Bila Tinggal 3 Bulan Lagi Nak Kahwin, Bakal Pengantin Kena Ready Bab-Bab Ni

Share

Ini saat-saat yang bakal pengantin paling nervous sekali. Ye lah, masa nilah orang cakap final check. Tapi jangan risau, admin sediakan mana yang perlu korang go through 3 bulan sebelum majlis nanti.

#1: Dup dap dup dap
Kalau bulan lepas, anda ada lagi 4 bulan menjelang perkahwinan anda, bulan ini, anda ada tiga bulan sahaja lagi. Debaran pun semakin kuat. Kalau dulu anda banyak rasa ‘excited‘ saja untuk berkahwin, sekarang dah mula datang rasa nervous. Bak kata zaman masa sekolah, dah cuak dah. Macam-macam ada dalam benak anda sekarang kan? Tak apa. Sikit saja lagi.

#2: Baju kahwin
Hah. Ini kalau belum tempah lagi, baik tempah terus selepas membaca artikel ini. 3 bulan sebelum majlis sebenarnya sudah agak terlambat. Lagi-lagi kalau baju pengantin perempuan. Fabric hunting lagi, patching lagi, nak cari tailor lagi. Unless, anda ada bajet yang besar, anda boleh serahkan semuanya pada designer anda.

Namun, kalau dah lambat sangat selalunya designer pun tak ambil tempahan dah. Untuk pereka tersohor, selalunya mereka awal-awal lagi sudah ‘fully booked‘. Jika anda mahu sewa sahaja persalinan anda, baik anda pergi sewa secepat mungkin. Sekurang-kurangnya, apabila sudah ‘book‘ rasa lega sedikit.

#3: Mekap
Bagi bakal pengantin perempuan, hal ini agak stress sedikit. MUA yang best best selalunya cepat ditempah orang. Jika anda bercadang untuk tempah MUA anda sebulan sebelum majlis, cadangan anda itu agak mencabar dan merbahaya. Jika majlis anda dijadualkan berlangsung pada cuti sekolah, eloklah anda tempah sahaja sekarang.

Deposit pun selalunya tidak banyak. Dalam RM100 pun ada. Dan, jangan berkira-kira sangat tentang caj MUA. Ini adalah pelaburan yang sangat berbaloi. Mekap yang hebat boleh membuat anda berasa cantik sepanjang majlis dan memberikan anda keyakinan diri yang tinggi.

#5: KAD KAHWIN
MAK DAH BISING TENTANG KAD KAHWIN? 3 BULAN SEBELUM MAJLIS ADALAH WAKTU TERBAIK UNTUK ‘SETTLE-KAN’ APA YANG PATUT. BULAN DEPAN SUDAH BOLEH MULA EDARKAN KAD.

#6: Borang
Hah…ini antara perkara yang boleh menambahkan lagi debaran anda. Isi borang kahwin. Hal ini ada prosedur-prosedur yang perlu diikut dengan tertib. Jangan buat di saat akhir. Nanti urusan senang pun anda anggap leceh.

#7: Jimat
Mungkin menjelang majlis anda dan pasangan, kedua-dua anda makin berjimat dan bukannya seperti semasa anda berdua baru bercinta. Tak apalah. sikit lagi. Dan jika dipandang daripada sudut positif, anda dan pasangan dapat melatih diri untuk berjimat di masa hadapan juga. Ada juga pasangan yang sendiri terkejut mereka sebenarnya mampu menyimpan wang yang banyak jika mereka tidak berbelanja seperti sebelumnya.

#8: Ujian
Ada pasangan yang diuji pada detik-detik menanti hari bahagia ini. Lain orang lain dugaannya. Ada orang makin sibuk bekerja, ada orang lama muncul kembali, ada juga yang tidak sempat menjengah hari bahagia bersama pasangan.

Published by
Bella