Hubungan

Bila Jadi Mentua, Jangan Cakap Belakang Pasal Menantu

Share

Teguran manis, bila jadi mentua nanti, jangan sesekali cakap belakang pasal menantu. Kalau rasa tak ‘ngam’ sangat, cuba terima kekurangannya dan sempurnakan dengan didikan kita.

Bila Jadi Mentua

Bagi anda yang menantu pula, beringatlah. Bak kata Puan Normaliza Mahadi, kita semua nanti akan dapat rezeki jadi mak mertua. Moga Allah mudahkan.

Bila dah jadi mak mertua nanti, bacalah post ini:

1. Kalau anak perempuan, minta menantu bagi mas kahwin semampunya. Tak payah mintak hantaran bagai. Kahwinkan anak dengan simple sekali. Kalau menantu itu anak Sultan Brunei, tak apa. Buatlah kenduri 40 hari 40 malam. Tak ada siapa kisah.

2. Jangan bagi anak dan menantu tinggal kat rumah lebih dari 2 bulan. Bulan ketiga kahwin, suruh dia orang keluar rumah dan cari tempat lain.

3. Tak payahlah masuk campur hal anak menantu. Suka hati dia oranglah nak susun perabot macam mana, nak potong sayur style apa, nak masak nasi pakai dapur apa! Lantaklah dia orang.

4. Menantu kalau perempuan, biarlah dia nak buat apa kat rumah dia. Nak mandikan anak ke atau mandikan anak 2 hari sekali ke. Biarlah. Kalau cucu tu masam sangat, mandikan sendiri.

5. Biar anak kita hidup dengan orang yang dia sayang cara dia. Kalau anak lelaki kita nak tolong isteri dia masak dan mengemas, biarkan. Dia kan dah besar, taulah dia nak hidup.

6. Tak payah gosip ngan anak-anak lain pasal menantu. Ingat! Anak kita pun menantu orang juga.

7. Kalau anak dengan menantu bergaduh, bagitau anak, tak payah mengadu. Selesaikan sendiri.

8. Kalau menantu itu jenis orang susah tak berduit, jangan dibezakan dia. Mana tahu masa depan nanti dialah yang basuhkan berak kencing kita dalam seluar sebab dia yang paling free sekali. Menantu yang kaya itu busy kerja. Jangan menyesal pula.

9. Jadilah mertua yang waras dan beriman.

10. Jangan buat tak tentu ngan anak orang. Allah itu tak lupa.

Jadi, beringatlah bila dapat pangkat sebagai mentua. Kalau kita sebagai menantu, layanlah mentua macam mak ayah sendiri. Jangan biasakan ada ‘benteng’. Barulah akan dapat rasa keluarga baharu.

Published by
Nadia