Bila Rezeki Datang Tak Disangka, Walau Gaji RM1500 Pun Lelaki Ini Masih Mampu Nak Kahwin!

Share

Zaman sekarang ni kalau gaji dalam RM4K pun boleh katakan cukup-cukup makan sahaja. Nak bayar sewa rumah, bil telefon, bil api air, barang dapur dan macam-macam lagi.

Namun gaji kecil bukan alasan untuk anda jadikan ia sebagai satu masalah besar. Lagi-lagi buat mereka yang ada niat untuk membina masjid bersama pasangan. Baca cerita Wan Utama di facebooknya yang mampu dijadikan teladan untuk anda yang khuatir ingin berkahwin walaupun bergaji kecil.

Bang, saya nak kahwin lah! Tapi…

“Bang, saya nak kahwin lah. Tapi,gaji saya bulan bulan tak banyak, takut tak mampu plak nanti nak tanggung isteri saya nanti!”..kata aku pada abang Dollah.

Entah kenapa perkara begini yang aku tanya pada abang Dollah malam tadi. Mungkin sebab abang Dollah lebih berumur daripada aku, aku selesa meminta pendapat nya tentang hal ehwal kahwin. Bosan juga asyik nak bercerita pasal hal Neelofa masuk Air Asia.

“Bila kau nak kahwin?”..tanya Abang Dollah pada aku.

“InsyaAllah kalau ada jodoh,macam nak langsung tahun depan Bang, tapi bergantung jugak lah pada kewangan saya nanti,” jelas ku pada abang dollah.

Abang dollah mengagguk.

Dia kemudian mengeluarkan kotak rokok Dunhill dari dalam beg hitam lusuhnya lalu menarik keluar sebatang rokok dari kotak yang terpampang gambar janin bayi dengan tertulis ayat ” Merokok penyebab keguguran Janin!”

Kechip! Kechip!

Bunyi lighter Alladin yang dipetik abang Dollah lalu membakar rokok Dunhill nya dengan penuh tertib.

Dilindunginya api lighter supaya tidak terpadam dek tiupan angin malam di warung Man Tuk Tuk tu.

Berkepul kepul asap keluar dari mulut, hidung dan telinga abang dolah setelah menyedut beberapa kali rokoknya yang telah sempurna dibakar!

“Style!”..kata ku didalam hati tatkala memandang cara abang Dollah menikmati rokok yang boleh menyebabkan keguguran janin itu.

“Gaji kau berapa tadi?”…Abang Dollah bertanya kembali kepada aku.

“Rm1500 bang..lepas tolak Kwsp semua!”..balas aku ringkas.

“Kau sayang dia?”…Abang Dollah tanya lagi pada aku.

“Sayang sangat bang!”…jawab aku bersungguh sungguh!

“Aku dulu macam kau ni lah! Nak kahwin, tapi was was cukup ke tak cukup gaji aku nak tanggung anak orang..tapi bapak aku pesan pada aku kira kir 5 bulan sebelum aku nikah akak Milah kau…ni aku sampaikan pulak pda kau!

Orang bergaji 1500 tetapi kualiti kerja 3000, Allah tambah gajinya 1500 dengan diberikan kesihatan. Kalau sakit mustilah nak kena keluor duit bayar ubat itu ini. Rezeki yang datang tak disangka-sangka..Tiba-tiba ada orang belanja makan, jemput pergi majlis kenduri, dapat side income, orang mintak tolong kemudian bagi upah, bini kau pula tak meminta meminta, dia pun bantu memudahkan semua urusan kau, kereta tak break down dan macam macam lagi lah nikmat Allah beri.

Tapi, jika orang gaji 3000 tetapi kualiti kerja 1500, Allah tarik barokah gajinya 1500 dengan bermacam-macam kesusahan melanda pada dirinya.”terang Abang Dollah panjang lebar.

“Ye tak ye jugak bang..betul tu!” Aku setujukan kata abang Dollah!

“Dan kau nak tahu apa yang paling best bila rezeki kita berkat walaupun tak banyak?”soal abang Dollah pada aku.

“Apa dia bang?”balas aku sedikit teruja.

“Dengan gaji rm1500 tu pun kau boleh mampu kahwin 2!HA HA HA HA HA HA!” Berdekah Abang Dollah ketawa!

………………………….

Cerita di atas adalah petikan dari buku “Nama aku Dollah” yang aku terbaca kelmarin.

Saja lah aku nak share kat korang. at the end, bukan kuantiti,tapi kualiti. Barokah rezeki yang utama, insyaAllah Tuhan kurniakan kesenangan berlipat kali ganda.

Published by
Bella