Bila Suami Tegur Isteri Depan Anak-Anak, Mesti Benda Ni Akan Jadi. Cubalah Perhatikan…
November 14, 2022
Share
Bergurau suami isteri depan anak-anak sangatlah digalakkan. Bila anak nampak mak ayahnya mesra, manja, dah tentu dia pun akan tersenyum dan terikut-ikut. Anak-anak kan ikut acuan mak ayah. Cuma kalau nak menegur isteri atau pasangan, perlu ada adab dan sudah tentu, elakkan menegur pasangan depan anak-anak.
Bila bercakap dengan pasangan, bukan selalunya yang best-best saja. Banyak benda yang boleh buat kita berselisih faham. Biasalah, manusia… Kena selalu berhati-hati dalam pemilihan perkataan, bahasa dan perlakuan kita pada pasangan depan mereka.
Cuba tengok bagaimana anak-anak yang dibesarkan dalam keluarga yang berpecah-belah. Mak ayah bergaduh dan menjerit depan anak-anak membuatkan mereka juga cenderung untuk jadi seperti itu di luar rumah. Dengan adik-beradik lagilah kasar! Renungkan dan baca kisah ini dengan hati terbuka. Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan suami yang begini.
Suami, Jangan Tegur Isteri Depan Anak-anak
Bila saya belajar prinsip ni, baru saya faham kenapa kita ibubapa tak boleh berselisih depan anak-anak. Ia akan bagi kesan pada anak-anak.
Kalau kita (suami) komen, tegur, dan marah isteri depan anak-anak, anak-anak akan belajar dari situ. Walaupun mungkin komen kita dengan niat nak membetulkan isteri, tapi ia tetap beri kesan yang buruk!
Anak-anak akan tengok, ayahnya tak hormat ibunya. Ibunya dengan mudak boleh dikritik dan dikomen. Bukan dihormati dan disegani. Suatu hari nanti, dia akan ‘ambik tempat’ ayahnya – tegur, komen, marah dan tak hormat ibunya. Dia tak respek ibunya sendiri sebagaimana kita (bapa) tak respek isteri kita.
Maka tak peliklah kalau anak-anak tak dengar cakap ibunya. 10 kali suruh kemas mainan tapi tak jalan-jalan juga. Malah dia boleh buat ‘bodoh’ apa saja suruhan ibunya. Ibunya hilang ‘bisa’ depan anak-anak.
Promotelah Isteri Depan Anak-anak
Kita sepatutnya kena selalu promote (edify) isteri kita depan anak-anak. Zahirkan yang kita respek isteri kita depan anak-anak. Sentiasa cakap pada anak-anak yang ibunya seorang yang baik, hebat , berjasa, bagus dan sebagainya.
Supaya isteri kita ada wibawa terhadap anak-anak. Anak-anak akan benar-benar percaya dan respeknya pada ibunya.
Sekali ibunya cakap, dia pasti akan dengar. Sebab mereka respek!
Mempromosikan isteri kepada anak-anak sebenarnya kita memberi satu ‘kuasa’ (empower) untuk isteri mendidik mereka dengan mudah. Kita mempermudahkan isteri untuk bantu kita didik anak-anak kita! Yang akhirnya memudahkan kita!..