bila dah kahwin

Biasanya, awal perkahwinan orang nasihat, bila dah kahwin jangan manjakan suami tu, agaknya, kenapa ya?

Haaa… hom baca perkongsian daripada Puan Puteri Kasim yang lebih mesra dengan panggilan Kak Put, kenapa tak boleh manjakan suami sangat.

Bila Dah Kahwin

Dulu tak faham kenapa mak selalu pesan begitu, kakput follow sahaja apa mak cakap, lagi pun keduanya bekerja. Jadi, Kak Put sesiap dah buat jadual untuk buat kerja rumah. Nampak macam kelakar kan? But its really help masa awal perkahwinan.

Bila Dah Kahwin, Kongsi Buat Kerja Rumah, Jangan Nak Manjakan Suami!

Dari hari pertama kahwin sampai sekarang, kami akan bekerjasama dalam semua hal termasuk kerja rumah dan urus anak.

Ramai juga yang tanya, macam mana suami pandai jaga anak dan uruskan anak bila Kak Put pergi kelas.

Ads

Suami Lagi Bijak Jaga Anak

Jangan tak tahu, suami lagi bijak uruskan anak. Dia ada sense yang anak dia tak sihat dan tak okay. Itu kelebihan dia. Masa dalam pantang pun, suami ambil cuti untuk uruskan isteri dan baby.

Bila Dah Kahwin, Kongsi Buat Kerja Rumah, Jangan Nak Manjakan Suami!

Kak Put pula bab urus rumah, masak semua. Tapi kami tetap lakukan semua bersama.
Contoh situasi :

1. Kak Put masak, dia akan kemas dapur dan cuci semua alat masak.
2. Kak Put cuci kain dan jemur, dia akan lipat.
3. Kak Put cuci toilet rumah, dia akan mop 1 rumah.
4. Kak Put kemas bilik, dia akan cari kerja contohnya dia akan kemas rumah tamu.
5. Kak Put malas masak, dia akan pergi beli makanan.

Ads

Keduanya Kena Mainkan Peranan

Jadi dalam rumah tangga, masing-masing kena mainkan peranan. Tak ada istilah one man show. Tak ada istilah semua ni tanggungja wab isteri. Kalau ikut Islam, yang perlu sediakan makan dan minum tu suami. Isteri ni bidadari tau. Tapi masyarakt kita dah terbiasa isteri kena buat semua.

Memang sweet kalau awal perkahwinan tu, kita tak bagi suami basuh sebiji mangkuk pun. Tapi bila anak dah berderet. Suami dok main hp kat depan sambil berdekah tengok maharaja lawak, sedangkan awak tengah berjuang dengan kerja rumah dan anak anak.

Isteri Penat Tak Sempat Uruskan Diri

Orang rumah jadi selekeh sebab tak sempat nak bersiap sibuk dengan kejar anak-anak. Suami pula pandang sebelah mata sahaja hal macam ni. Jangannnn… macam mana penampilan isteri itu mempengaruhi macam mana awak layan dia. Sebab tu ada isteri Makin cantik lepas kahwin, ada yang tidak.

Ads

Bila Dah Kahwin, Kongsi Buat Kerja Rumah, Jangan Nak Manjakan Suami!

Naluri seorang isteri akan mula rasa semua ni tak adil. Akan mula marah-marah dan memberontak. Yang suami pula dah terbiasa dimanjakan.

Yang suami pun kena faham, lagi lagi isteri yang sama sama cari nafkah. Isteri perlukan rehat juga. Perlukan me time untuk longgarkan tulang tulang kami. Alah me time tu cukuplah sekadar dapat rest sejam dua dalam bilik sambil scroll apa nak beli tanpa gangguan anak anak.

Elakkan Penceraian

Banyak penceraian berlaku sebab hal sebegini. Mula-mula rasa sweet memanjakan, lama lama naik muak sebab suami dah mula naik kepala tak nak tolong apa-apa. Masih belum terlambat untuk ajar suami bab bab ni. Mulakan dengan yang kecil. Minta tolong mandikan anak dulu, vacum rumah dulu. Pelan pelan kayuh. Supaya nanti tak jadi kebiasaan. Bertoleransi dalam rumah tangga. Itu tanggungjawab bersama.

Jadi kalau nak isteri cantik dan sihat, suami kena mainkan peranan sama-sama tolong apa yang patut. Barulah bahagia dalam hubungan walau anak berderet.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI