Kalau ditanya apa yang anda tahu tentang wanita, ada sahaja jawapan yang bermain di kepala. Malah ada yang berani tampil membuat kenyataan tentang baik buruknya seorang wanita secara terbuka. Sememangnya sikap wanita memang sukar diramal, malah sering menjadi tanda tanya kepada kaum lelaki yang belum mengerti apa yang mereka mahukan, lebih-lebih lagi ketika datang bulan.
Datang bulan, haid, atau period adalah satu kemestian bagi setiap perempuan normal yang telah mencapai akil baligh. Malah dalam proses datang bulan itu, psikologi wanita adalah satu perkara yang sangat abstrak dan terlalu sukar diduga.
Secara psikologinya, wanita menjadi ‘bukan dirinya’ ketika period. Mereka akan menjadi marah dan sedih tidak tentu pasal, sedih dan kemurungan yang melampau, sering menyalahkan orang sekeliling termasuk orang tersayang, suka mencari kesalahan, suka memikirkan sesuatu yang negatif dan bukan-bukan dan rasa diri serba tidak kena.
LAYAN DENGAN PENUH ISTIMEWA
1)Jangan sesekali membangkang kata-katanya saat ini. Jadilah pendengar yang setia dan buailah kata-kata romantis agar kesakitan yang dialami dapat dikurangkan.
2)Layan dia sebagai seorang puteri ketika itu. Jangan pula anda tambah-tambahkan lagi api kemarahannya.
3)Wanita lebih cenderung untuk mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati ketika ini. Bagi lelaki yang tidak sabar mendengar leteran tentunya mendapati hari-hari adalah paling membosankan.
4)Jangan banyak tanya. Soalan yang bertubi-tubi pasti akan dijawab dengan hati yang berat. Tetapi apa yang pasti anda akan makan hati dengan setiap jawapan yang diberikannya.
5)Anda perlu ketahui simptom yang dihadapi wanita ketika datang bulan. Sedikit sebanyak akan membantu anda mengetahui lumrah biologi wanita.
6) Hadiahkan sesuatu yang istimewa kepadanya sebagai pengubat. Pasti si dia masih mampu tersenyum biarpun emosinya tidak stabil.
7) Sediakan mereka makanan yang boleh membantu mengurangkan sakit dan mengurangkan perubahan hormon. Elak member minuman berkafeina, coklat, soda atau makanan mengandungi gula yang banyak.
8) Jangan buat lawak bodoh semasa wanita datang bulan. Antara lawak yang dilarang sama sekali, “Awak kalau tengah senggugut mesti muka ada iras nenek kebayanlah, tapi awak tetap ayu di mata saya”. Bersiap sedialah untuk dimarahi.
9) Apabila si dia merajuk kerana perkara kecil, jangan anda pula yang merajuk. Elak sesekali memberi alasan, “ Saya juga ada period saya tersendiri”. Sentiasalah mengucapkan kata-kata yang menyenangkan hatinya.
10) Bagi anda yang baru menjalinkan hubungan dengan seseorang wanita, jangan terkejut apabila wanita yang mulanya dikenali sebagai seorang yang lemah lembut bertukar menjadi seorang kasar dan beremosi. Jangan menjauhkan diri tetapi bagi masa sehingga mereka kembali kepada asal.
FAKTA WANITA DAN HAID
- Dianggarkan sebanyak 50% wanita mengalami kesakitan dan kekejangan yang teruk pada awal kedatangan haid dan hilang selepas satu atau dua hari tanpa menjejaskan aktiviti harian
- Ramai wanita mengalami kekejangan uterus semasa tempoh ini (kekejangan teruk atau simptom lain dikenali sebagai senggugut
- Dari segi kesihatan, kulit manusia mengandungi nilai PH yang berfungsi sebagai imuniti. Tuala wanita sebenarnya mengandungi alkali tinggi dan boleh menyebabkan alahan kulit, wanita menjadi kurang subur. Para suami,jika anda disuruh membeli tuala wanita, bijaklah memilih yang sesuai.
- Demam, rasa gatal pada alat sulit, celah kangkang, paha, menjejaskan pundi kencing dan boleh kadangkala berlakunya jangkitan pada saluran kencing antara masalah ketika wanita datang bulan.
- Tidak boleh melakukan persetubuhan seperti yang ditetapkan dalam Al-Quran. Ini juga untuk mengelak dijangkiti dan memindahkan pelbagai penyakit seperti penyakit kelamin. Kebanyakan pasangan yang melakukan hubungan seksual ketika haid mengadu kesakitan dua kali ganda daripada biasa.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI