“Bila Fokus Sama Untuk Jadi Muslim Lebih Baik, Maka Mendorong Juga Menjadi Pasangan Terbaik” – RUHILA & MAJID

Share

Manisnya perkahwinan anak perempuan kepada bekas pengacara TV3, Puan Sri Normala Samsudin iaitu Dr Ruhila Roslan dan pasangan, Abdul Majid bin Nazli. Tarikh 3 Januari 2021 menyaksikan dua hati ini disatukan dalam upacara akad nikah bertempat di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara.

 

Indahnya pasangan mempelai ini mengenakan sepasang baju melayu dari Altelia Amani dan Dr Ruhila menggayakan busana sentuhan Zachrin Jaafar

 

 

Keheningan pagi yang membiaskan kejelitaan Dr Ruhila dalam persalinan serba putih rekaan Zachrin Jaafar manakala Majid pula segak dengan persalinan baju Melayu rona serupa rekaan Altelia Amani menarik perhatian. Majlis pernikahan mereka mula diketahui ramai selepas Puan Sri Normala menaikkan foto beberapa minit sebelum majlis berlangsung. Baik ibu  dan anak, sama-sama nampak sangat cantik sekali!

 

Solekan yang menampakkan kejelitaan dan kemanisan Dr Ruhila dari jemari jurusolek Warnabilla.

Pasangan bagai pinang dibelah dua ini sudah lama kenal mengenali antara satu sama lain. Cuma kata orang seru tak sampai lagi. Bila membaca kisah Dr Ruhila dan Majid ini rasa macam terbuai dalam fairytale mereka pula. Dari kenalan biasa kepada satu hubungan yang luar biasa dek terpesona dengan keperibadian masing-masing. Macam mana manisnya senyuman mempelai dan keluarga mereka di hari bahagia, begitulah juga sweetnya kisah cinta pasangan ini.

“Alhamdulillah sudah sebulan lebih kami memegang status baharu, suami isteri. Buat masa sekarang, rutin saya masih seperti biasa bekerja di klinik manakala suami pula lebih banyak masanya di rumah. Seronoknya bila dah berkahwin ni kami banyak melakukan aktiviti bersama.

 

Di rumah kami layan sama-sama suka menonton movie atau series yang menarik. Memandangkan kita semua pun masih di bawah PKP jadi kegiatan luar tersekat sikit. Bila ada kelapangan, kami suka bersukan bersama seperti yoga dan gym setiap dua hari sekali. itu pun kalau tak sibuk dengan jadual kerja.

 

Busana disarungkan Ruhila hasil sentuhan Teh Firdaus manakala sut digayakan Majid dari Lord’s Tailor

 

Rutin harian pun berbeza juga kerana suami saya is a morning person. Sebelum Subuh lagi dia dah bangun walaupun pada hari cuti. Dan dia juga kuat makan! Saya dah lama tahu perkara ni tapi bila dah tinggal bersama, baru tahu banyak mana dan memang banyak! Setiap dua jam dia akan cari makanan. Jadi kenalah sesuaikan diri bila dah kahwin.

 

Syukur sangat kerana Majid sangat ringan tulang. Kami sama-sama buat kerja rumah, kemas bilik, cuci pinggan dan macam-macam lagilah.”

 

Kala bulan berbicara, memang tidak ada sesiapa yang mendengar. Begitu juga apabila hati memerhati dari kejauhan. Bisikan bahagia melihat seseorang yang terasa sejuk mata memandang hanya disimpan rapi di dalam hati. Perkenalan hampir 10 tahun akhirnya termetrai dengan satu akad ijab dan kabul.

 

Pasangan ini mula berkenalan ketika berada di Melbourne, Australia. Mungkin love spell kanggaru dan beruang koala tidak berapa menjadi, pasangan ini kekal hanya sebagai kenalan pada tahun 2012.

 

“Selepas tujuh tahu barulah kami bertemu semula di satu majlis perkahwinan kawan kami di Putrajaya. Sejak itu kami betul-betul berkenalan dengan lebih mendalam. Dalam tujuh tahun itu ada juga kami terjumpa beberapa kali semasa gathering bersama kawan-kawan lain tetapi sparks tu tak ada. Masing-masing belum bersedia untuk fikirkan dan mencari pasangan hidup lagi.”

 

Pertemuan di Putrajaya itu sebenarnya sudah ada bibit manisnya. Majid sendiri akui dia mulai tertarik pada Ruhila.

Busana resepsi: Sentuhan pereka fesyen Teh Firdaus

“Masa berjumpa di Putrajaya tu saya memang tertarik pada Ruhila. Saya suka cara Ruhila berpakaian… sopan dan cantik. Kami banyak berbual dan duduk semeja pada hari itu dan jujurnya dalam hati saya sudah berhasrat untuk take this further and see how it goes. Alhamdulillah semakin lama, saya rasa semakin selesa dengan dia sehingga kini.”

 

Apa pula pandangan Dr Ruhila when love strikes at the first sight

 

“Secara fizikalnya Majid tampak handsome dan sweet. Dia juga sangat polite, tenang dan subtle charm inilah yang membuatkan saya rasa selesa berbual dengannya pada waktu itu. Sebelum ini saya sangkakan Majid pemalu dan tak banyak bercakap tapi rupa-rupanya tidak. Daya penarik itu datang secara semula jadi ketika kami duduk semeja hari itu…”

 

 

Apabila mengimbau kembali kenangan hari bahagia, agaknya apa perasaan Dr Ruhila sebaik Majid sah bergelar suami…

 

“Emosi saya bercampur baur tetapi paling utamanya saya rasa sangat bersyukur kerana dilimpahkan rezeki jodoh ini kepada kami. Gembira itu sudah tentu dan lega juga kerana akhirnya kami sah bergelar suami isteri. Mendengar bacaan takliq dari suami membuatkan saya rasa sebak kerana ia mengingatkan saya soal tanggungjawab kami yang kini bergelar suami isteri yang sah.

 

Tak dinafikan saya berdebar bila tiba hari pernikahan itu. Just like going on an adventure or a journey, saya rasa gementar tetapi excited untuk menghadapi kehidupan baharu. A lifetime journey InsyaAllah, bersama pasangan.

 

 

Saya rasa ketika itu saya pun risaukan juga flow of the event dan sentiasa mengharapkan semuanya berjalan dengan lancar. Itu yang menambahkan lagi rasa berdebar dan gementar.”kata Ruhila.

 

Singgahsana indah yang menjadi centre of attraction dari hasil perancang perkahwinan Weddings by Emma cukup memukau. Suasanya begitu menggambarkan setiap momen kisah cinta dua merpati sejoli ini.

 

Pelamin dari Weddings by Emma

 

Meskipun pasangan ini berbeza lapangan kerjaya tetapi mereka mempunyai persamaan dalam beberapa aktiviti berdua.

 

“Kami suka hiking dan bercuti ke tempat-tempat yang more to nature and historical. Malah kami juga minta bersenam walaupun pilihan senaman kami berbeza. Ruhila lebih gemarkan sukan badminton dan saya lebih kepada bola sepak. Tapi kami sukakan yoga dan berenang.

 

Namun satu yang pasti, kami berdua sekarang ini is at the same stage in life. We both focus to become a better Muslim and with that becoming a better partner for each other juga.” kata Majid.

 

Sudah ada perancangan untuk mempunyai cahaya mata ke?

 

“Kami decided untuk plan elok-elok dulu keadaan kami selepas kahwin ini. Banyak perkara perlu dipertimbangkan. Selepas dah stabil sikit barulah kami akan fikirkan tentang cahaya mata. Tetapi, jika ditakdirkan cahaya mata sampai awal, pun tak menjadi masalah.

 

Selepas bergelar isteri, saya berazam untuk jadi isteri terbaik untuk suami saya. Segala kekurangan akan saya cuba perbaiki. Begitu juga suami kerana kami sama-sama nak jadi yang terbaik untuk satu sama lain. Banyak lagi ilmu baharu untuk self-development yang sebelum ini saya kurang beri perhatian seperti bercucuk tanam sayuran, memasak dan ilmu agama perlu saya perbaiki.”

 

Semoga pasangan ini sentiasa dibawah keberkatan Allah Taala dan bahagia sehingga ke Jannah.

 

Kredit video: Instagram Puan Sri Normala Samsudin

Kredit video: Instagram LHMEDIATV

Published by
Anis Nor