
Sebaik sahaja bergelar isteri, andalah jantung kepada sesebuah rumah. Kalau dulu mak yang tolong sapu lantai, bersihkan sawang dan basuh baju kali ini anda pula yang bertanggungjawab. Walaupun dapat suami yang tak cerewet tetapi anda sendiri kena peka hal ni.
Dalam satu perkongsian video, Ustaz Fawwaz menerangkan 14 sebab yang menjadi punca manusia jatuh miskin.
Menurut Ustaz Fawwaz, para alim ulama’ menjelaskan di dalam kitab yang diriwayatkan daripada hadith 14 perkara yang kita sering lakukan tanpa sedar.
- Tidak menjaga solat
- Solat 5 waktu adalah WAJIB tetapi jika solat itu tak cukup 5 dan tak cukup ‘sifat’, perlulah diperbaiki agar rezeki dimurahkan dan diberkati.
- Para wanita juga perlu tahu, bahagian dahi diletakkan pada lantai BUKAN di alas dengan telekung!
- Terburu-buru keluar dari masjid selepas solat subuh
- Kecuali jika ada urusan
- Untuk para wanita, luangkan masa selepas solat untuk panjangkan wirid, selawat dan berzikir kepada Allah
- Tidak membersihkan sawang yang terdapat dalam rumah
- Orang tua-tua selalu ingatkan supaya bersihkan sawang di dinding dan celah-celah meja. Ini sebabnya!
- Mengeringkan atau lap air yang terdapat di wajah dengan pakaian yang dipakai
- Di sunatkan menyediakan sapu tangan agar mudah untuk lap air atau peluh pada wajah
- Makan dan minum dalam keadaan berjunub/hadas besar
- Sebelum makan atau minum,eloklah mandi wajib dahulu dan membersihkan diri
- Isteri yang suka mencaci dan memarahi suami
- Berdiri tanpa menutup aurat
- Tidur dalam keadaan telanjang atau menutup aurat
- Suka melakukan maksiat
- Jika anda merokok, sila hentikan kerana merokok hukumnya HARAM!
- Suka menyapu sampah di dalam rumah pada waktu malam
- Terlalu banyak tidur
- Tidur terbaik adalah sebelum Zohor dan selepas Isyak.
- Duduk di pintu rumah
- Memakai sikat yang rosak
- Membiarkan pinggan mangkuk yang kotor di dalam sinki pada malam hari
Boleh tonton video dari Ustaz Fawwaz Mat Jan di sini.
Kredit video: Tazkirah Ustaz dan Ustazah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Baca Al-Fatihah Dalam Hati Ketika Solat, Benarkah Tak Sah?

Membaca Surah Al-Fatihah merupakan salah satu daripada rukun-rukun solat.
Ya, kebanyakan kita memang akan membaca ummul kitab itu tatkala menunaikan solat, namun dari segi lafaz berkenaan kadangkala kurang jelas didengari di telinga sendiri.
Bahkan, ada segelintir orang pula membaca surah berkenaan hanya dalam hati.
Bagaimanakah cara yang betul melafazkan Surah al-Fatihah berkenaan? Adakah cukup sekadar berbisik dan bacaan itu hanya didengari di telinga sendiri?
Sebelum menjawab kemusykilan itu, ayuh kita fahami dahulu bahawa bacaan Surah al-Fatihah tersebut termasuk dalam rukun qauli.
Rukun qauli adalah bacaan-bacaan yang wajib dalam solat.
Ia merangkumi takbiratul ihram, Surah al-Fatihah, tasyahud akhir dan salam.
Ketika menunaikan Rukun Islam ke-2 itu, setiap umat Islam disyaratkan melafazkan setiap rukun qauli tersebut dengan suara yang dapat didengari oleh diri sendiri jika keadaan pendengaran kita baik dan tiada halangan untuk mendengarnya seperti bunyi bising.
Bagaimanapun, jika keadaan adalah sebaliknya yang mana pendengaran kita kurang baik seperti mengalami masalah tuli atau ada halangan lain sebagai contoh bunyi bising, maka tidak diwajibkan untuk kita mendengar bacaan berkenaan.

Pun begitu, kita tetap wajib melafazkannya dengan suara yang boleh didengari ketika pendengaran kita dalam keadaan baik atau keadaan tidak bising.
Perkara itu tidak boleh dipandang remeh kerana ia antara penentu kesahan solat seseorang itu.
Tidak sah bacaan setiap rukun qauli apabila ia tidak dilafazkan dengan suara yang dapat didengari oleh dirinya sendiri.
Ia termasuklah jika rukun-rukun qauli yang disebutkan di atas hanya sekadar dibaca di dalam hati.
Tindakan itu sebenarnya menyebabkan solat yang dikerjakan tidak sah.
Ambil beratlah tentang perihal solat kita agar ia diterima oleh ALLAH SWT.
Masih belum terlambat untuk kita memperbaiki solat masing-masing.
Semoga ALLAH menerima segala amal ibadah yang kita lakukan.
(Sumber: Portal rasmi kemusykilan agama, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)
Surah Al-Fatihah (سورة الفاتحة) – Pembukaan – surah yang diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir. Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah.
Surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran. Surah ini juga dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن – Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب – Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri. Surah ini turut dinamakan As-Sab’ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat.

HIKMAH DAN KEUTAMAAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH
1. Membaca surat Al-Fatihah mendapat pahala seperti membaca sepertiga Al Quran .
2. Setiap satu ayat dari Al-Fatihah menjadi penutup satu pintu neraka.
3. Orang yang membaca Al-Fatihah seolah ia telah membaca kitab taurat, injil, zabur, Al Quran, suhuf idris As. dan suhuf Ibrahim As. sebanyak 7 kali.
4. Orang yang membaca Al-Fatihah seolah olah ia telah sedekahkan emas di jalan Allah SWT.
5. Amalkan membaca Al-Fatihah sebanyak 70 kali setiap hari dalam keadaan berwudhu ‘ dan ditiupkan pada air lalu diminum selama tujuh hari. Insya Allah akan mudah memperoleh ilmu pengetahuan, di samping itu dapat membersihkan hati dari fikiran yang rosak.
6. Sesiapa membaca Al-Fatihah berserta Bismillah diantara Solat Sunat Subuh dan Fardhu Subuh dengan istiqamah, maka jika ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia ada hutang maka akan mampu membayarnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.
7. Amalkan membaca Al-Fatihah saat hendak tidur, diikuti membaca Surah Al – Ikhlas tiga kali, Surah Al -Falaq dan Surah An – Nas , insya – Allah akan aman tentram dan terjauh dari gangguan setan.
8. Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20 kali setiap selesai solat fardhu lima waktu, maka Allah SWT luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan kesusahannya, anugerahkan apa yang diimpikan, dapat berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, penghidupan baik dan anak-anaknya pula terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.
9. Untuk membuka pintu rezeki yang luas dan mempermudah segala urusan hidup serta terhindar dari segala kesulitan, amalkan membaca Al-Fatihah sebanyak 41 kali saat makan sahur malam. Insya Allah akan dimakbulkan Allah s.w.t.
10. Sesetengah ulama mengesyorkan membaca Al-Fatihah sebanyak 40 kali setiap kali selesai solat Maghrib dan solat sunat. Insya Allah hajatnya akan dikabulkan.
11. Sesiapa yang membaca ‘Al-Fatihah’ 1 kali di waktu hendak tidur, Surah ‘Al-Ikhlas’ sebanyak 3 kali dan ‘Mu’awwidzatain’ (Surah Al-Falaq dan surah An-Nas) 1 kali, sebelum tidur. Insya Allah maka ia akan terpelihara dan selamat daripada segala perkara dan ancaman seperti mimpi buruk, gangguan syaitan, kecurian, kebakaran dan malapetaka, selain daripada ajal.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila Suami Atau Isteri Meninggal Dunia, Pasangan Jangan Bingung, Ini Yang Perlu Dilakukan

Kita tak akan pernah tahu bila waktu diuji kehilangan pasangan dan apa yang akan berlaku jika si dia pergi secara tiba-tiba. Tetapi apa yang penting, suami atau isteri kena ambil tahu perkongsian tentang uruskan harta dan segala hutang oleh Puan Solah Hiyah Mohd Idris jika Allah ambil orang yang kita sayang dalam sekelip mata.
Jemput hadam.
Wanita Ini Kongsi Pengalaman Kehilangan Pasangan Dalam Hidupnya
Pengalaman kehilangan ‘my other half’ membuatkan saya ingin berkongsi beberapa perkara sebagai persediaan anda menghadapinya nanti. Sesuatu yang PASTI berlaku. Ianya sama ada kita ditinggalkan atau kita yang meninggalkan.
- Mesti tahu dan faham bahawa tiada apa milik kita, semuanya pinjaman belaka.
- Sentiasa berdoa supaya kita & pasangan dianugerahi pengakhiran yang terbaik.
- 3. Perlu saling mempercayai pasangan kita. Maklumkan kepada pasangan password hp, email, myeg & pin no kad-kad ATM dll. Pin No ATM perlu supaya boleh keluarkan duit-duit yang ada. (Walaupun begitu semua duit perlu diagihkan mengikut faraid.) Sebaik sahaja kita daftar untuk dapatkan sijil kematian, semua acc akan dibekukan.
- Buat salinan ic pasangan, sijil kema*tian, surat permit pengkebu*mian, laporan doktor, sijil nikah, surat beranak & ic anak-anak. Dokumen-dokumen ini perlu disahkan. Simpan di dalam satu file beserta salinan original. Bawa file ini bila membuat semua urusan berkaitan.
- Maklumkan kepada pasangan semua tanggungan (bil-bil bulanan, kad kredit, pinjaman bank, hutang-hutang dan sebagainya) dan juga semua aset (rumah, tanah, simpanan) yang ada. Ini akan memudahkan banyak urusan untuk uruskan hutang-hutang & harta-harta yang ditinggalkan.
“Kita yang ditinggalkan akan rasa susah, tetapi yang mening*gal akan lebih susah jika hutang-hutang dan harta-harta tidak diurus dengan segera.”
Jika kita betul-betul sayangkan pasangan kita, 2 perkara ini lah yang perlu kita uruskan sesegera mungkin.
- Hubungi bank-bank yang berkaitan supaya outstanding bil tidak dikira faedahnya. Kita juga boleh claim khairat kema*tian daripada bank/insurance/socso/epf etc. (Ada time limit utk claim. EPF dalam tempoh 6bulan tapi Bank Rakyat dalam masa 3 bulan sahaja. Kalau lewat, hangussss)
- Pastikan juga semua acc diatas ada penama supaya boleh terus diuruskan tanpa memerlukan surat urus tadbir.
*SOCSO ada pencen bulanan untuk waris.
Kepada isteri-isteri, belajar mengenai IDDAH. Tempoh iddah adalah 4BULAN 10HARI. Bukan 44 hari ye?
Ambil tahu mengenai pengagihan harta. Apa itu FARAID. Perlu tahu siapa yg berhak ke atas harta yang ditinggalkan & berapa banyak yang perlu diagih-agihkan. PENAMA bukanlah bemakna harta ditinggalkan seratus peratus kepada mereka. Penama WAJIB menguruskan pembahagian harta mengikut syariat yang telah ditetapkan. Jangan sampai termakan harta ANAK YATIM!
Jika berkemampuan, mencarumlah dengan mana-mana takaful untuk semua pinjaman bank, diri sendiri dan keluarga. Wang tuntutan takaful boleh membantu melangsaikan hutang-hutang, meneruskan kelangsungan hidup serta boleh disedeqahkan/diinfaqkan atas nama pasangan.
*Money is not everything, but everything needs money*
Selain dari di atas, jagalah silaturrahim antara ahli keluarga, ipar duai, sahabat handai, jiran tetangga & sesiapa sahaja. Insyaallah, mereka ini lah yang akan datang membantu bila kita rasa begitu kehilangan, keseorangan & tidak berdaya.
Bersedialah daripada sekarang. Jangan tunggu-tunggu lagi sebab malaikat ma*ut boleh datang menjemput kita pada bila-bila masa sahaja. Panggil pasangan dan bincangkan perkara ini.
Dengan sedikit perkongsian ini, diharap bila sampai masanya nanti, kita (terutama isteri-isteri) tidak akan hilang punca. Allahualam.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pasangan Baru Berkahwin, Jangan Lupa Beli Jiwa Isteri Dengan Kelengkapan Raya!

Isi Kandungan
ToggleSebagai pasangan baru berkahwin, menyambut hari raya adalah satu pengalaman yang istimewa. Apatah lagi ketika kali pertama membuat persiapan raya bersama-sama. Momen inilah yang akan dikenang sampai hujung nyawa.
Mempersiapkan diri dengan kelengkapan raya yang sesuai adalah penting untuk mencipta suasana yang indah dan paling penting inilah peluang anda mencantikkan rumah baru dengan cita rasa sendiri. Tapi jangan pula berbelanja lebih dari kemampuan, susah pula nanti.
Tip Untuk Pasangan Baru Berkahwin
Jom semak tips pilih kelengkapan raya yang patut dibeli untuk pasangan pengantin baru.
1. Perhatikan Keselesaan
Keselesaan adalah faktor penting dalam memilih kelengkapan raya. Pastikan baju melayu dan baju kurung yang dipilih mempunyai fabrik yang berkualiti tinggi dan selesa dipakai sepanjang hari. Pilih juga langsir, cadar, dan karpet yang memberikan keselesaan dan kehangatan kepada ruang tamu atau bilik tidur.
2. Sesuaikan dengan Kehendak
Sebelum membeli, luangkan masa untuk berbincang dengan pasangan tentang corak, warna, dan gaya yang mereka sukai. Memilih kelengkapan yang sesuai dengan selera mereka akan membuat mereka lebih selesa dan gembira dengan pilihan yang dibuat.
3. Perhatikan Kualiti
Pastikan kelengkapan yang dibeli mempunyai kualiti yang baik. Ini termasuk memilih langsir, cadar, dan karpet yang tahan lama serta mudah dijaga agar boleh digunakan untuk tempoh masa yang panjang. Pilihlah sejadah yang berkualiti tinggi untuk menjamin keselesaan semasa menunaikan ibadah.
4. Reka bentuk yang Sesuai
Langsir, cadar, dan karpet yang dipilih haruslah sesuai dengan tema dekorasi rumah. Memilih reka bentuk yang serasi dengan gaya dan warna rumah akan mencipta suasana yang selesa dan indah. Sejadah juga perlu dipilih mengikut reka bentuk yang praktikal dan klasik.
5. Perhatikan Faktor Harga
Sebelum membuat keputusan pembelian, pertimbangkan faktor harga. Pastikan kelengkapan yang dipilih sesuai dengan bajet yang telah ditetapkan oleh pasangan. Jangan terlalu terbuai dengan harga murah tanpa mempertimbangkan kualiti yang ditawarkan.
Bila dah ambil kira semua tu, barulah boleh mula shopping bersama. Tentang lokasi, tak susah pun. Gedung Tekstil terkemuka negara, Jakel ada segalanya dalam satu bumbung. Dari persalinan hari raya yang sedondon sehingga kelengkapan rumah, semuanya lengkap.
Sempena Hari Raya tahun ini, Jakel melancarkan Kempen Raya Sakan 2024 bergaya sambil berjimat. Tahu tak, harga pakaian bercorak dan rekaan terkini dijual dengan harga yang lebih rendah berbanding tahun sebelumnya.
Kalau tahun lepas harga baju melayu sekitar RM180, kini diturunkan kepada RM150 sahaja sepasang. Bagi setiap pembelian baju melayu, anda berpeluang pula memilih salah satu hadiah percuma antara kurta atau sampin eksklusif bernilai RM89. Dah jimat banyak tu.
Malah bagi si isteri, koleksi Perempuan sedia dipakai cuma serendah RM99 sahaja sepasang dengan ratusan corak dan warna terkini. Jakel juga turut menawarkan diskaun sehingga 85% bagi kelengkapan lain seperti permaidani, langsir, sejadah, kain pelikat dan banyak lagi.
Jualan promosi Raya Sakan ini membabitkan cawangan jakel di seluruh negara. Sambil membeli, jangan pula lupa ole-ole buat keluarga mertua ya!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI