Hubungan

“Bila Dah Kahwin, Lain Orang Lain Dugaannya” – Nabila Razali

Share

Kena reda dan bersedia bila dah kahwin sebab setiap orang akan lalui ujian yang berbeza dan pelbagai sudut. Begitulah pandangan penyanyi, Nabila Razali tentang kisah rumah tangga.

Tak suka ‘selak kain orang’, Nabila lebih selesa menyimpan kemas hal rumah tangga daripada berkongsi dalam media sosial.

Bila Dah Kahwin

Menerusi satu portal hiburan, Nabila atau nama lengkapnya Nur Nabila Mohd. Razali, 31, saling menerima kekurangan diri yang tidak perlu dijaja kepada umum.

“Sebagai manusia, saya juga lakukan kesilapan tapi berusaha menjaga hal rumah tangga yang lebih baik disimpan sendiri dengan suami apatah lagi kami baru berkahwin.

“Saya masih lagi belajar alam rumah tangga. Apa yang perlu saya ambil ambil tahu dalam perkahwinan adalah sakinah, mawaddah dan rahmah,” katanya.

Tak Mahu Ulas Kisah Rumah Tangga Orang Lain

Ditanya kemelut rumah tangga membabitkan selebriti lain, penyanyi lagu Peluang Kedua itu enggan mengulas hal ‘dalam kain’ orang lain.

Katanya, tiada keperluan untuk menyentuh perkara yang dia sendiri tidak tahu lebih-lebih lagi membabitkan dugaan dalam perkahwinan.

Suami sentiasa ingatkan saya, ujian dalam rumah tangga orang lain juga ujian untuk kita menahan diri daripada berkata-kata tentang orang lain.

“Apabila isu rumah tangga artis selalu keluar di ‘feed’ laman sosial, kita kena kawal mulut, mata dan telinga.

“Lain orang lain dugaannya. Isu sebegini boleh berlaku kepada sesiapa pun, bukan sahaja selebriti. Sebab itu kita perlu berjaga-jaga,” katanya lagi.

Sekadar rekod, Nabila bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Nik Iruwan Nik Izani, 39, pada 18 November tahun lalu. Dilihat cukup bahagia di samping suami tersayang, kita doa yang baik-baik untuk pasangan sejoli ini.

Kredit gambar: Nabila Razali

Published by
Nadia