Cantik pula tengok rumah yang ada bilik baking dalam rumah, nampa kemas dan teratur bila pandai bab susun atur ruang.
Begitulah yang dihasilkan oleh suri rumah, Puan Noraini Hashimah menerusi laman Facebook miliknya Ainie Syeema.
Bilik Baking Dalam Rumah
Mendiami rumah teres empat bilik termasuk stor, tidak menjadi masalah untuk tiga beranak dalam keluarga ini mendeko ikut idea sendiri.
Profesional baker tersebut mengakui minat dalam bidang pembuatan kek merupakan antara sebab utama beliau berbuat demikian.
Selain itu, Noraini juga tidak mahu membuatkan ruang berkenaan nampak serabut.
“Sekadar berkongsi bilik baking yang jadi tempat saya bekerja yang berjaya disiapkan dalam tempoh dua minggu. Sebenarnya ini rumah teres biasa yang dibeli memandangkan sebelum ini kami hanya menyewa.
“Awal-awal masuk rumah saya sudah cop satu bilik untuk dijadikan bilik baking. Sengaja saya tidak mahu campurkan dengan dapur,” ujar beliau yang mesra disapa Ainie Syeema.
Fokus Keselesaan Masa Makan
Pada masa sama, wanita ini mahu memberi keselesaan kepada suami dan anaknya terutama ketika waktu makan.
Oven, chiller dan peti ais sengaja diletakkan di bahagian ruang makan tepi dinding. Setiap satunya ditempatkan plug berasingan bagi tujuan keselamatan.
Ringkaskan Ruang Yang Ada
Biarpun ruang bilik yang berukuran 6 X 6 kaki itu sempit, namun dengan kreativiti dan cara ibu kepada seorang cahaya mata itu membolehkan ruang berkenaan tampak tersusun dan kemas.
“Saya memang sengaja menghias serba ringkas memandangkan ruang tersebut terhad. Pada saya, walaupun hanya baking di rumah, namun tetap kena ada susun atur supaya senang kita nak cari barang, kerja juga akan lebih teratur.
“Ruang baking ini terletak bersebelahan dengan dapur. Jadi, mudahlah untuk saya membuat kerja-kerja dalam bilik termasuklah membakar dan mencuci barang selepas selesai semua kerja,” ujarnya lagi.
Barangan untuk kegunaan kerja-kerja membuat kek tersusun kemas di bahagian rak atas. Sementara bahan-bahan seperti gula, serbuk coklat, tepung dan buttercup ditempatkan di bahagian bawah.
“Semua ada tugas masing-masing ikut kepada satu-satu keperluan. Ini kerana ada mixer atau pengadun kek yang lain-lain kegunaannya. Ada yang cantik buat cake, ada yang sesuai buat cookies.
“Selain itu, bahan untuk baking memang saya beli berasingan dengan kegunaan peribadi di dapur. Jadi, barangan tidak bercampur,” ujarnya lagi.
Pilih Konsep Terbuka
Mengulas lanjut, Ainie Syeema berkata, beliau memilih konsep terbuka yang memudahkannya melihat semua stok tanpa tersorok dalam almari atau sebagainya, selain memudahkan untuk mencari barang.
“Saya tiada sebarang tip penjagaan, cuma saya aplikasikan first in first out. Malah, saya juga mempunyai jadual berkala yang mana hari Isnin adalah hari untuk berkemas dan memeriksa barangan baking supaya tiada yang tamat tempoh.
“Selain itu, macam mana kita masuk, begitulah kita keluar. Selepas siapkan kerja, penat macam mana sekalipun kena pastikan bilik sentiasa kemas. Walaupun kita baking dalam rumah tetapi kena disiplin dalam mengemas. Kerja juga akan lebih teratur,” katanya.
Haa.. untuk anda yang baru berumah tangga dan ada plan nak buat bisnes dari rumah macam ini, boleh lah cuba deko ruang baking sendiri ya. Barulah kemas dan tak stress buat kerja. Nak masak pun, enjoy!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI