Adat dalam berumahtangga pastinya ada kalanya berlaku perselisihan faham antara pasangan. Kadangkala perkara yang kecil dibesarkan hingga membuatkan salah satu pihak akan merajuk. Dalam hal merajuk , bukan  perempuan sahaja yang pandai merajuk, malahan ada juga lelaki merajuk apabila rasa tidak puas hati timbul.

 

Cuba cara ini untuk memujuk suami yang merajuk.

 

1. Biarkan si dia ruang bersendirian

Biarkan pasangan anda untuk menyendiri atau membawa diri seketika waktu jika berlaku pertengkaran. Cuba jangan ganggu si suami dalam masa yang terdekat. Beri dia ruang untuk berfikir.

Biar dia berfikir apa punca sehingga terjadinya perselisihan faham berkenaan. Mungkin egonya tidak lama dan kemudian berbaik kembali anda. Biasanya lelaki perlukan masa untuk berfikir dan menenangkan fikiran.

# Jangan sesekali berleter atau meninggikan suara pada suami anda, dikhuatiri membuat suami anda jemu melayan kerenah anda, atau lebih buruk lagi membuatkannya hilang pertimbangan.

 

Ads

2. Layan kehendaknya

Jika si suami nampak melakukan apa-apa aktiviti bersedirian, cuba dekati si suami dengan melayan kerenahnya dan apa yang dia minati. Contoh jika pasangan anda suka menonton siaran sukan, apa kata anda duduk di sebelah si dia dan bersama-sama menonton rancangan tersebut.

Anda juga boleh cuba masakan yang digemarinya.  Pasti suami anda lembut hati dari merajuk kerana lelaki suka kepada wanita yang pandai melayan kerenah mereka.

 

3. Pujuk dengan kata-kata manis

Lelaki adalah golongan yang jenis suka dipujuk rayu oleh pasangan mereka. Cubalah pujuk suami anda dengan kata-kata manis seperti panggilan manja, contohnya ‘sayang’,’bushuk’. Selitkan juga ayat-ayat jiwang untuk memujuk suami anda. Anda juga bolehkan menyelitkan ayat humor kepada si dia, asalkan yang tidak melibatkan peribadi suami anda.

Ads

 

4. Gembirakan diri sendiri

Semasa si suami sedang menenangkan diri untuk menyejukkan hati, apa kata anda buang kerungsinganya dengan melakukan aktiviti yang boleh menggembirakan hati kedua belah pihak. Sebagai contoh adalah, membawa anak-anak ke taman tema air atau tempat rekreasi.

 

5. Nyanyikan lagu untuk suami anda

Pasti tidak ramai yang pernah melakukan perkara ini untuk memujuk suami anda bukan? Apa kata anda cuba memikat kembali hati pasangan anda dengan menyanyikan lagu yang mempunyai unsur memujuk, lagu kegemarannya atau lagu yang si dia pernah nyanyikan untuk anda ketika mula-mula berkenalan dan permulaan bercinta.

Ads

Usah pedulikan suara anda merdu atau sumbang kerana ia sekadar pujuk memujuk yang hanya melibatkan anda dan pasangan anda sahaja. Pasti si dia tersenyum lebar dengan sikap anda yang nampak bersungguh-sungguh untuk memujuknya.

#Tidak perlu untuk berkaraoke, memetik gitar atau mengalunkan alunan piano ketika anda bernyanyi memujuk pasangan anda. Cukup sekadar menghantar voice message yang melalui aplikasi wechat, whatsapp atau ketika bersebelahan dengan si dia.

 

6.Mengalah dan meminta maaf

Lelaki terkenal dengan egonya yang tinggi. Jika anda yang menjadi punca kepada perselisihan faham tersebut, adalah lebih baik anda mengalah dan meminta kepada pasangan anda. Terangkan kenapa berlaku perselisihan faham dan tanyakan mengapa si dia merajuk dengan nada dengan yang lembut

Jika silap itu bukan dari anda sekalipun, apa kata, sekali sekala anda meminta maaf kepada si suami. Mungkin ia akan membuatkan dia serba salah dan turut meminta maaf kepada anda dengan kesilapan yang telah dilakukannya.

Jangan biarkan merajuk pasangan anda berpanjangan. Dikhuatiri ia akan menjejaskan hubungan anda dan pasangan anda. Usah bermasam muka. Berbaik-baik semula dan jalani hidup bahagia anda seperti biasa.

Sumber: http://www.wom.my/keluarga

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI