Pasangan merupakan seseorang yang menjadi satu dengan kita yang diikat oleh perkahwinan. Dalam menjalin hubungan dengan pasangan pemahaman di antara satu sama lain sangat diperlukan. Tapi yang perlu kita tahu, bila kita pilih pasangan kita untuk berkahwin, dia lah peneman kita hingga akhirnya dan tiada dua.
Baca perkongsian lelaki bernama Amir Syahir ini.
“Nanti kalau saya dah tak cantik, awak sayang saya lagi tak?”
“Kalau saya gemuk nanti, awak nak saya lagi tak?”
“Kalau saya tak pandai masak, awak marah tak?”
***
Kalau tanya soalan ni masa bercinta, jawapannya semua yang manis-manis belaka kan. Bila dah kahwin, sebaliknya pula.
Kalau isteri dah berkedut sana sini mula la cakap sakit mata tengok. Bila isteri dah gemuk, tak make up, cakap stress tengok muka dan badan yang dah macam badak sumbu.
Kau lupa yang isteri kau gemuk sebab lahirkan zuriat untuk kau. Dah la kau nak anak sampai 7 orang.
Dulu masa bercinta cakap tak kisah kalau isteri tak pandai masak. Nanti boleh belajar. Bila isteri lambat masak, kau marah-marah. Masin sikit pun bising. Cakap masak macam nak bagi kucing makan.
***
Kenapa mudah sangat berubah lepas kahwin? Bila ikatan tu dah halal, segala yang tak elok je kau nampak kat isteri kau. Sebab apa jadi macam tu? Sebab kau tak pernah bersyukur dan redha dengan apa yang Allah bagi kat kau.
Kau tak lihat diri kau sendiri. Kau rasa kau dah cukup sempurna. Padahal, bukan kacak sangat pun. Tak reti bersyukur bila ada yang sudi terima kau sebagai suami.
Dah ada isteri masih sibuk nak cari lain. Kononnya perempuan yang kau jumpa tu lagi baik dari isteri kau, lagi cantik, pandai bergaya. Apa kau lupa? Dulu isteri kau pun macamtu. Sebab tu kau jatuh cinta dengan dia. Tapi bila dah kahwin, dia sibuk uruskan kau, uruskan anak-anak sampai takde masa untuk diri dia sendiri.
Perkahwinan ni kalau tak diuruskan dengan baik memang lah akan hambar. Kau dengan pasangan lah kena berusaha supaya alam rumah tangga kau sentiasa berseri-seri dan bahagia.
***
Perempuan ni kalau sekali dia sayang, sampai bila-bila dia sayang. Kau hitam ke, kau pendek ke, kau gemuk ke, kau lah suami dia dunia akhirat. Tapi, sekali kau buat dia benci kau, sampai bila-bila dia akan benci kau. Pandang muka kau pun dia tak nak.
Memang hati itu berbolak balik sifatnya. Tetapi, selagi kau bersyukur dengan apa yang kau ada, redha dengan setiap kelebihan dan kekurangan isteri kau, datanglah yang lebih baik pun, kau tak akan tergugat.
Bila jumpa yang lebih baik nak ke kau, terus kau berubah hati. Tiada manusia yang sempurna. Kelebihan itu disyukuri dan kekurangan itu dilengkapi.
Kalau kau terlalu nak kejarkan kesempurnaan dan kebahagiaan tetapi kau sakitkan hati pasangan kau tak baik juga. Kau sorang je nak bahagia? Pasangan kau macam mana pula?
Jangan lupa sentiasa berdoa pada Allah supaya sentiasa tetapkan hati kau untuk isteri kau, dan hati isteri kau untuk kau kerana Allah yang memegang setiap hati manusia.
Buat yang sudah berumah tangga, seperti mana pun pasangan kau, belajar terima seadanya. Bila kau bersyukur dan menerima dengan hati terbuka, hati kau pasti akan tenang-tenang saja. Buat yang sedang mencari pasangan hidup, semoga kau berjumpa dengan insan yang terbaik. Kah!
SHARE jika bermanfaat & TAG bakal pasangan kau.
#AmirSyahir