Restu orang tua dan keluarga adalah sesuatu yang harus dicapai sebelum melangkah ke fasa seterusnya dalam sesebuah hubungan cinta. Namun, kadang kala untuk menuju ke fasa berikutnya, ia sukar kerana halangan daripada keluarga.
Situasi ini boleh menyebabkan anda menjadi bingung dan runsing. Manakan tidak, insan yang anda cintai dan berjanji untuk sehidup semati tidak disukai oleh keluarga terutamanya ibu bapa anda. Mungkin ada perkara yang membuatkan perkara ini boleh terjadi.
Jom kita lihat empat tip yang boleh membantu anda memikat dan memujuk hati keluarga agar mereka dapat menerima pasangan anda seadanya!
1. CARI PUNCA KENAPA KELUARGA HALANG
Ketika orang tua anda tidak menyukai pasangan anda, carilah punca di sebalik alasan tersebut. Apakah pasangan anda pernah menyinggung mereka melalui perkataan atau tingkah lakunya? Atau ada hal lain yang lebih besar. Sebelum melakukan langkah-langkah yang lain, anda perlu mengetahui perkara akar yang membuatkan masalah ini berlaku.
Ads
2. PERBAIKI TINGKAH LAKU
Ketika akar atau punca masalah sudah diketahui, anda perlu membicarakannya kepada pasangan tentang perkara tersebut. Minta dia untuk berubah perilakunya terutama di hadapan keluarga anda. Misalnya, pasangan kena jadi peramah ketika berbual dengan keluarga atau datang tepat pada waktu dalam acara yang telah ditentukan. Pada saat yang sama, anda juga harus memberi pemahaman kepada keluarga supaya saling menghargai perasaan pasangan anda.
3. SERING BERTEMU DAN BERSUA MUKA
Ads
Selain perilaku, keluarga tidak akan memberikan restu disebabkan oleh masalah yang lebih besar seperti keyakinan dan pekerjaan. Jika perkara ini yang terjadi, anda perlu melakukan pendekatan yang lebih halus. Contohnya, lebih sering mengajak keluarga menghabiskan waktu bersama pasangan di majlis-majlis seperti kenduri kahwin, makan malam, majlis hari jadi dan sebagainya. Apabila kerap berjumpa, maka akan timbuk keserasian antara keluarga dengan pasangan sehingga lama-kelamaan akan mewujudkan kemesraan antara mereka.
Ads
4. FAHAMI MASALAH LAIN
Keluarga anda juga boleh memiliki alasan lain untuk tidak menyukai pasangan anda. Contohnya, mereka tidak suka cara pasangan memperlakukan kepada anda, cara pasangan bercakap dengan anda atau cara pasangan menyampaikan pendapat kepada anda. Jika hal ini berlaku, ada baiknya anda beritahu pasangan agar dia dapat memperbetulkan tingkah lakunya yang mungkin selama ini dia tak sedari.
5. BAWA BERBINCANG
Untuk menyelesaikan perkara ini, lebih baik sekiranya anda dan pasangan duduk dan berbincang bersama keluarga anda. Luahkan isi hati yang terpendam dan selesaikan perkara ini dengan baik. Mungkin cara ini lebih praktikal dan pasangan anda boleh memahami keluarga anda dengan lebih dekat lagi. Jika timbul rasa tidak puas hati, selesaikanlah dengan cara yang terbaik dan berhemah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masa saya melancong di Mesir dulu, alahai rendah dan kecil diri sangat dengan wanita-wanita di sana sebab badan mereka besar-besar dan gemuk-gemuk.
Kata kawan saya, adat mereka, suami memang suka kalau isteri mereka gemuk tandanya mereka dah beri makan yang cukup kepada isteri. Berbeza dengan keadaan di Malaysia, isteri-isteri yang pandai dan rajin masak untuk ‘membesarkan’ suami.
Rata-rata lelaki yang sudah kahwin, mesti perut pergi depan lebih dulu berbanding isterinya. Lepas itu, tidak tahu datang mazhab dari mana yang mengatakan suami boroi petanda senang hati, rumah tangga bahagia, isteri pandai masak. Bersuamikan lelaki boroi sangat membahagiakan, boroi itu seksi dan lain-lain.
Kalau sayangkan suami, tolonglah dia untuk kurangkan keboroian mereka itu. Memanglah boroi itu seksi dan comel. Akan tetapi kalau isteri sayangkan suaminya, tidak usah dibiarkan lagi dia dalam keadaan macam tu, kerana boroi merupakan salah satu petanda sindrom metabolik atau sindrom X.
Apa pula sindrom X tu? Sindrom songsang ke?
Sindrom X ini merupakan kumpulan penyakit-penyakit yang mempunyai punca yang sama iaitu ‘kerintangan insulin’ dalam badan atau dalam English insulin resistance. Boroi adalah salah satu penyakit dalam sindrom X ini, iaitu obesiti.
Sindrom ini sangat berkaitan dengan pemakanan harian kita. Diet orang Asia terutamanya Malaysia mengandungi karbohidrat dan lemak yang tinggi. Akibatnya lebih banyak insulin yang diperlukan untuk menurunkan paras gula dalam darah. Proses ini berterusan dan berulang, lama-kelamaan badan akan menjadi kurang sensitif kepada insulin. Maksudnya walaupun paras insulin tinggi dalam darah, tapi tindak balas dengan sel kurang baik dan gula tak dapat dikurangkan.
Gula tu satu hal. Masalah dengan sindrom X ini ialah paras insulin yang tinggi yang boleh menyumbang kepada masalah kesihatan yang lain, seperti:-
Keradangan dan kerosakan pada saluran darah atau arteri —> meningkatkan risiko serangan jantung dan strok.
Perubahan keupayaan ginjal untuk menyingkirkan bahan kumuh —> tekanan darah tinggi, kerosakan buah pinggang.
Lemak triglyceride dan LDL (kolesterol jahat) meningkat, HDL (kolesterol baik) berkurang —> meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular
Darah lebih pekat dan cenderung untuk membeku —> Menyumbat saluran darah dan meningkatkan risiko serangan jantung dan strok.
Menganggu rembesan dan fungsi insulin —> Risiko kencing manis jenis 2.
Pernikahan adalah sebuah momen yang special buat semua pasangan yang bakal mendirikkan rumah tangga. Di hari itu, pengantin wanita akan berdandan habis-habisan agar penampilannya nampak berbeza dan cantik. Sehinggakan, ramai dari mereka melakukan pelbagai rawatan kecantikkan supaya mereka kelihatan sempurna dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Bagi wanita, rambut adalah mahkota yang harus di jaga rapi, lebih-lebih lagi pada hari bahagia mereka. anyak wanita yang rela menahan beratnya sanggul, atau berjam-jam duduk didepan cermin demi mendapatkan tatanan atau gaya rambut yang rumit namun cantik ini. Ramai wanita yang sanggup berhabis duit demi untuk menjaga rambut mereka.
Di sebabkan itu, gaya rambut wanita di hari perkahwinan sangatlah penting dan ia harus di sesuaikan dengan busana yang akan di pakai nanti. Berikut adalah gaya rambut yang boleh anda cuba di hari bahagia anda.
Kalau boleh padankan rambut anda biar bersusuaian dengan tema dan busana. Baru nampak lehih kemas dan teratur.
Sesuaikan juga agar kena dengan peribadi anda. Di nasihatkan agar tidak terburu-buru untuk mendandan, sebaiknya lihat inspirasi atau bertanyakan pada yang lebih pakar dahulu sebelum anda memotong rambut.
Kesilapan besar anak-anak terhadap arwah ibu bapa yang sudah meninggal dunia antaranya adalah :
Ada yang hanya menggantung gambar ibubapa di dinding-dinding rumah atau simpan gambar itu dalam dompet.
Ada yang suka simpan barang yang ditinggalkan oleh ibubapa, dijaga dengan baik atau diwariskan.
Ada yang sering pergi ke kubur hanya untuk bersihkan kuburan dan dicabut rumput.
Ada yang menangis dan bersedih sepanjang masa teringatkan arwah dan lain-lain.
Sebenarnya bukan itu sangat yang arwah ibu bapa kita mahukan, harapkan dan perlukan. Semasa mereka berada di alam barzakh sana, ada yang lebih utama dari itu.
Sebagai anak kita wajib meneruskan bakti dan khidmat kita kepada arwah ibubapa kita. Di sana mereka teramat- amat menantikan doa dan kiriman pahala khas dari anak-anak mereka.
Yang mereka perlukan, antaranya ialah :
Doa keampunan dan rahmat Allah untuk mereka dari anak-anak.
Sedekah harta yang diniatkan pahalanya untuk mereka dari anak-anak.
Amal soleh yang dilakukan hasil didikan mereka dari anak-anak.
Anak-anak sering menyebut atau menceritakan apa saja kebaikan ibubapa.
Sedekahkan Al-Fatihah setiap hari untuk arwah ibubapa.
Setelah matinya seorang ibu atau bapa, segalanya sudah berubah. Di alam barzakh sana segala nikmat duniawi sudah tidak bermakna lagi… hilang sudah senda gurau, gelak tawa, main main, perhiasan indah atau harta dunia.
“… yang bernilai di sana hanya pahala yang dibawa atau yang dikirim…”
Ingatlah..hari ini kita sebagai anak, esok lusa kita mati amalan yang sama kita perlukan pada anak kita.
Berwasiatlah bagaimana kita mahu orang di sekililing kita lakukan untuk kita apabila kita menghadapi sakaratul maut. Kita sudah tidak mampu berkata-kata apabila berada dalam keadaan sedemikian.
Bagaimana kita mahu anak isteri, kaum kerabat atau masyarakat membantu kita apabila berhadapan dengan kematian. Ketahuilah bahawa saat kematian itu adalah bila-bila masa. Berwasiatlah bagaimana kita mahu menghadapi sakaratul maut.
Wallahu a’lam…
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!