Lepas kahwin, ada yang memilih untuk tinggal bersama mentua. Tanpa memikirkan keselesaan pasangan, tawaran yang diberikan umpama pucuk dicita ulam mendatang. Boleh ringankan beban mmembayar duit rumah dan makan minum mentua yang akan jaga.
Tapi, pernah tak terfikir soal keselesaan dan privasi suami isteri? Bab aurat sudah tentunya terbatas kerana ada adik-beradik lain yang tinggal sekali. Lagi merimaskan bila mentua masuk ke bilik tanpa kebenaran.
HUKUM IBU MASUK BILIK ANAK LELAKI YANG DAH BERKAHWIN TANPA IZIN/KEBENARAN ANAK ATAU MENANTU PEREMPUANNYA
SUAMI JANGAN AMBIL MUDAH.
SOALAN : Apakah hukum ibu masuk bilik anak lelaki yang dah berkahwin tanpa izin anak atau menantu perempuannya?
JAWAPAN : Dia sebenarnya ada hukum jugak. Jangan pakai modal syurga suami bawah telapak kaki mak,syurga isteri bawah telapak kaki suami. Kalau begitu sampai ke tua isteri tu seksa.
Ada jawapannya,kalau benda yang memudaratkan isteri,masam muka dengan mak mertua ke,adik ipar ke,kakak ipar ke,abang ipar ke dan segala ipar yang ada tu suami haram kumpulkan isteri dalam rumah tu. Dia wajib bawak isteri pindah. Dalam bab kahwin hati isteri kena jaga jugak.
Kalau isteri tak bahagia sebab sikap keluarga suami kena pindah. Nak kahwin kena belajar la. Jangan sebab syurga suami bawah terlapak kaki ibu dia,isteri tu seksa jiwa raga. Haramlah perbuatan sebegitu. Ada benda kita bertolok ansur,ada benda tak boleh bertolak ansur. Jangan ambil mudah perkara sebegini.
JAWAPAN TANYALAH USTAZ : Anak lelaki kena bagi tau mak. Sebab bilik ni privacy. Kalau Betul mak dia bagi guna bilik tu untuk anak dan menantunya, jadi mak dia kena tahu jugak la adab. Bilik tidurkan memang privacy space.
Kalau mak dia kata rumah “aku ikut pandai aku la”
Maknanya si anak kena la pindah dengan segera. Lagi pun anak-anak yang dah berkahwin ni tak boleh duduk tinggal dengan mak ayah. Kena belajar hidup sendiri dah. Melainkan kalau mak ayah tu uzur. Anak- anak boleh duduk sekali sebab nak jaga mak/ayah.
Sebarkan walau hanya sepotong ayat.ramai para-para suami ambil remeh dalam hal sebegini.
#ustaz azhar idrus
#rumahtangga
Kredit foto hiasan: Instagram Ruhainies
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI