Bila Suami Isteri Sibuk Dengan ‘Dunia’ Masing-masing, Kemesraan Dalam Rumah Tangga Pun Hilang

Share

Rumah tangga yang bahagia memerlukan komunikasi yang utuh antara suami dan juga isteri. Jika masing-masing hanya sibuk mengejar kerjaya dan hanya pulang ke rumah untuk melepaskan lelah dan melelapkan mata maka anda dan pasangan tidak ubah sepetti rakan serumah.

Ibarat pokok yang perlu dibaja, kasih sayang juga begitu. Perlu disulam dengan dengan sikap mengambil berat antara satu sama lain dan saling berbicara tentang diri masing-masing.

Kredit foto: Pexels

Kebahagiaan hilang bila tiada lagi kemesraan dalam rumah tangga. Suami sibuk, isteri pun sibuk.

Suami makan sorang, isteri pun makan sorang…suami kat ruang tamu sorang, isteri pun kat dapur sorang…suami mengadap telefon sorang, isteri pun mengadap telefon sorang.

Duduk serumah, tidur sekatil, tapi kemesraan tu dah makin hilang hari demi hari.
Nak kata makin lama berumah tangga, makin tak mesra tu normal, tak boleh jugak…nak kata makin tua kita, makin tak rasa nak bermesra tu biasa, pun tak boleh jugak…

Sebab hati masing-masing tu perlu di isi dengan kasih sayang, gelak tawa, gurau senda…ini pengikat hubungan, ini yang membuatkan hubungan itu mampu kekal untuk tempoh yang lama…

Kredit foto: Unsplash

“Kemesraan”…

Kita lupa nak bermesra dengan pasangan bila dah sibuk dengan urusan masing-masing…kita rasa macam tak ada masa nak buat semua tu…lama-kelamaan, kita dah kurang mesra antara satu sama lain dan kebahagiaan itu mulai hilang…

Benda kalau dah hilang, nak “cari balik” tu bukannya senang…

Kesimpulannya dalam sesebuah rumah tangga, pastikan suami isteri luangkan masa untuk berbual. Tidak perlu lama. Sebelum masing-masing melelapkan mata, cubalah berbual seketika. Ketepikan telefon pintar sebentar.

Jika anda dan pasangan hanya sibuk dengan urusan harian masing-masing, lama-kelamaan rasa sayang itu akan semakin pudar. Lebih buruk lagi rasa kasih sayang itu akan lenyap pada diri masing-masing. Itu yang kita tidak mahu.

Sumber: Firdaus Syakirin Kredit foto (top image): Unsplash

Published by
Hasliza