_HH19978

Apabila berumah tangga, kehidupan kita akan berubah sepenuhnya. Dah tak sama rentak hidup masa bujang. Dulu dengan ibu bapa sendiri bolehlah kita nak buat perangai kan, tapi kini kita dah bertambah keluarga. Rentak ibu bapa mertua totally tak sama macam ibu bapa sendiri. Tak bolehlah kita nak buat perangai sendiri macam kita berdepan dengan ibu bapa sendiri.

Anda perlu beringat, keberkatan dalam rumah tangga perlu melalui dua belah pihak. Antara pihak ibu bapa sendiri dan mertua. Jika salah satu pihak terasa atau berkecil hati maka ianya serba sedikit mengganggu keharmonian rumah tangga anda bersama pasangan.

Hormatilah ibu bapa mertua sama seperti anda menghormati ibu bapa sendiri. Janganlah anda hanya ingin berkahwin dengan anaknya tetapi bab tanggungjawab dengan mertua diabaikan. Paling mengecewakan, ada juga menantu yang bersikap kurang ajar dan biadap terhadap mertua.

Ini kerana doa dari orang tua tidak kiralah ibu bapa sendiri mahupun ibu bapa mertua akan memberi keberkatan dan kebahagian dalam hidup anda suami isteri. Bila ibu bapa dan mertua senang hati, insyaAllah rezeki anda suami isteri pun melimpah ruah.

Disini kami kongsikan tips membina hubungan baik dengan mertua:

Bila Hormat Mentua, Rumahtangga Memang Berkat

1) Hormati mertua

IKLAN

Ibu bapa mertua ibarat ibu bapa kita sendiri. Hormatilah mereka sebaiknya dan jangan sesekali meletakkan jurang antara anda dan mereka. Layani mereka sama adil dengan ibu bapa sendiri. Bercakap dengan bahasa yang lembut dan sentiasa meletakkan mereka sama penting dalam kehidupan anda.

2) Sayangi mertua

Sayangi mereka sama seperti anda sayangkan ibu bapa anda. Jangan membeza-bezakan mereka dan jangan sesekali membanding-bandingkan mereka. Setiap ibu bapa tidak kira mertua sekalipun, mereka ada cara tersendiri dalam mendidik anak-anak.

IKLAN

3) Sentiasa mengalah

Jangan sesekali bertekak atau bertelagah dengan mertua anda. Sentiasalah beralah walaupun anda kurang bersetuju dengan pendapat mereka. Tidak rugi mengalah asalkan hubungan baik diantara anda dan mereka tidak terjejas. Anggap sahajalah karenah mereka sebagai ragam orang tua yang tidak perlu diperbesar-besarkan.

4) Terima teguran mertua

IKLAN

Terima setiap teguran mereka dengan baik. Anggap mereka seperti ibu bapa anda sendiri. Janganlah anda bertindak keras kepala dan melawan setiap teguran mereka. Terima sahaja teguran mereka dan perbaiki diri anda kearah yang lebih baik.

Bila Hormat Mentua, Rumahtangga Memang Berkat

5) Berdamai dengan diri sendiri

Ertinya menciptakan suasana tenang dalam diri sendiri dengan mendekatkan diri pada Allah s.w.t dan mengenepikan sebarang buruk sangka terhadap mertua. Alihkan fikiran secara total pada hal-hal yang positif. Ingatlah bahawa setiap perselisihan pasti melibatkan lebih dari seorang dan dalam hal ini tidak ada manusia yang dapat lari dari kesilapan.

Oleh sebab itu, jika secara negatif dan selalu meyalahkan orang lain, maka sekarang belajarlah sedikit demi sedikit melihat sesuatu permasalahan secara objektif. Mulakan dengan mengubah pola pemikiran kita sendiri.

Sumber : Wedpedia

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI