Nak turun berat itu bukan mudah, nak naik berat pun bukan ambil masa sehari dua. Berbulan malah makan tahun kenaikannya.

Dan usaha nak menguruskan kembali berat badan yang dah naik itu pun kena ada disiplin, konsisten dan emosi yang kental. Tapi.. bila dah peroleh berat badan ideal, jangan sesekali sindir orang badan gemuk.

Sebab anda tak tahu macam mana teruk usaha dan keinginannya nak kurus, tapi belum berjaya.. berjaya. Ibu ini, Niena Samsir, ada pengalaman alami kenaikan berat dari 43kg ke 81kg.

Bila Berat Badan Naik, Jangan Down. Bakal Pengantin Boleh Ambil Semangat Wanita Ini.

Bila berat naik sampai 38kg, ibu ini tak mengeluh, sebaliknya melihat berat badannya itu sebagai satu hikmah yang perlu disyukuri.

Walaupun, mereka yang ‘chubby’ lagi montel ini tidak mengeluh, namun inilah ‘rasa’ sejagat yang siapa pun duduk dalam situasi ini akan alami.

Hikmah Berat Badan Naik Dari 43kg Ke 81kg
Apa hikmah saya dapat bila berat badan naik dari 43kg sampai 81kg?

Ads

1. Saya makin sangat nak menjaga tutur kata especially bila melibatkan bab penampilan seseorang. (Cakap orang gemuk / tak cantik / buruk)

2. Saya selesa pakai jubah dan tudung size besar, padahal dulu segan nak pakai sebab nanti nampak macam alim sangat. (Ni dulu la pemikiran kolot masa zaman berat 43kg. Ntah pape kan)

3. Saya dah lama tak beli seluar jeans. Dan tak ada rasa nak beli seluar jeans dah.

4. Nafsu shopping dah tak kuat macam masa zaman badan slim persis model tak cukup makan.

Ads

5. Saya faham macam mana rasanya terluka bila orang sentuh isu berat badan.

6. Saya boleh nampak siapa yang sebetulnya ikhlas sayang saya, bukan hanya kerana penampilan.

Bila Berat Badan Naik, Jangan Down. Bakal Pengantin Boleh Ambil Semangat Wanita Ini.

7. Saya boleh tukar tayar sendiri (kalau saya kurus macam dulu, rasanya melompat pun takkan mampu longgarkan nut tayar)

Ads

8. Saya tetap kena kritik walau berapa pun berat badan saya. Kalau kurus, orang kata saya papan. Bila badan sedang-sedang, orang kata kurus baru cantik. Bila gemuk, lagi lah orang kutuk. So, ada beza ke? Takde (Tak kenyang dek pujian, tak mati dek kritikan)

9. Saya mampu dukung anak yang berat 14kg berjam-jam lamanya, especially kalau dia tak sihat dan ke hulu ke hilir minta dukung walaupun dalam rumah.

10. Saya boleh angkat suami saya. Hahaha, awak boleh angkat suami awak tak?

Menjaga kesihatan sangat dituntut. Tapi, jangan riak sangat dalam menjaga berat badan sampai menyindir orang yang badan gemuk. Not good, not good. Karang dia sumpah awak jadi lebih gemuk, baru awak tau. Nak ke?

Sumber/foto : Niena Samsir 

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI