
Teguran manis, bila jadi mentua nanti, jangan sesekali cakap belakang pasal menantu. Kalau rasa tak ‘ngam’ sangat, cuba terima kekurangannya dan sempurnakan dengan didikan kita.
Bila Jadi Mentua
Bagi anda yang menantu pula, beringatlah. Bak kata Puan Normaliza Mahadi, kita semua nanti akan dapat rezeki jadi mak mertua. Moga Allah mudahkan.
Bila dah jadi mak mertua nanti, bacalah post ini:
1. Kalau anak perempuan, minta menantu bagi mas kahwin semampunya. Tak payah mintak hantaran bagai. Kahwinkan anak dengan simple sekali. Kalau menantu itu anak Sultan Brunei, tak apa. Buatlah kenduri 40 hari 40 malam. Tak ada siapa kisah.
2. Jangan bagi anak dan menantu tinggal kat rumah lebih dari 2 bulan. Bulan ketiga kahwin, suruh dia orang keluar rumah dan cari tempat lain.
3. Tak payahlah masuk campur hal anak menantu. Suka hati dia oranglah nak susun perabot macam mana, nak potong sayur style apa, nak masak nasi pakai dapur apa! Lantaklah dia orang.
4. Menantu kalau perempuan, biarlah dia nak buat apa kat rumah dia. Nak mandikan anak ke atau mandikan anak 2 hari sekali ke. Biarlah. Kalau cucu tu masam sangat, mandikan sendiri.
5. Biar anak kita hidup dengan orang yang dia sayang cara dia. Kalau anak lelaki kita nak tolong isteri dia masak dan mengemas, biarkan. Dia kan dah besar, taulah dia nak hidup.
6. Tak payah gosip ngan anak-anak lain pasal menantu. Ingat! Anak kita pun menantu orang juga.
7. Kalau anak dengan menantu bergaduh, bagitau anak, tak payah mengadu. Selesaikan sendiri.
8. Kalau menantu itu jenis orang susah tak berduit, jangan dibezakan dia. Mana tahu masa depan nanti dialah yang basuhkan berak kencing kita dalam seluar sebab dia yang paling free sekali. Menantu yang kaya itu busy kerja. Jangan menyesal pula.
9. Jadilah mertua yang waras dan beriman.
10. Jangan buat tak tentu ngan anak orang. Allah itu tak lupa.
Jadi, beringatlah bila dapat pangkat sebagai mentua. Kalau kita sebagai menantu, layanlah mentua macam mak ayah sendiri. Jangan biasakan ada ‘benteng’. Barulah akan dapat rasa keluarga baharu.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Tidak Suka Dengan 20 Sikap Ini, Lelaki Elak Lakukan Jika Tidak Mahu Dibenci

Sebaik-baik pasangan ialah mereka yang saling memahami dan tidak mementingkan diri sendiri. Kadang kala sikap suami yang tidak peka atau memahami perasaan wanita yang boleh buat hati pasangan terhiris kerana perbuatan yang dilakukan. Seharusnya jika wanita ambil hati dengan perbuatan anda, cuba baiki sedikit demi sedikit. Kalau anda mahu wanita rasa bahagia dengan diri anda, ubahkan sikap yang tidak disukainya.
1. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.
2. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!
3. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
4. SERING MENGAWAL
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka… macammana tu?
5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.
6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.
7. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji… hahaha sedarlah!
8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.
9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.
10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!
11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!
12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…
13. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!
14. KAKI ROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.
15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.
16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.
18. TIDAK TAHU MENGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.
20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga.
Sumber: https://www.facebook.com/notes/wujud/20-sebab-perempuan-akan-membenci-seseorang-lelaki
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hutang RM20k Boleh Kurangkan, Ini Cara Paling Munasabah

Apa yang selalu kita dengar hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut. Pendek kata walaupun RM1, kita wajib membayarnya! Ada yang kata dalam duit gaji sebulan, lebih separuh daripadanya adalah untuk bayar hutang.
Peningnya memikirkan hutang kan? Mari kita tengok perkongsian Eyfa Amir ini apabila dia berjaya selesaikan hutang RM20,000 dalam masa dua bulan sahaja.
Mungkin ini boleh membantu kita semua untuk keluar daripada bebanan hutang.

Kongsinya;
Disclaimer: Ni adalah pengalaman saya sendiri. Mungkin result berbeza dengan anda. Sebenarnya saya dah mula plan untuk selesaikan hutang sejak 7 tahun lalu. Tapi proses tu lambat sebab tak tahu Debt Buster Method.
Rupanya bila dah belajar restructure semula kewangan peribadi, baru nampak nak buat macam mana. So memang all out la dua bulan ni. Jangan risau kalau gaji kecil, tak ada bisnes besar dan tak ada support anda.
Sebab ada jalannya. Cuma step dia agak panjang. Tapi saya kongsikan 3 tip mudah ni pada anda semua:
1. Tuliskan semua hutang
Wajib tulis semua hutang dan jumlah baki.
Pilih hutang mana nak selesaikan dulu. Saya sendiri bincang dengan coach kewangan hutang mana yang patut selesaikan dulu. Fokus untuk selesaikan satu hutang dulu.
2. Kurangkan belanja
Stop beli tudung baru
Stop beli baju baru
Stop beli kasut baru
Stop/kurangkan makan luar
Stop merokok kalau anda perokok
Stop online shopping dan lain-lain
Kawal belanja sedia ada
Artikel berkaitan: Warganet kongsi pengalaman duduk sebelah pesakit positif Covid-19
3. Tambah pendapatan
Ramai stuck dekat sini sebenarnya. Nak tambah pendapatan ada kaedah dan seninya. Ada lima kaedah untuk tambah pendapatan.
Setiap kaedah ada prosesnya. Kalau betul cara insyaAllah boleh dapat lebih 10k. Alhamdulillah saya dah buat dan berjaya setelkan hutang RM20K yang mengganggu hidup saya. Lebih sakit hati kalau hutang disebabkan orang lain. Bila hutang selesai, memang tidur lena la dan duit lebihan yang patut bayar hutang saya boleh guna untuk benda yang lebih bermanfaat. Best kan.
Jom kita cuba cara Eyfa Emir ini, cepat-cepat habiskan bayar hutang. Moga-moga berjaya.
Sumber: Eyfa Emir
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Berdikari Lebih Terjamin, Elok Ada Harta Sendiri Sebelum Kahwin

Isi Kandungan
ToggleSebelum kahwin, eloklah wanita berdikari mencari harta dan belajar banyak perkara untuk matang dalam kehidupan.
Sebelum nak bermimpi bayangkan keindahan rumah tangga, jauh lagi perjalanan. Jangan biasakan bergantung pada orang bila nak hidup. Barulah tak mudah terduduk bila diuji.
Kena Berdikari Untuk Bersedia
Kita wanita perlu hidup lebih berdikari. Sebagai wanita yang mesti bertanggungjawab pada diri sendiri, harus memiliki plan persediaan untuk masa depan. Langit tidak selalu cerah. Lebih baik buat persediaan untuk sebarang kemungkinan yang tidak dijangka.
Wanita Kena Ada Harta
Sangat digalakkan wanita ada harta sebelum jadi isteri tercinta. Kita tak boleh jangka apa akan berlaku pada kita.
1. Usahakan ada simpanan sendiri sebelum jadi isteri.
2. Jika dapat belilah sebuah rumah pelaburan sebagai persediaan.
3. Jika suami tercinta beri duit nafkah, ushakan buat simpanan sendiri. Jangan belanja semuanya.
4. Jika suami tiada wawasan kewangan, rahsiakan berapa simpanan yang ada. Tak cerita semua bukan dosa.
5. Jangan serahkan masa depan pada orang lain, rancang masa depan sendiri.
6. Belajar bawa kenderaan dan ada lesen sendiri.
7. Buat catatan setiap perbelanjaan. Tahu setiap wang kita kemana.
8. Suami hanya pinjaman tuhan sahaja. Bila bila masa boleh dijemput pergi atau digoda oleh wanita misteri.
Bersedia sebelum datangnya ujian dan badai melanda.”Alahhh lelakikan ada?” Bersedialah hadapi bencana. Semoga berjaya.
Para wanita, hari ini, mendapatkan pendidikan setinggi yang boleh bukan lagi satu pilihan tetapi kewajipan. Mengharap suami membimbing, tidak ramai yang menghayati Al-Quran.
Bekerja juga bukan lagi kerana kepakaran diperlukan, tetapi untuk jaminan masa hadapan. Mengharap suami menafkahi, tidak ramai yang bertanggungjawab pada amanah Tuhan.
Berdikarilah, bukan kerana sudah dewasa. Tetapi kerana tidak boleh selamanya meminta.
Sumber kredit: Azizul Azli Ahmad dan Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI