Siapa pernah menggelabah dan mengalami trauma separa kritikal kerana suami #tilljannah anda dijerung oleh perempuan lain? Pasti ramai isteri-isteri sambil mengesat air mata syahdu, berkata ,”saya dah maafkan suami saya. Tapi jangan harap saya boleh lupakan.” Ada juga yang berkata begini,”saya murung sangat bila tahu suami ada betina lain. Saya tak tahu nak maafkan maca mana…” tidak kurang juga yang berkata “saya lagi cantik dari perempuan tu tau tak? Tapi kenapa suami saya boleh pilih perempuan muka tak siap tu jadi madu saya..? Saya tak boleh maafkan!”
Well, semarah mana pun anda terhadap suami anda, realitinya suami anda telahpun disondol oleh perempuan muka tak siap tu okay? Malangnya sebagai wanita, anda perlu kuat dan kental dan sesetengah anda terpaksa memaafkan suami hanya kerana memikirkan anak-anak yang sedang membesar memerlukan kasih ayah atau juga kerana masih ada kasih dan sayang terhadap si suami.
So, mohon bawa bertenang dan sila baca bagaimana nak maafkan suami yang curang ni.
Terima hakikat
Anda hanyalah isteri yang telah dicurangi tau, bukan Wonder Woman. Sedarilah anda tiada superpower nak ‘terbalikkan’ masa untuk betulkan apa yang dah jadi. So first, terima hakikat suami #tilljannah anda sudah mencintai wanita lain. Cakap dekat diri anda, “ Aku terima ini dugaan aku dan jadikan dugaan ini membawa hubungan kami ke satu fasa yang lebih baik.” Be true with yourself! Nak nangis boleh, tapi jangan lama-lama okay. Bukan comel pun hikss.
Dengan menerima hakikat ini akan menyeabkan anda secara sedar menyedari keadaan diri anda ketika ini. Kemudian transformasikan perasaan kecewa dan sedih anda itu kepada suatu semangat untuk menjadi lebih baik dan memenangi semula hati suami anda. Ingat kegembiraan wanita bahagia adalah ketagihan paling hebat buat suami.
Sayangi diri sendiri
Please…please….. Tolong sayang diri anda okay. Anda wanita berharga dan layak bahagia. Masalah wanita ni, sibuk sangat nak suruh orang sayang dia. Padahal dia pun tak sayang diri sendiri. Berkira dengan diri sendiri. Baju tidur berlobang. Baju dalam pun berkira nak ganti sibuk complaint kenapa suami cari orang lain. Menyampah bukan?
Jadi mulai hari ini jangan lupa renung diri anda di cermin dan katankan pada diri anda “ aku cantik, aku hebat, aku bahagia” Jangan tak percaya ritul mudah dan simple ini boleh mengubah mood dan diri anda jika diamalkan secara berterusan. Senaraikan perkara-perkara yang buat anda gembira. Lepas tu apa lagi, jom kembalikan kegembiraan hati anda.
Fokus dan rawat emosi dan diri
Wanita yang bijak adalah wanita yang tahu apa yang dia mahu. Wanita yang sanggup berusaha untuk perbaiki diri dengan ilmu. Bukan wanita yang asyik stalk handphone suami sambil membebel okay? Bukan juga wanita yang asyik tanya suami “ Apa lagi saya tak korbankan untuk kebahagiaan rumah tangga ini..” Oh please.. Hentikan drama ini.
So, macamana nak transform diri anda yang sendu itu supaya menjadi lebih berjiwa ranggi dalam meniti cabaran rumah tangga abad ini? Fokus kepada merawat hati anda, sayangi diri anda sepenuhnya malah lebih dari apa pun di dunia ini. Kerana getaran positif dan kasih sayang yang melimpah ruah dalam diri anda ini sebenarnya berjangkit. Tak percaya? Cuba dulu ya. Jangan marah kalau anda terpaksa bahagia selepas amalkan tiga tip ini. Selamat mencuba.
Penulis: Norsila Mustapa Kamal