Menyemai cinta bersaksikan ikatan suci membawa kasih hingga ke syurga abadi. Utusan beradat digubah indah tanda cinta sehati sejiwa. Melakar detik bahagia dan romantis cinta menerusi bingkisan berbalas kasih untuk momen yang cukup istimewa.
Aksesori pelengkap si dara dari LA PUTRI bakal memberi aura seri yang tiada tara. Gemerlapan rekaan memukau diserikan lagi dengan suntikan mutiara dan batu permata yang cukup mewah.
Ads
Ringkas dan moden! Mainan rona pastel mengilhamkan biasan elegan dan eksklusif. Gubahan istimewa berisi sepatu dari THE_CHEMPAKA membawa elemen minimalis dalam gubahannya. Rekaan minima jam tangan jenama ICE WATCH sesuai buat si dara yang ingin gaya ringkas dan bersahaja. Abadikan detik cinta bersama si dia dengan hadiah berupa jam tangan ikonik ini.
Ads
Ads
Wangian segar bakal membuatkan si dia tertarik. Dulang berisi pewangi dari THE_CHEMPAKA ini hadir memukau dengan gubahan bunga segar berona putih. Tidak lengkap dulang kasih tanpa pemanis mulut. Seleksi coklat dari GODIVA membariskan cita rasa yang mampu membangkitkan rasa cinta buat selamanya.
Hadiah tas tangan pasti membuatkan hati si dara teruja. THE_CHEMPAKA memberikan idea kreatif yang tiada tara dalam setiap sentuhannya. Pastinya ia cukup relevan. LA PUTRI menghadirkan biasan elegan buat ratu sehari. Hadiah berupa aksesori mewah bertatahkan berlian menjadi pelengkap untuk penampilan di majlis meraikan cinta.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau anda rajin, boleh lah hias balkoni kosong sampai jadi tempat minum kopi suami isteri, tetamu nak lepak pun cun sangat!
Daripada dibiar kosong tak ada apa-apa, baik cuba idea yang dikongsi oleh Adam Outlaw ini. Nampak kemas dan tersusun.
Hias Balkoni Kosong Jadi Tempat Kopi Suami Isteri, Jimat DIY Sendiri!
Dengan hanya guna 3 barang semuanya dibeli secara online, balkoni kosong sebelum ini terus berubah wajah jadi tempat santai untuk berehat atau minum kopi.
Bagi yang nak cuba makeover balkoni, boleh guna idea ini.
Ini gambar sebelum, untuk keselamatan kena buat jaring dulu.
2. Pasang flooring kayu, (untuk keluasan ini saya guna 19 keping). Cuma lekatkan saja. Kayu ini katanya tahan kulat tapi jika kena tempias sebaiknya bersihkan bahagian bawah dari air.
3. Letak batu putih
3. Pasang lampu solar. Tak perlu wiring, lekatkan saja.
Hah, sudah macam ini, barulah rasa berbaloi dan anda boleh lepak dengan pasangan di rumah cara santai-santai sambil minum kopi.
Konsep ‘Fairy tale’ dengar pun dah tahu mesti hebat konsep ini. Ia adalah tema sesuatu cerita dongeng yang diangkat kemudian dijadikan sebagai inspirasi buat bakal pengantin. Di Malaysia tidak kurang hebatnya tema ini. Ada yang memilihnya kerana dekorasinya yang begitu unik dan menawan.
Tidak hanya itu, ada juga antara selebriti malaysia yang turut memilih tema ini. Memang cun habis lah! Buat bakal pengantin yang masih tak jumpa tema boleh lah guna konsep ini nanti.
Jadi, korang boleh lah guna tema ni untuk majlis perkahwinan korang nanti!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Trend dulang hantaran perkahwinan sentiasa berubah-ubah saban tahun. Daripada hiasan klasik tepak sirih sehinggalah ke trend moden di mana dulangnya lebih santai dan terbuka, semuanya miliki ciri-ciri tarikan yang tersendiri. Walau bagaimanapun dulang hantaran menggunakan bunga segar tetap menjadi pilihan bakal mempelai kerana ia lebih menyerlah.
Perlu diingatkan bahawa hiasan bunga segar tidak boleh terlalu sarat sehingga menenggelamkan barang-barang hantaran. Memadai dengan beberapa kuntum bunga bagi memperindahkan gubahan hantaran. Kebiasaannya bunga-bungaan disusun kemas di sekeliling dulang. Walau bagaimanapun, terpulang kepada kreativiti anda untuk menggubah dulang hantaran asalkan ia tidak nampak terlalu padat.
Berbanding dahulu, kebanyakan dulang hantaran pada masa kini lebih berkonsepkan pada warna-warna pastel. Antara pilihan bunga-bunga segar yang sering menjadi pilihan ialah hydrangea, baby breath, ros, lili dan sebagainya.
Gabungan warna-warna pastel dan kesesuaian dengan penggunaan bunga untuk dulang hantaran sangat sesuai untuk majlis nikah mahupun majlis persandingan. Pilihan trend sebegini memudahkan proses memadankan dulang hantaran dengan tema majlis pertunangan atau perkahwinan secara keseluruhannya.
Ayuh kita cuci mata dengan pilihan dulang hantaran yang ‘bermain’ dengan gabungan warna-warna pastel bunga-bunga segar.
Kredit Gambar: Instagram mankajang29
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!