Allahyarham TGNA yang berpesan kepada isterinya agar tidak mengenakan barangan kemas yang berlebihan sekiranya waktu bertemu rakyat jelata kerana bimbang ada di antara rakyat merasa teringin hingga meminta-minta & akhirnya menyusahkan hati suaminya. Allahuakbar. Halusnya budi Tuan Guru. Subhanallah.
Wahai isteri, Jika suami ‘belum pernah’ beri, tak semestinya ia kerana dia ‘tak mahu’ beri. Mungkin itu bermakna dia ‘belum mampu’ hendak beri. Sebagai isteri, doakanlah semoga Allah murahkan rezekinya & doakan agar bila dia sudah mampu kelak, mudah-mudahan dia diingatkan untuk menghargai isteri yang selama ini bersabar di sisi. InsyaAllah.
Belajar Reda Dengan Suami
Wahai isteri, sekiranya suami meredhai kita selama hayat ini, Allah pun meredhai kita, maka balasannya insyaAllah syurga.
Di syurga kelak, sebagai ketua bidadari suami, mintalah apa sahaja, pasti Allah akan kurniakan, walau di dunia, kita cuma duduk di rumah buruk dengan persalinan yang lusuh kerana bersuamikan lelaki yang miskin.
Oleh itu, wahai isteri, bersabarlah dan tenang-tenangkanlah hati, iya kita juga teringin. Namun, jangan kerana menginginkan sesuatu hingga mengguris hati suamimu yang soleh dan baik itu.
InsyaAllah semoga Allah permudahkan. Bersabarlah.. jangan bersedih hingga membebankan hati sendiri & hati suamimu. Bahagialah menurut cara kita, seadanya.
Alhamdulillah ‘ala kulli hal.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!