Jodoh pertemuan adalah kerja Tuhan. Tugas manusia adalah mempertahankan perkahwinan yang telah dibina. Setiap pasangan yang berkahwin mahu kekal sehingga ke akhir hayat. Sayangnya, tidak semua perkahwinan itu akan berjaya seperti yang dirancangkan. Kini ramai wanita terpaksa melalui tempoh iddah setelah sah bercerai.
Iddah Adalah Berbeza Mengikut Jenis Penceraian
Jenis iddah ada beberapa jenis. Ianya berbeza mengikut jenis penceraian. Jenis penceraian terbahagi kepada DUA (2) iaitu:
CERAI HIDUP
Cerai Hidup bermaksud seorang perempuan yang telah diceraikan oleh suaminya di dalam keadaan suaminya masih hidup. Perempuan yang telah bercerai hidup ini seringkali di sebut dengan jolokan JANDA.
CERAI MATI
Cerai Mati pula membawa maksud si perempuan tersebut telah bercerai disebabkan oleh kematian suami tercinta. Dalam erti kata lain, cerai mati adalah apabila seorang perempuan itu menjadi BALU.
Isteri yang kematian suami berhak mendapat tempat tinggal sebagaimana semasa keberadaan suaminya.
Antara Larangan Untuk Wanita Yang Sedang Di Dalam Iddah
1. Menerima Khitbah
Seorang wanita yang baru saja ditalak suaminya, atau ditinggal mati, ketika masa iddah itu dia tidak boleh menerima ajakan atau lamaran (khitbah) dari seorang lelaki lain.
Ads
2. Menikah
Kalau sekedar menerima lamaran saja diharamkan, maka tentu saja bila menikah lebih diharamkan lagi. Seorang wanita yang dicerai suaminya atau ditinggal mati, harus menunggu sampai masa iddahnya selesai terlebih dulu sebelum berkahwin semula.
3. Keluar Rumah
Seorang wanita yang sedang menjalani masa iddah diwajibkan melakukan apa yang disebut dengan mulazamtu as-sakan (ملازمة السكن). Artinya adalah selalu berada di dalam rumah, tidak keluar dari dalam rumah, selama masa iddah itu berlangsung.
Ads
4. Berhias
Seorang wanita yang sedang dalam masa iddah dilarang untuk berhias. Di antara kategori berhias itu adalah seperti menggunakan alat perhiasan seperti emas, perak atau sutera. Menggunakan minyak wangi dan sebagainya.
Ads
Penceraian Semakin Berlaku Umpama Sebuah Trend Di Akhir Zaman
Bercerai mati sememangnya sudah tidak dapat diubah ketentuan. Walaupun sedih tetapi soal ajal maut tidak dapat dibuat apa. Masalahnya, semakin hari semakin banyak kes cerai hidup yang telah difailkan. Bercerai akibat curang juga semakin menjadi-jadi. Yang akan menerima tempias akibat perpisahan pastinya anak-anak hasil daripada perkahwinan tersebut.
Hargailah pasangan dan kenanglah juga segala susah payah tika bersama sejak dulu hingga kini. Untuk apa diturut kata hati. Rumahtangga mana tak dilanda ujian. Perkahwinan mana tak diuji Allah SWT. Tetaapi itu tidak bermakna segalanya hanya boleh selesai dengan kaedah penceraian semata-mata.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjadi perkara biasa dalam perhubungan cinta yang serius jika ada masalah-masalah kecil yang sukar untuk dielakkan. Perkara ini mungkin dapat mengukuhkan lagi jalinan cinta antara anda dan pasangan.
Namun, sekiranya ia terlalu kerap berlaku dan tidak menemui jalan penyelesaian, anda patut semak apa yang kurang dan cara untuk menyelesaikannya. Jom kita lihat 10 perkara bahaya yang boleh merosakkan hubungan cinta anda!
1. EGO
Jika pasangan atau anda sendiri yang mempunyai ego setinggi KLCC, itulah yang mencetuskan konflik dalam perhubungan. Ego yang terlalu tinggi boleh menyebab pasangan anda rasa terluka dan jika anda tidak pandai kawal situasi ini, hubungan tidak dapat kekal lama.
2. JARAK
Sudahlah terpisah oleh jarak, jika semakin lama masalah anda berdua tidak diselesaikan dengan cepat, kalian akan semakin jauh dan menjauh. Tidak semua orang mampu untuk mengharungi percintaan jarak jauh.
3. MEDIA SOSIAL
Banyak pasangan kini mempunyai masalah akibat daripada akaun media sosial masing-masing. Daripada terlalu asyik melayan sosial media hingga mengabaikan pasangan sendiri ataupun berlaku curang di dalam sosial media, itulah punca banyak hubungan yang retak kini.
4. JARANG MENDENGAR
Pasangan yang baik perlulah menjadi seorang pendengar yang baik. Apabila anda mendengar, itu bermaksud anda memberikan sepenuh tumpuan, fokus dan rasa cinta pada pasangan. Biarkan tidak dapat membantu apa-apa, hanya dengan mendengar boleh menyebabkan pasangan anda berasa lega.
5. PENTINGKAN DIRI SENDIRI
Semuanya tentang anda, keinginan anda, keperluan anda dan hati anda. Hal ini boleh menyebabkan pasangan anda berasa cepat penat, rimas dan malas melayan karenah anda. Siapa pula yang akan menjaga keperluan dan keinginan mereka?
6. MEMENDAM RASA
Dalam perhubungan, seharusnya anda boleh berkongsi apa sahaja. Baik rasa tidak puas hati, rasa marah, curiga mahupun apa sahaja, jangan pendam rasa itu. Luahkan pada pasangan anda supaya anda boleh mendapat jawapan yang sewajarnya. Memendam rasa hanya akan menyebabkan ia tersimpan dalam dan bakal meletup apabila keadaan sudah tidak terkawal.
7. INSECURITY
Perasaan insecure boleh mencetuskan pergaduhan. Jika anda banyak memuji orang lain dari pasangan sendiri, merendah-rendahkan si dia atau sering cakap lepas dengan pasangan anda, ia sangat tidak sihat dalam perhubungan kalian.
8. PERTEMBUNGAN PERSONALITI
Pasangan yang baik sebenarnya berkongsi minat, rasa, budaya, persekitaran atau apa sahaja walaupun ia berbeza. Anda boleh tahu jika si dia klik atau tidak dengan personaliti anda apabila anda sering berasa senang dengan kehadiran mereka.
9. TIADA KEPERCAYAAN
Kepercayaan merupakan kunci perhubungan. Jika pasangan anda sering meragui kepercayaan yang dibina, ia lambat-laun boleh mendatang rasa jelak dan benci. Apabila kepercayaan telah diberikan, anda jangan pula mengkhianati kepercayaan itu.
10. TAKUT KOMITMEN
Berada di dalam perhubungan bermaksud anda sedia untuk memberikan komitmen. Jika anda masih berasa takut dengan komitmen, anda masih belum bersedia untuk memulakan hubungan yang serius. Jangan heret pasangan anda dengan masalah ini.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Assalamu’alaikum S.S. Mufti, saya ingin bertanya adakah majlis walimah atau kenduri kahwin itu merupakan tanggungjawab suami ataupun keluarga pengantin perempuan ? Mohon penjelasan.
Jawapan:
Wa’alaikumussalam w.b.t,
Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Menurut kitab Al-Feqh al-Manhaji, Al-Walimah diambil dari perkataan الولْم yang membawa erti berhimpun atau berkumpul. Dinamakan dengan yang demikian itu kerana kedua pasangan suami isteri berkumpul padanya (majlis perkahwinan).
Kemudian disebutkan, al walimah merupakan makanan perkahwinan, atau kesemua makanan yang dibuat untuk dijemput (orang ramai) dan selainnya. Rujuk Al-Feqh al-Manhaji (2/92).
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A bahawa Abd al-Rahman bin ‘Auf telah berkahwin. Lalu Rasulullah S.A.W bersabda kepadanya:
أَوْلِمْ وَلَوْ بِشَاةٍ
Maksudnya: Hendaklah kamu melakukan majlis perkahwinan sekalipun dengan seekor kambing.
Riwayat Muslim (1427)
Secara zahir dari hadis di atas, mengadakan walimah atau majlis perkahwinan adalah dituntut selepas perkahwinan dilangsungkan. Meskipun begitu, para ulama berbeza pendapat kepada implikasi tuntutan tersebut, sama ada ia membawa kepada hukum wajibnya majlis walimah ataupun hukumnya adalah sunat sahaja.
Pendapat pertama menyatakan bahawa hukum walimah adalah wajib. Mereka yang berpegang dengan pendapat ini menyatakan hujahnya berdasarkan zahir arahan “Lakukanlah walimah’’. Kaedah menyebut: ‘’Kata perintah membawa hukum wajib’’.
Tambahan pula, hukum menghadiri jemputan walimah adalah wajib sekiranya tiada keuzuran. Justeru, menjalankan majlis walimah itu sudah tentu turut diwajibkan.
Manakala pendapat yang kedua merupakan pandangan para fuqaha’ iaitu hukum mengadakan walimah adalah sunat muakkad. Oleh kerana itu, Imam Abu Dawud dalam menukilkan hadis-hadis walimah ini beliau letakkan di bawah tajuk:
باب فِي اسْتِحْبَابِ الْوَلِيمَةِ عِنْدَ النِّكَاحِ
Iaitu ‘’Bab Pada Menyatakan Sunatnya Walimah ketika Perkahwinan’’.
Demikian juga dalam kitab Al-Feqh al-Manhaji menyebut: ‘’Hukum walimah adalah sunat muakkad’’.
Mereka juga berpendapat bahawa majlis perkahwinan ini adalah sama sahaja dengan majlis-majlis jamuan yang lain dari sudut hukum asal mengadakan majlis jamuan makan adalah sunat sahaja.
Demikian juga pada pandangan mereka, tidak tepat untuk dikatakan bahawa hukum mengadakan walimah adalah wajib disebabkan hukum menghadiri walimah adalah wajib. Ini kerana, dalam isu memberi salam ia juga dituntut dalam agama. Namun, memberi salam hukumnya sunat dan ini berbeza dengan hukum menjawab salam iaitu wajib.
Majlis Perkahwinan Tanggungjawab Siapa ?
Berkenaan isu siapakah yang bertanggungjawab melaksanakan majlis perkahwinan, terdapat dua pandangan utama dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Sebahagian berpendapat bahawa majlis perkahwinan merupakan tanggungjawab suami iaitu pengantin lelaki. Manakala sebahagian lagi menyatakan bahawa urusan majlis perkahwinan adalah merupakan tanggungjawab keluarga mertua.
Syeikh Muhammad bin Ahmad al-Syathiri menimbulkan persoalan sama ada walimah disunatkan kepada suami atau isteri. Lalu beliau menyatakan: ‘’Para ulama berpendapat bahawa walimah disunatkan kepada suami (pengantin lelaki). Melainkan sebahagian ulama berpendapat bahawa ia disunatkan dengan seruan yang umum (iaitu tanpa dikhususkan kepada sesiapa), bagi tujuan menzahirkan kegembiraan dan keseronokan.
Beliau turut menukilkan pendapat dari Syeikh Daud al-Zahiri yang menyatakan bahawa walimah itu wajib ke atas suami. Berdasarkan perintah Nabi S.A.W kepada Abdul Rahman bin ‘Auf.
Manakala para ulama Syafi’eyyah meletakkan arahan tersebut kepada hukum sunat (iaitu sunat bagi suami melakukan walimah). Rujuk Syarah Yaqut al-Nafis, Muhammad bin Ahmad al-Syathiri (Hlm. 597).
Pandangan yang menyatakan tanggungjawab mendirikan majlis walimah terletak pada bahu pengantin lelaki berhujahkan kepada hadis arahan Nabi S.A.W kepada Abd al-Rahman bin ‘Auf di atas. Ini kerana, baginda S.A.W menyatakan kepada beliau أولم (lakukanlah walimah). Namun dalam masa yang sama, baginda tidak menyatakan kepada pihak mertua Abd al-Rahman bin ‘Auf أولموا (lakukanlah kamu semua majlis perkahwinan). Justeru, majlis walimah itu disyariatkan kepada hak pengantin lelaki.
Selain itu, kenikmatan (perkahwinan) pada hak seorang suami adalah lebih besar berbanding kenikmatannya pada hak seorang isteri. Demikian juga menjadi kebiasaan bahawa orang lelaki yang melamar dan meminta seorang perempuan untuk menjadi isterinya, serta sangat jarang berlaku orang perempuan yang meminta orang lelaki mengahwininya.
Tambahan pula, pernikahan adalah suatu kenikmatan bagi pengantin lelaki dan antara cara menzahirkan syukur adalah dengan melakukan amal soleh. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T
اعْمَلُوا آلَ دَاوُودَ شُكْرًا
Maksudnya: Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur.
Surah Saba’ (13)
Justeru, antara amalan yang dilakukan untuk menzahirkan kesyukuran dari perkahwinan adalah dengan melangsungkan majlis walimah itu sendiri.
Manakala berkaitan isu majlis walimah yang dilakukan oleh pihak mertua iaitu bapa pengantin perempuan sebagai contohnya, maka kata al-Syeikh Muhammad bin Ahmad bin Umar al-Syathiri: ‘’Sekiranya majlis walimah dilakukan oleh selain suami dan wali, seperti bapa kepada isteri (pengantin perempuan), atau walimah dilakukan oleh pengantin perempuan sendiri, maka telah ditunaikan sunnah bagi pihak dirinya (pengantin lelaki). Rujuk Syarah Yaqut al-Nafis (Hlm. 598).
Penutup
Sebagai kesimpulan, kami menyatakan bahawa hukum asal bagi mengadakan walimah adalah sunat muakkad. Ia disunatkan kepada pengantin lelaki iaitu suami untuk melakukannya. Meskipun begitu, sekiranya pihak pengantin perempuan atau pengantin perempuan sendiri menjalankan majlis walimah, maka telah terlaksanalah hukum sunat bagi pihak pengantin lelaki.
Berkenaan budaya dalam kalangan masyarakat di negara kita untuk melakukan majlis perkahwinan sebanyak dua kali iaitu sekali di rumah pengantin perempuan dan juga majlis di rumah pengantin lelaki. Maka kami menyatakan bahawa secara asalnya hukumnya adalah harus selama tidak berlaku israf dan pembaziran. Hal ini kembali kepada apa yang disebutkan oleh sebuah kaedah yang masyhur:
العادة محكَّمة
Maksudnya: Adat itu menjadi penentu hukum.
Ini bermakna, adat itu boleh menjadi penentu atau pemutus hukum dalam permasalahan-permasalahan yang berlaku. Yang mana permasalahan tersebut tidak terdapat padanya dalil-dalil yang jelas dalam menjelaskan hukumnya.
Kami turut menyatakan, hendaklah majlis perkahwinan itu dilakukan secara sederhana mengikut kemampuan dirinya sendiri (pengantin lelaki) tanpa perlu israf dan juga membazir. Inilah hikmah dari arahan Nabi S.A.W kepada Abd al-Rahman bin ‘Auf di atas bahawa biarlah diadakan walimah, sekalipun dengan seekor kambing.
Begitu juga kami nasihatkan kepada ibubapa kepada bakal-bakal pengantin supaya sentiasalah mempermudahkan urusan anak-anak dalam mengadakan majlis perkahwinan supaya mereka dapat melayari bahtera perkahwinan dengan sebaiknya.
Akhir kalam, semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita dalam beragama. Ameen.
Sumber : Mufti Wilayah Perseketuan
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hilangkan jerawat badan anda segera sebelum kahwin!
1. Gula
Pengelupasan merupakan satu cara membuang kulit mati pada badan, Gunakan gula sebagai skrub ketika mandi setiap minggu atau setiap bulan kerana ia lebih lembut berbanding garam.
2. Soda Bikarbonat
Campurkan 2 sudu soda bikarbonat dan sedikit air untuk dijadikan skrub hingga pekat. Sapukan campuran tersebut ke atas kulit dengan lembut kemudian bilas bersih dengan air sejuk.
3. Oren
Jemur kulit oren di bawah matahari hingga kering sepenuhnya. Kemudian, kisarkan sehingga menjadi serbuk dan simpan di dalam sebuah bekas. 2 minggu sekali, tambahkan air ke atas serbuk oren tersebut dan sapukan pada jerawat.
4. Minyak Tea Tree
Minyak tea tree mampu menghapuskan bakteria penyebab jerawat pada badan. Sapukannya dengan kadar secukupnya dan mengikut arahan pemakaian kerana ia boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit.
5. Ubat Gigi
Ubat gigi merupakan salah satu petua menyembuhkan masalah jerawat tanpa merosakkan tekstur kulit. Sapukan sedikit ubat gigi di bahagian jerawat dan biarkan semalaman kemudian sental badan ketika mandi keesokan pagi.
6. Lemon
Potong sebiji lemon kemudian perah jusnya. Campurkan dengan sedikit air dan sapu pada bahagian badan yang berjerawat menggunakan kapas atau kain bersih. Biarkan kering kemudian bilas dengan air bersih.
Banyak lagi resepi dari seminit resepi yang korang boleh tengok tau. Jangan lupa subscribe youtube seminit resepi tau. Senang nanti kalau ada resepi baru korang dapat notification boleh cuba terus kann..Kalau tak faham tentang resepi ni boleh komen ok. InsyaAllah hn akan balas, terima kasih korang ^_^