Bila Berlaku ‘Zihar’, Maka Suami Haram Bersetubuh Dengan Isterinya

Share

Zihar ialah perbuatan seorang suami menyamakan isterinya dengan mana-mana perempuan yang diharamkan berkahwin dengannya.

Perempuan yang diharamkan berkahwin tersebut hendaklah yang diharamkan berkahwin buat selama-lamanya seperti ibu dan anak perempuan. Biasa terjadi menerusi percakapan, tidak dikira yang terlintas di dalam hati.

Syarat zihar ada 6, iaitu:
i. Suami mestilah seorang yang Muslim dan sudah baligh (mukalaf).

ii. Hubungan suami-isteri di antara mereka hendaklah masih sah.

iii. Gaya bahasa (sighah) lafaz yang digunakan oleh suami memang bermaksud untuk menziharkan isteri.

iv. Perumpamaan yang dikenakan oleh suami kepada isteri secara keseluruhan dirinya atau sebahagian sahaja.

v. Persamaan yang disebut di antara isterinya dengan mana-mana perempuan lain yang haram baginya nikah sama ada sementara atau selama-lamanya.

vi. Persamaan yang disebut membawa makna haramnya hubungan suami-isteri di antara mereka.

Apabila telah berlaku zihar, maka suami diharamkam bersetubuh dengan isterinya kecuali setelah membayar kifarat (denda).

Terdapat tiga jenis kifarat zihar mengikut keutamaan iaitu:

1. Membebaskan (memerdekakan ) seorang hamba Muslim.

2. Berpuasa dua bulan berturut-turut.

3. Memberi makan enam puluh orang miskin dengan secupak beras setiap seorang atau dinilaikan harga makanan tersebut.

 

Published by
Bella