Bila semua anak dah besar, akan sampai satu fasa suami isteri akan rindu masa untuk buat aktiviti berdua. Buat perkara yang disukai bersama dan waktu inilah paling mahal jika masih panjang umur.
Bila Semua Anak Dah Besar
Bak kata Puan Farizal Radzali, rindu yang sebenar-benarnya bagi sepasang suami isteri, bukanlah ketika mereka baru berkahwin. Bukanlah yang baru melalui alam rumah tangga sebulan, 2 bulan waima setahun sekali pun.
“Seharian tak jumpa, rasa setahun lamanya.” “Suami pergi toilet sekejap pun dah rasa rindu.” “Isteri hilang sekejap berdebar jantung, rupa pergi sidai kain.” “Susahnya hati bila suami sakit, rasa macam nak sama-sama sakit dengannya.”
Bukan juga berteraskan kekayaan, anak yang ramai, rumah yang besar, kebahagiaan tanpa sempadan. Semua itu bukan.
TAPI….
Rindu suami isteri yang benar-benar rindu adalah pada masa hanya tinggal mereka berdua.
Ads
Rindu Waktu Berdua
Mak ayah dah tak ada.
Anak-anak dah ada keluarga sendiri.
Tinggal berdua di rumah yang dulu penuh dengan gelak tangis anak-anak.
Tinggal berdua di rumah yang pernah menyaksikan susah senang meneruskan kehidupan membesarkan anak-anak yang ada pelbagai ragam.
Pada masa itu, rindunya bukan lagi pada sesiapa, hanya pada pasangannya.
Sesekali kita balik kampung, balik rumah mak ayah, tengoklah mereka punya mengadu.
“Mak kamu tu, selalu lawan cakap ayah.”
“Ayah kamu tu dah tua-tua perangai macam budak-budak.”
“Mak kamu tu sekian sekian sekian.”
“Abah kamu tu bla bla bla…”
Macam-macam aduan masing-masing.
Kita pujuk, sabarlah mak, sabarlah ayah.
Tahu tak, itulah rindu mereka sebenarnya. Itulah luahan rindu mereka.
Ads
Rindu nak gaduh.
Rindu nak berceritakan mengenai pasangan mereka.
Gaduh bagai nak rak, pergi kedai, nampak biskut kacang,
“Ayah kamu suka makan biskut ni, beli lah sikit,” padahal tadi baru gaduh ni.
Ads
“Ini bungkus sikit kat mak kamu, dia belum makan tadi,” kata-kata ayah bila anak bawa lepak mamak makan roti canai sarapan pagi, sedangkan sebelum keluar tadi marahkan mak sebab mak bebel baju tak letak elok-elok.
30 tahun
40 tahun
Itulah rindu yang sebenarnya.
Susah dah nak bergambar berdua dalam gambar, kerana mereka telah bersatu tak terlerai di dalam hati masing sampai bila-bila.
Andai salah seorang pergi dulu, percayalah, hidup yang seorang lagi kosong sekosongnya. Walau anak-anak cucu cicit, datang berhimpun, tetap pasangannya yang ada dalam kepalanya.
Hingga dia pula mengikut jejak isteri/suaminya. Berharap agar mereka bertemu semula di alam yang satu lagi.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berkahwin juga membawa anda dan pasangan harus berkongsi tanggungjawab bersama dalam soal kewangan. Dengan rasa cinta di dada, mungkin segalanya anda terima.
Namun, tidak salah jika mengambil langkah berjaga-jaga untuk masa depan bersama yang lebih bahagia dan bebas beban kewangan.
Saranan kami, sebelum anda mengikat tali perkahwinan, tanyakan dahulu pada pasangan 10 soalan yang rasanya mampu mengubah perspektif kewangan anda nanti. Anda juga boleh merancang kewangan yang stabil untuk jangka masa panjang.
Yang penting, anda berdua harus bersikap terbuka ya!
1. Ada membuat pinjaman?
Jika ada, berapa banyak? Berapa lama tempoh pinjaman? Dengan mengenal pasti beban pinjaman yang anda berdua ada, anda boleh merancang pelan kewangan yang lebih efektif. Pinjaman ini termasuklah pinjaman peribadi, kereta, rumah, PTPTN dan sebagainya. Mulakan proses perbincangan dengan mengenal pasti cara terbaik untuk melangsaikan semua pinjaman, sama ada berkongsi bayar atau membayar sendiri.
2. Adakah sebarang pelaburan?
Jika ada, bagaimana cara anda berdua mengendalikannya apabila sudah berkahwin kelak. Adakah akan dijadikan pelaburan bersama dan apakah prosedur yang harus dilakukan? Bagaimana pula dengan keuntungan pelaburan? Walaupun dalam Islam, ia merupakan harta sepencarian, namun tidak salah jika perkara ini ditentukan terlebih dahulu supaya tidak ada ungkit mengungkit di kemudian hari. Apatah lagi, jika anda dan pasangan mempunyai sebarang masalah nanti.
3. Di mana kita nak tinggal?
Soalan ini nampak ringkas tetapi sangat penting untuk merancang kewangan anda. Jika anda sepakat untuk tinggal sendiri dengan pasangan, mungkin bajet bulanan tidak terlalu tinggi dan boleh dikongsi bersama. Namun, jika anda berdua akan tinggal bersama keluarga, berapakah sumbangan kewangan yang akan dikeluarkan bagi membantu keluarga seperti bayaran bil, belian barangan runcit dan sebagainya. Jika pasangan anda merupakan penyumbang tunggal, ini akan lebih membebankan dan perlu diberi perhatian serius. Secara amnya, jumlah bajet bulanan isi rumah yang perlu anda berdua keluarkan tidak harus melebihi 25 peratus daripada pendapatan bulanan.
4. Bagaimana cara kita kendalikan duit?
Anda dan pasangan perlu faham maksud ‘berkongsi’ dari segi jumlah pendapatan atau pembayaran bil yang ada. Cara yang terbaik adalah mewujudkan akaun bersama (walaupun jarang dipraktikkan di negara kita). Alternatif lain pula ialah mempunyai tiga akaun iaitu satu akaun bersama dan dua akaun individu. Akaun bersama untuk simpanan dan pembayaran bil/hutang yang dikongsi. Akaun individu pula tertakluk kepada hak peribadi masing-masing.
5. Bagaimana pula dengan insuran?
Semua insuran yang anda dan pasangan punyai seperti insuran nyawa, kereta, rumah dan apa sahaja perlu dikaji semula dan digabungkan untuk memastikan anda berdua mendapat manfaat dan faedah yang diperlukan untuk kehidupan selepas berkahwin.
6. Bagaimana pula dengan harta?
Walaupun Islam menetapkan akan harta sepencarian, tidak salah jika perkara ini ditetapkan sebelum berkahwin untuk kepentingan bersama.
7. Adakah bajet tertentu?
Mempunyai bajet bagi setiap perkara adalah satu perkara yang sangat bagus untuk diamalkan. Perancangan bajet yang baik terutamanya untuk majlis perkahwinan mampu mengelakkan anda dan pasangan daripada beban hutang selepas berkahwin. Selain itu, ia juga membantu anda untuk berjimat dan menyimpan untuk masa depan bersama.
8. Bagaimana pula selepas bersara?
Walaupun perkara ini masih jauh tetapi tidak salah sekiranya ditimbulkan dalam perancangan kewangan ini. Anda dan pasangan perlu merancang sama ada masih mahu bekerja atau menikmati sahaja persaraan tersebut. Ini membantu untuk anda menetapkan jumlah simpanan yang perlu ada sehingga saat anda bersara untuk menampung kehidupan, bil kesihatan dan sebagainya.
9. Status cukai?
Selalunya selepas berkahwin, akaun cukai anda dan pasangan akan digabungkan. Namun, tetapkan siapa yang perlu membayar cukai supaya anda dan pasangan mempunyai kelebihan dalam hal ini.
10. Perlukah perjanjian sebelum kahwin?
Perjanjian ini tidak diamalkan oleh pasangan Melayu. Perjanjian ini selalunya dilakukan oleh pasangan Barat untuk mengelakkan bebanan hutang kepada mana-mana pihak andai satu pihak mempunyai beban hutang/liabiliti melebihi pihak yang satu lagi terutamanya bagi pasangan yang kaya. Namun, perjanjian ini boleh dijadikan garis panduan untuk masa depan kewangan yang lebih sihat.
Kredit foto: Man Kajang
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai yang dah berputus asa untuk mengurangkan berat badan. Walaupun dah berbulan-bulan mengamalkan diet, berat badan tak juga turun. Nak cuba untuk tak makan malam pula, akhirnya menyebabkan pengambilan makan sarapan pagi dengan menu lauk yang paling ‘berdosa’ sekali. Tiap kali bila membaca tips-tips viral menu mudah untuk kurus, anda hanya mampu ikuti hanya untuk beberapa hari, dan kembali ke tabiat azali. Mungkin faktor masa, kelecehan, dan juga kos untuk menyediakan makanan sihat adalah mahal, yang menyebabkan sukar untuk anda ‘maintain’ membeli bahan-bahan makanan yang sihat. Nak daftar ahli gym pula, kekangan masa, dan ada kalanya waktu pulang lewat dari pejabat menyebabkan anda rasa membazir untuk commit tiap bulan.
Di RoyalePharma terdapat produk yang selamat diambil sebagai rutin harian bagi mengekalkan misi penurunan berat badan.
1. Citrex A.M.G. – Tips2 ini bermula seawal pagi selepas bangun iaitu dengan meminum segelas air suam bersama A.M.G Citrex. A.M.G Citrex ini adalah bancuhan African Mango dan Guarana bertujuan untuk meningkatkan kadar metabolisma badan.
2. Spoon Health Chia Seed -Pengambilan Chia Seed dari Spoonhealth sewaktu sarapan pagi. Boleh dicampur dalam ‘overnight oats’, air masak dan juga ditabur dalam yogurt, salad dan lain2. Pengambilan chia seed juga amat baik kerana ia kaya dengan anti oksidan, serat dan Omega 3.
3. 21st Century Tummy Trimmer Powder – Untuk kempiskan perut dan kurangkan lemak berlebihan di Kawasan pinggang, boleh ambil 21st Century Tummy Trimmer Powder. Dibuat daripada 100% bahan semulajadi dan mengandungi bahan lipotropics, Tummy Trimmer ini sedap diminum dan membantu memecahkan lemak dengan cepat.
4. Blackmores Lecithin – Ketika makan, pemakanan Blackmores Lecithin adalah digalakan bertujuan untuk mengekalkan tahap kesiahatan hati dan juga amat membantu dalam menyingkirkan lemak dalam badan.
5. Blackmores Fish Oil – Pengambilan fish oil adalah lebih kepada mengurangkan dan mengawal kolestrol dalam darah dan seterusnya membantu dalam pengawalan berat badan.
6. Labeesity – Berasaskan kacip Fatimah, ambil Labeesity 2 biji selepas makan untuk membuang minyak dan lemak yang berlebihan dalam badan.
7. Asianic Ginger Cream – Sapukan krim halia Asianic untuk membantu memecahkan lemak di bahagian lengan, peha, pinggang, dan perut.
Kesimpulannya, nak kurus dan mempunyai berat badan yang ideal perlulah di tambah dengan senaman juga ya? Buat senaman ringan sikit-sikit kalau tiada masa. Kuatkan semangat sebab bak kata pepatah hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
SUMBER : Farmasi RoyalePharma
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selalu kita dengar tentang perkara yang tak baik sahaja tentang perkara bila menantu duduk sebumbung dengan mertua. Yang baiknya selalu kita lupakan. Walhal dalam banyak perkara, bukan semua benda itu remeh untuk kita fikirkan.
Perkongsian lelaki ini di Kisah Rumah Tangga, memberi pandangan dengan jelas bahawa tak semua yang negatif je kita nampak bila menantu duduk sebumbung dengan mertua.
KEHIDUPAN TINGGAL DI RUMAH MAK AYAH
Saya seorang lelaki, mempunyai seorang isteri dan seorang anak lelaki berusia 4 tahun. Usia perkahwinan 7 tahun.
Awal2 kahwin, saya bekerja di daerah lain. Saya dan isteri tinggal di rumah sewa. Pada tahun kedua perkahwinan, saya dipindahkan kerja di daerah tempat asal saya. Isteri saya mengikuti saya tinggal dengan mak ayah saya, walaupun masa tu saya sudah beli rumah. Sebabnya, atas permintaan mak ayah saya kerana rumah mak ayah saya cukup besar, banyak bilik, dan tempat kerja saya pun lebih dekat dengan rumah mak berbanding rumah yang saya dah beli tu (saya jenis tengahari balik rumah untuk makan, sebab nak jenguk isteri dan lebih suka makanan isteri, di samping jimatkan kos).
Dalam rumah, selain mak ayah, ada seorang adik lelaki bujang dan 2 orang adik perempuan bujang saya tinggal sekali. Kami semua masing2 ada bilik sendiri. Mula2 tu biasalah isteri saya kejap terasa itu kejap terasa ini, makan hati itu makan hati ini. Tapi saya mainkan peranan seadilnya. Mak dan isteri saya pun sama2 surirumah. Mak saya jenis rajin buat kerja rumah dan rajin masak, dan sangat teliti. Isteri pula jenis santai, dan baru2 belajar nak masak n buat kerja2 rumah. Jadi korang boleh bayanglah macam mana kan, apa yang boleh mencetus sakit hati.
Tapi apa sahaja yg saling tak puas hati tu, saya tak fikir panjang, terus sahaja aturkan sesi luahan hati ke hati antara isteri dengan mak saya.
Bagi ruang sepenuhnya dua2 pihak untuk bersuara dan mendengar. Kalau isteri ada tak puas hati, saya akan tanya dia balik suruh fikir, salah ke yg mak buat tu? Ada mudharat ke? Tak bagus ke? Dari sudut agama pula agaknya macam mana? Begitu juga dengan mak, saya cakap baik2, salah ke yang isteri saya buat tu? Apa yang tak patutnye? Dari masa ke semasa bapa saya juga akan join sesi pertemuan dan berikan nasihat, pendapat. Bila dua2 pihak menilai tanpa emosi, akhirnya sama2 boleh memahami dan menerima, sama2 boleh sepakat.
Saya perasan ada satu hal di mana mak dan isteri saya sangat serasi dan saling melengkapi iaitu suka bercerita. Apa2 topik, gosip2, hal2 semasa, hal2 family mereka suka sembang. So diorang sama2 di dapur atau lipat kain depan tv, masa itulah diorang sambil sembang2.
Alhamdulillah setelah 2 tahun duduk serumah, isteri sudah selesa di rumah mak saya, dah natural. Kat mana mak saya letak barang, isteri tahu lebih dari saya. Pokok bunga mana nak siram tiap hari n mana yg selang sehari, isteri lebih tahu dari saya. Malah kalau mak ayah saya bercuti atau balik kampung perlu tinggalkan rumah beberapa hari, isteri sayalah yg diamanahkan jaga rumah dan adik2 saya. Adik2 saya mesti patuh pada isteri saya. Isteri saya akan ambil alih peranan mak saya mentadbir urus rumah.
Cuma, memang betul tak boleh selama2nya nak duduk dengan mak ayah, sampai masanya kena tinggal sendiri juga, kena belajar hidup berdikari. Selepas 5 tahun, akhirnya saya bawa isteri tinggal di rumah sendiri. Dan hikmah kami 5 tahun tinggal dengan mak ayah saya, isteri saya “terlatih” menjadi sangat cekap menguruskan rumah dan keluarga. Mak mertua saya pun perasan perubahan positif isteri saya. Selain itu, tempoh 5 tahun tu cukup untuk saya lengkapkan rumah kami secara beransur2. Mulanya kosong, tambah perabot, tambah hiasan. Sekarang dah cantik dan lengkap alhamdulillah.
Pun begitu, ada masa2nya isteri rindu juga nak bermalam di rumah mak ayah saya. Saya x perlu ajak pun dia sendiri yg akan mengajak. Dan pernah juga isteri saya cadangkan, baik teruskan tinggal dengan mak je lah, rumah kami buat bisnes homestay, boleh tambah pendapatan. Ikutkan hati saya lebih suka idea isteri saya tu, lebih2 lagi rumah kami lebih jauh dari tempat kerja, jalan pun jem teruk. Lepas tu dia boleh teruskan bantu mak saya di rumah, saya pula boleh bantu ayah saya untuk hal2 luar rumah. Cuma saya yang tak turutkan kerana merasakan sudah sampai masa untuk tinggal di rumah sendiri, di samping ingin memberi ruang kepada masa depan adik2 saya kerana, satu hari nanti mereka juga akan berkahwin.
Kesimpulannya, saya nak kongsikan bahawa, rahsia menantu perempuan boleh duduk aman sebumbung dengan mertua ni ialah:
1. Peranan suami/anak lelaki sebagai penghubung/pengaman. Suami jangan biarkan isteri sendiri2 belajar sesuaikan diri. Bimbing dia, jangan serah sepenuhnya pada mak untuk ajar isteri. Dengar semua luahan isteri dan mak, analisa ia dan fikirkan penyelesaian.
2. Elakkan sangka buruk. Salah satu penyebab ketidak serasian ialah perempuan cenderung sangka yang buruk2 kalau mertua/menantu berkata/berbuat sesuatu yang tidak kena dengan hati. Minta suami jelaskan, dan fikir mana betul mana salah.
3. Mak mertua bukan malaikat yang sentiasa bebas dari masalah dan tekanan. Mereka tak boleh senyum manis sepanjang masa. Dan menantu sila faham, bila mertua bermasam muka bukan semestinya berpunca dari menantu. Mungkin dia cuma merajuk dengan bapa mertua sebab tak nak belikan baju baru.
4. Menantu sila sentiasa berfikir macam ni: “Kalaulah mak aku sendiri yang akan buat macam ni, apakah yang akan aku lakukan sebagai anak soleh?” Ya, memang mak sendiri x sama. Tapi amalkan sahaja soalan ni tiap hari. Untuk ingatkan diri.
5. Sabar, sabar dan sabar. Tabah, tabah dan tabah. Ikhlas, ikhlas dan ikhlas. Insha Allah, Allah akan bantu hamba-Nya yang ikhlas.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!