Pasangan baru berkahwin akan saling mengejar masa untuk mencipta suasana romantik khususnya di luar rumah. Makan malam berdua-duaan akan muncul sekali-sekala pada kalendar kerana kesibukan diri masing-masing. Dengan sedikit kreativiti, cipta suasana romantik di rumah. Lebih mudah apabila ia disalurkan melalui saluran yang tepat seperti melakukan kerja rumah bersama-sama. Ayuh, cubalah!
1.Kamar Tidur
-Bangun awal pagi. Persiapkan diri lalu alihkan tumpuan anda ke dapur untuk menyiapkan sarapan isteri tercinta. Beberapa keping roti, buah-buahan segar dan telur sudah memadai. Bawakan ke bilik tidur lalu kejutkan si isteri untuk sama-sama menjamah sarapan. Kemaskan katil bersama-sama apabila sudah selesai bersarapan. Anda boleh mengajak isteri melakukan hubungan intim sebelum sama-sama mengemaskan katil.
2. Dapur
-Tanyakan kepada si isteri sama ada dia memerlukan pertolongan. Inilah masanya untuk menunjukkan kehebatan skil anda di dapur. Kerja ‘heavy duty’ untuk kaum wanita di dapur adalah membasuh pinggan. Cecair pencuci pinggan mampu merosakkan tangan dan menyebabkan kulit merekah. Sekurang-kurangnya, basuhlah pinggan mangkuk untuk meringankan beban isteri. Pasangan anda pastinya menghargai tenaga kerja seorang lelaki di dapur.
3.Ruang Tamu
-Tarik dan angkat semua perabot untuk memudahkan isteri anda menyapu atau memvakum bahagian ruang tamu. Apabila dia sudah selesai, usah tunggu lama-lama. Segera mop lantai sehingga bersih. Tanyakan isteri berapa kali lantai perlu dibilas. Pasti kan ruang tamu bersih sehingga isteri berpuas hati. Setelah selesai, pasangkan muzik. Kemudian ajak isteri untuk ‘slow dance’ di ruang tamu.
4. Bilik Mandi
-Bersihkan segala kotoran di dalam bilik mandi. Idea menarik membersihkan bilik mandi bersama isteri adalah mengajaknya mandi bersama selepas selesai membersihkannya. Korbankan sedikit masa anda untuk bermanja serta bermesra dengan isteri di dalam bilik mandi… Jangan lupa untuk membersihkannya terlebih dahulu!
5. Laman Rumah
-Sapu daun kering dan potong rumput. Laman rumah yang bersih membolehkan anda dan isteri bijak menggunakannya sebagai ruang berkelah tanpa perlu pergi taman atau pun kawasan tasik. Ia menjimatkan kos. Bentangkan tikar dan nikmati pemandangan langit di waktu petang mahu pun malam.