Menyemai cinta bersaksikan ikatan suci membawa kasih hingga ke syurga abadi. Utusan beradat digubah indah tanda cinta sehati sejiwa. Melakar detik bahagia dan romantis cinta menerusi bingkisan berbalas kasih untuk momen yang cukup istimewa.
Aksesori pelengkap si dara dari LA PUTRI bakal memberi aura seri yang tiada tara. Gemerlapan rekaan memukau diserikan lagi dengan suntikan mutiara dan batu permata yang cukup mewah.
IKLAN
Ringkas dan moden! Mainan rona pastel mengilhamkan biasan elegan dan eksklusif. Gubahan istimewa berisi sepatu dari THE_CHEMPAKA membawa elemen minimalis dalam gubahannya. Rekaan minima jam tangan jenama ICE WATCH sesuai buat si dara yang ingin gaya ringkas dan bersahaja. Abadikan detik cinta bersama si dia dengan hadiah berupa jam tangan ikonik ini.
IKLAN
IKLAN
Wangian segar bakal membuatkan si dia tertarik. Dulang berisi pewangi dari THE_CHEMPAKA ini hadir memukau dengan gubahan bunga segar berona putih. Tidak lengkap dulang kasih tanpa pemanis mulut. Seleksi coklat dari GODIVA membariskan cita rasa yang mampu membangkitkan rasa cinta buat selamanya.
Hadiah tas tangan pasti membuatkan hati si dara teruja. THE_CHEMPAKA memberikan idea kreatif yang tiada tara dalam setiap sentuhannya. Pastinya ia cukup relevan. LA PUTRI menghadirkan biasan elegan buat ratu sehari. Hadiah berupa aksesori mewah bertatahkan berlian menjadi pelengkap untuk penampilan di majlis meraikan cinta.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi memenuhi dulang hantaran, bunga rampai digubah indah sebagai pemberian kepada bakal pengantin. Bunga rampai menghadirkan aroma harum dan segar di sesuatu majlis yang diadakan. Ia juga satu terapi khusus kepada majlis persandingan dan amat baik diletakkan di dalam bilik pengantin.
Bunga rampai adalah hasil adunan beberapa jenis bunga terpilih dan daun pandan yang di hiris halus serta digaul dengan minyak wangi.Bunga rampai merupakan bunga yang dihiris halus, beserta daun pandan. Ianya juga digunakan semasa majlis merenjis atau tepung tawar di pelamin
Bahan-bahan untuk membuat bunga rampai:
kelopak bunga mawar pelbagai warna, bunga melur, bunga jenjarum, bunga kekwa dan pelbagai bunga yang ada
daun pandan
daun limau perut – ia menambahkan aroma pada bunga rampai
pachovali- pewangi bunga boleh dibeli jer dekat Maidin.
air mawar
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tengok pelbagai tema majlis kahwin yang unik-unik pasti boleh buat anda teruja nak adakan majlis kahwin macam mereka. Apa kata berikan sentuhan kreatif di majlis meraikan cinta dengan pelaminan ala rimba agar setiap tetamu yang hadir terkesima.
Umpama berada dalam rimba yang penuh dengan elemen semula jadi, pelamin dengan elemen ini tentu sahaja mampu mencetuskan kedamaian selain meninggalkan momen indah dalam ingatan.
Zahirkan sisi romantis pasangan yang diraikan bersama dekorasi hiasan pelaminan dengan sentuhan reranting dan bunga-bungaan.
Hidupkan perkahwinan unik dengan suasana yang cukup mempesonakan bersama olahan warna minimum yang pastinya mencuri perhatian tetamu yang datang.
Rencanakan majlis resepsi dalam suasana penuh meriah bersama percikan rona warna semula jadi untuk impak memukau pada singgahsana.
Serlahkan ilham simfoni ala rimba padan singgahsana raja sehari bagi melambangkan pesona kedamaian dan ketenangan yang abadi.
Ok, dah dapat serba sedikit idea untuk perkahwinan ala rimba ni kan? Jadi apa kata anda tenangkan minda anda dan ikuti pula filem tentang dunia rimba Tombiruo: Penunggu Rimba.
Dari Kegelapan Bangkitnya Penunggu Rimba… Penantian buat kaki wayang serta peminat karya Tombiruo untuk menyaksikan filem adaptasi karya novelis thriller nombor satu di Malaysia, Ramlee Awang Murshid di layar perak kini berakhir!
Menampilkan buat julung kalinya kerjasama hebat daripada empat penerbit iaitu Astro Shaw, Grup Buku Karangkraf, Ideate Media dan Layar Sunan, filem dengan genre aksi drama ini pastinya mampu menarik minat penonton.
Skrip filem hasil gabungan kerjasama Yasmin Yaacob dan Choong Chi-Ren bersama input kreatif daripada Ramlee Awang Murshid ini membariskan pelakon-pelakon berkarisma seperti Zul Ariffin (Tombiruo/Ejim), Farida Kamil (Amiruddin), Nabila Huda (Wan Suraya), Faizal Hussein (Pondolou), Hasnul Rahmat (Juslan), Michael Chen (Wong), Farah Ahmad (Monsiroi), Dato’ M. Nasir (Tan Sri Berham), Datin Marlia Musa (Bonda), Faye Kusairi (Salina), Dynas Mokhtar (Baizura), Artu (Ondu) dan Muhammad Al-Rayyan (Ejim dan Amirul sewaktu kecil).
Penerbit Eksekutif Grup Buku Karangkraf, Puan Firdaus Hussamuddin menjelaskan bahawa ini merupakan kali pertama mereka terlibat dalam menerbitkan filem. Kejayaan novel Tombiruo yang diulang cetak sehingga 18 kali sejak tahun 1998 menjadikan penanda aras bahawa filem ini mampu mendapat sambutan hebat di kalangan peminat filem tempatan.
Sinopsis
Tombiruo yang memaparkan kisah aksi ini menceritakan tentang Ejim, lelaki bertopeng yang digelar sebagai Tombiruo oleh penduduk di Sabah kerana menganggapnya sebagai penunggu rimba. Kehadiran Tombiruo nyata penuh misteri dan sering ditakuti, malah turut dicaci oleh penduduk kampung. Apabila Wong dan kuncu-kuncunya membuat kacau di kampung untuk meneruskan aktiviti empangan, satu insiden telah berlaku dan menimbulkan kemarahan Tombiruo.
Amiruddin yang menganggap Tombiruo sebagai punca keperitan hidup keluarganya, mula menjejakinya. Wartawan Wan Suraya yang mengikuti perkembangan isu syarikat Tan Sri Berham turut mengikuti jejak Tombiruo. Wan Suraya dapat rasakan Tombiruo tidak membahayakan seperti yang diperkatakan.
Namun apabila Amiruddin dan Tombiruo bertemu, mereka bertarung demi membela nasib orang-orang yang mereka sayangi. Semangat dari hutan telah mengiringi kekuatan Tombiruo. Ada sebuah rahsia di antara mereka berdua yang sudah lama tersimpan bakal terbongkar. Apakah kaitan antara mereka berdua sebenarnya? Siapakah dalang di sebalik insiden yang berlaku selama ini?
Nak tahu kisah kesudahan, jangan lupa tonton filem ini di pawagam bermula 12 OKTOBER 2017 ini. Rasaikan sendiri kelainan yang dibawakan oleh filem Tombiruo: Penunggu Rimba!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kepada pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan mereka tahun ini, admin nak kongsi idea pelamin-pelamin menarik yang mungkin dapat memberi inspirasi kepada korang yang sedang merancang majlis terpenting dalam hidup anda ini.