Bila Bersolek Isteri Memang Nampak Cantik, Tapi Bila Tak Makeup Suami Takut Nak Tegur

Share

Kebanyakan wanita, solekan adalah rutin wajib yang dilakukan setiap hari. Namun, tidak semuanya memiliki disiplin untuk memastikan semua solekan itu dibersihkan sempurna.

Kadangkala mekap tidak dibersihkan dan terus tidur hingga keesokan pagi. Tabiat itu patut dikikis, kerana tidur dalam keadaan begitu memburukkan keadaan dan boleh merosakkan kulit. Ia mudah ditumbuhi jerawat dan mengundang cela lain.

Sedarkah kita, semuanya berpunca daripada diri sendiri? Antaranya kerana sikap sambil lewa menjaga kecantikan. Meskipun menganggap rutin membersihkan wajah tidak memberi kesan, tabiat ‘malas’ itu membuatkan kerosakan kulit yang kekal dan tidak mungkin dapat dipulihkan.

Memudaratkan kulit

Tidur tanpa membersihkan mekap boleh memudaratkan kulit. Ini boleh menjejaskan kulit andai tabiat sambil lewa membiarkan wajah masih bersisa solekan kerana malam adalah waktu pembaikan kulit.

Ini kerana solekan akan membuatkan liang pori wajah tersumbat sekali gus menghalang kulit daripada bernafas. Selain itu, wajah yang tidak bersih menyebabkan ton kulit tidak sekata, kekeringan, kemerahan, jerawat dan menonjolkan garis kedutan.

Lebih serius lagi, sikap malas itu memberi padah kerana tabiat itu meningkatkan risiko radikal bebas berikutan bahan yang terkandung dalam alat solek sebenarnya boleh memudaratkan kulit.

Hampir seharian wajah itu diliputi alat solek dan apabila terus dibiarkan hingga ke malam, ia membuatkan kehilangan kolagen dan wajah tampak lebih berusia. Meskipun hal ini nampak remeh, tetapi apabila lama-kelamaan menjadi kebiasaan, dan menganggap tiada mudaratnya jika wajah dibiarkan masih bersisa solekan.

Mudah dijangkiti kuman

Misalnya apa pula akan terjadi jika maskara tidak dicuci kerana hanya membabitkan bahagian mata yang tidak pori seperti bahagian pipi.

Ada yang berdegil memakai maskara kerana menganggap ia tidak memudaratkan, tetapi sebenarnya sisa maskara itulah membuatkan folikel kecil pada bulu mata tersumbat, mengakibatkan rengsa atau radang mata.

Ini juga mengakibatkan jangkitan kuman atau ketumbuhan. Kapas pembersih muka seeloknya diletakkan di sebelah katil untuk memudahkan muka dibersihkan berbanding terus tidur tanpa berbuat apa-apa.

Ini jauh lebih baik daripada tidur dengan solekan, sekurang-kurangnya kapas boleh membersihkan sisa mekap, meskipun tidak sebaik menggunakan pembersih wajah. Walaupun diakui kapas tidak boleh membersihkan sedalam-dalam ke dalam pori muka, tetapi ia memberikan sisa solekan yang melekap pada wajah sepanjang hari.

Punca jeragat

Sesetengah orang menyedari ada jangkitan pada mata yang menyebabkan sukar membuka kelopak mata. Tahi mata adalah sesuatu yang normal, namun jika terlalu berlebihan boleh mengganggu penampilan. Sebenarnya, masalah kerana sisa mekap membuatkan terjadinya jangkitan.

Ia boleh menyumbat liang folikel dan menjadi punca jeragat yang wajah berikutan mekap yang tidakdibersihkan.

Tujuh perkara jika mekap tidak dibersihkan sebelum tidur

1. Jangkitan kuman dan radang mata

Menurut pakar dermatologi, Dr Joel Schlessinger, pengabaian mencuci mekap secara rutin membuatkan mata kekeringan, menjadi merah, radang dan dijangkiti kuman.

2. Kedutan

Kedutan mungkin suatu tanda penuaan, namun boleh terjadi lebih cepat daripada sepatutnya jika kita mengabaikan rutin penjagaan kecantikan.

Misalnya, tidur tanpa membersihkan solekan akan mendedahkan wajah kepada radikal bebas yang memberi kesan terhadap wajah dan menampakkan penuaan.

Kajian mengenainya ini dilakukan Pusat Pembedahan Plastik Marrota yang diketuai, Dr James C Marotta yang mengatakan hal itu menyebabkan kolagen berkurangan dan wajah nampak lebih berusia.

3. Jeragat

Masalah itu kelihatan ketara dan menampakkan seseorang lebih berusia. Puncanya kerana liang pori tersumbat kesan daripada mekap, bedak asas yang tidak dibersihkan.

Ini menggalakkan pertumbuhan jerawat, jeragat berikutan bakteria pada kosmetik menyebabkan liang pori terbuka dan mencacatkan penampilan.

4. Kulit kering

Pengarah Urusan Lembaga Berdaftar Dermatologi dan Pakar Pembedahan Dermatologi, Dennis Gross dalam satu temu bual bersama Refinery29, berkata sisa mekap akan membuat kulit wajah menjadi kering.

Ini kerana sisa mekap akan mewujudkan satu lapisan yang menghalang penyerapan bahan berfaedah seperti pelembap ke dalam lapisan kulit lalu mengeringkannya.

5. Menyumbat folikel bulu mata

Apa pula akan terjadi jika maskara tidak dicuci, kerana hanya membabitkan bahagian mata yang tidak mempunyai pori seperti bahagian pipi.

Ada yang berdegil memakai maskara kerana menganggap ia tidak memudaratkan, tetapi sebenarnya sisa maskara itulah membuatkan folikel kecil pada bulu mata tersumbat, mengakibatkan radang mata.

Ahli dermatologi, Dr Schweiger, berkata folikel halus pada bulu mata akan memerangkap sisa maskara dan menyumbat kelenjar minyak di kelopak mata.

Ini menyebabkan jangkitan kuman atau ketumbuhan, lebam kecil yang dikenali seperti ketumbit, pendarahan dan lain-lain.

6. Merosakkan bulu mata

Memakai maskara menampakkan seseorang lebih cantik. Namun, ada sesuatu yang mengecewakan, maskara boleh membuatkan bulu mata menjadi rapuh dan mudah gugur, ini menyebabkan bulu mata semakin jarang.

7. Bibir pecah

Saban hari wanita tidak ketinggalan memakai gincu, tetapi ramai tidak sedar, kandungan plumbum, bahan kimia membuatkan bibir pecah, kehitaman dan menggelupas.

Bahan berkenaan membuatkan bibir hilang kelembapan, apatah lagi dibiarkan semalaman, tanpa dibersihkan di saat kita tidur.

Menurut ahli dermatologi, Jeannette Graf tidur dengan sebarang jenis gincu hanya membuatkan bibir menjadi kekeringan.

Cara tanggalkan mekap

  • Hirisan timun -selain membersih, timun melembapkan kulit.
  • Susu badam -susu ini tidak mempunyai laktosa, membersihkan secara semula jadi minyak, kotoran dan sisa mekap.
  • Minyak zaitun -bukan saja tidak kasar pada kulit, menjadi pelembap kulit kerana kaya dengan vitamin A dan E.

 

Published by
Kim