Dalam perhubungan suami isteri, banyak benda yang kita boleh belajar. Ada pengalaman yang boleh di bawa masuk dalam rumahtangga, ada juga yang boleh diperbaiki dalam perhubungan. Ada isteri yang mengikut telunjuk suami sehingga membinasakan diri. Apa nasihat Dr Azizul Azli Ahmad buat para isteri dan suami…
Saya selalu pesan dalam banyak tulisan saya. Saya yakin lelaki yang baca dan ikut tulisan saya disini lelaki yang baik belaka.
1. Jangan minta isteri buat loan untuk kita, apatah lagi untuk tujuan berniaga atau apa sahaja.
2. Kita hanya nilai sehala, “hutang itu kita akan bayar nanti”. Bagaimana jika gagal bayar?.
Kita akan kehilangan rasa hormat isteri kepada kita. Apa guna jadi suami tercinta, jika isteri mula hilang rasa hormatnya pada kita.
3. Isteri dalam posisi dilema, antara ikut cakap suami yang dia puja. Atau boleh jadi ‘isteri derhaka’ pada anggapannya.
Jangan letak isteri dalam keadaan mencari ‘syurga atau neraka’. Kita semua nak masuk syurga.
1. Saya banyak menulis hak anda sebagai gadis, isteri dan wanita sebelum ini. Bacalah jika nak elak dari bencana.
2. Anda tidak jadi isteri derhaka, jika tak buat pembiayaan peribadi untuk tujuan yang tak jelas dan pasti atas permintaan suami.
3. Semua orang sayangkan suami, tetapi janganlah sayang sampai makan diri dan terjerat hutang nanti. Elakkan memberi slip gaji atau penyata bank untuk tujuan hutang dalam keadaan ekonomi begini. Perkahwinan bukan perjudian, ia adalah pelaburan masa depan dan akhirat kita.
Jika kita nampak perkahwinan itu bakal bawa bencana, dapatkan nasihat dan pandangan pakar kemana perkahwinan kita.
Jangan biar selamanya rugi dan tanggung derita. Hidup berimpian untuk masuk syurga bersama.
Jadilah suami yang matang dan isteri yang bijaksana.
Harungi rumah tangga dengan hikmah bukan saling curiga dan ambil kesempatan dalam hidup bersama.
Azizul Azli Ahmad
Jadilah Suami Yang Perkasa
#Kongsikan agar semua pasangan faham peranan kewangan dalam rumah tangga Percaturannya mudah bila dalam rumahtangga. Tahu hak masing-masing. Jangan membiarkan diri menjadi mangsa keadaan, anda perlu tahu bila untuk bertindak dan mengapa tindakan itu diambil. Tepuk dada, tanyalah apa yang terbaik!
***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.