
Jangan hanya melihat kejayaan orang tetapi kita sendiri boleh mencipta kesenangan kalau tahu caranya. Buat julung kalinya, Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) mengajak semua perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menyertai minggu POWER UP yang berlangsung secara eksklusif di studio All Asia Centre, Bukit Jalil bermula 28 Jun hingga 1 Julai 2022.
Bertemakan “POWER UP! Berada Di Tempat betul Untuk Berkembang”, peserta PKS akan dibawa meninjau studio Astro di mana pakar pengamal media akan berkongsi info trend terbaharu dan data insights penting. Ini termasuk jenis pengiklanan paling efektif di Asia Tenggara untuk melipat-gandakan ketepatan kuasa pemasaran di kalangan generasi baharu di kaca TV.
Bukan itu sahaja, peserta juga akan dibawa menyaksikan program secara langsung yang diadakan di studio. Anda berpeluang untuk bertemu selebriti kegemaran dan menikmati diskaun eksklusif untuk pakej pengiklanan.
RM100,000 Menanti Anda!
Menariknya, anda juga boleh membawa pulang pelbagai hadiah menarik bernilai RM1 juta untuk pemenang bertuah. Terdapat 10 set hadiah di mana setiap satunya menganduingi sebuah TV pintar Samsung 65” AU7000 4K UHD serta hadiah RM100,000 nilai pengiklanan airtime untuk dimenangi.
Acara yang berlangsung selama empat hari diasingkan kepada tiga sesi dan peserta SME boleh memilih mana-mana slot masa yang sesuai di antara jam 9.00 pagi, 11.30 pagi atau 2.30 petang.
Jom tempah slot anda sekarang di quake.com.my sebelum kehabisan! Setiap slot terhad kepada 40 orang sahaja. Lebih mudah, tekan LINK ini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mizz Nina Selamat Bernikah, Essam Muhammad Bukan Calang-calang Orangnya

Isi Kandungan
ToggleBekas penyanyi dan aktivis, Mizz Nina selamat bernikah dengan penyanyi rap berdarah kacukan Maghribi-Amerika Syarikat, Essam Muhammad.
Difahamkan majlis pernikahan pasangan itu diadakan secara tertutup di luar negara dan hanya dihadiri kaum keluarga serta teman rapat.
Mizz Nina Selamat Bernikah
“Saya sudah bernikah pada suku kedua tahun 2023 dengan suami tercinta, Essam Muhammad dalam satu majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan teman rapat.
“Allah SWT sebaik-baik perancang dan telah mengatur perjalanan kami dengan cantik sekali. Alhamdulillah dengan restu daripada kedua ibu bapa, kami kini melengkapi kehidupan masing-masing.
Kenali Essam Muhammad
Essam adalah seorang penyanyi rap dan penulis lirik melancarkan kariernya pada 2016 dengan melancarkan video berjudul West Is My Home.
Sejak itu Essam banyak menerima udangan mengadakan persembahan di seluruh dunia berkongsi perjalanan hidup dan sisi kreatifnya di negara seperti Afrika Selatan, United Kingdom, Switzland dan Malaysia.
Tidak hanya itu, Essam turut aktif dalam aktiviti komuniti di Seattle dengan membantu mencipta ruang untuk penyajak muda berkongsi idea dan hasil kerja mereka.
Penyanyi itu juga dilihat banyak mengetengahkan unsur-unsur dakwah dalam lagu selain sering diundang berkongsi pengalaman dan inspirasinya dengan komuniti Islam di serata dunia.
Banyak mengetengahkan isu-isu kemasyarakatan dan semasa dalgu-lagu ciptaannya, Essam pernah melancarkan dua buah album iaitu 12.12 dan Chapter20six yang turut mendapat sentuhan penerbit Petty Po pada 2020.
Minatnya dalam muzik rap dan hip hop bermula sejak dia berusian 9 tahun apabila banyak dideahkan dengan genre tersebut.
Dilahirkan sebagai seorang Muslim, Islam tidak hanya menjadi sebahagian dalam seni yang dibawa tetapi ia menggerakkannya untuk mencipta dan menjadi siapa dirinya hari ini.
“Kepercayaan saya membuatkan saya merendah diri dalam semua perkara saya lakukan. Agama adalah tujuan hidup saya,” katanya menerusi temu bual bersama Sounth Seattle Emerald.
Sementara itu, Essam bukan sahaja seorang penyanyi rap, malah dia turut berjinak-jinak sebagai seorang pelakon menerusi filem berjudul Purple Don’t Cry.
Nina atau Shazrina Azman, 43, memberitahu teruja dikurniakan seorang suami yang berkongsi matlamat dalam usaha dakwah dilakukan.
“Allah menulis episod baru dalam hidup kami dengan cukup indah.
“Kami bersama-sama menjalankan dakwah, kami berkongsi matlamat sama dan teruja dengan perjalanan hidup baru kami ini,” ujarnya.
Nina juga memaklumkan akan mengadakan majlis resepsi di Kuala Lumpur dalam masa terdekat secara tertutup.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Suami Belum Beri Hadiah Mahal, Mungkin Kerana Masih Tak Mampu

Isi Kandungan
ToggleAda sesetengah isteri nak hadiah mahal daripada suami dek kerana melihat pemberian pasangan orang lain di medsos. Bukan kerana dengki tetapi nak merasa dapat kejutan dan dihargai.
Namun sebenarnya situasi ini bahaya jika suami kita bukan tak nak bagi cuma masih belum mampu nak hulur. Okay, untuk ketahui lebih jauh, jemput baca perkongsian Puan Intan Dzulkefli sebagai muhasabah diri.
Nak Hadiah Mahal Daripada Suami
Seorang suami hadiahkan barangan kemas bernilai 4 angka menjengah usia perkahwinan ke tahun 9.
Subhanallah, sweetnya masyaAllah. Suka sangat tengok kebahagiaan suami isteri macam ni.
Terusik juga hati bila membaca komen isteri yang teringin juga sedemikian, namun setelah berpuluh tahun berkahwin, tiada pun mendapat penghargaan bernilai seperti itu. Iyalah, tipulah, hati wanita mana tak terusik. Majoriti wanita memang sukakan emas kalau tidak sebagai perhiasan pun, disimpan sebagai aset.
Namun, hati ini lebih terusik dengan komen seorang suami yang mengatakan tatkala dia membaca coretan itu, dia terkenangkan isterinya. Jauh di sudut hati, dia juga ingin menghargai isterinya sebegitu.
Masuklah ke kedai emas dan pilihlah mana satu pun yang adinda mahu. Pasti senyuman adinda hingga ke telinga. Namun, apa daya, masa belum tiba, kekanda belum lagi mampu.
Tersentuh hati ini. Semoga dipermudahkan urusannya.
Bukan Tak Mahu Mengharga Tetapi Belum Mampu
Begitulah. Kadang, bukan suami tak mahu menunjukkan penghargaan dalam bentuk material terutamanya yang menjadi idaman isteri, yang harganya kadang hingga cecah beribu.
Namun, sebagai isteri, kitalah orang yang paling sedar kudrat, kemampuan, jumlah gaji, jumlah simpanan, jumlah hutang suami kita kan?
Kalau makan suami selama ini pun bercatu semata-mata untuk melunaskan keperluan anak isteri, hendak memberi nafkah bulanan kita anak beranak pun hingga buat 3-4 pekerjaan, rasanya tak perlulah tag nama suami sambil komen, “bila nak buat surprise begini?” Atau “Teringin nak macam ni jugak.”
Bukan apa, takut suami kecil hati, jauh hati, tawar hati. Terasa segala pengorbanan, penat lelah, kerja kerasnya selama ini seolah isteri tidak nampak.
Saat ini, saya cuma teringat kisah Allahyarham TGNA yang berpesan kepada isterinya agar tidak mengenakan barangan kemas yang berlebihan sekiranya waktu bertemu rakyat jelata kerana bimbang ada di antara rakyat merasa teringin hingga meminta-minta & akhirnya menyusahkan hati suaminya. Allahuakbar. Halusnya budi Tuan Guru. Subhanallah.
Wahai isteri,
Jika suami ‘belum pernah’ beri, tak semestinya ia kerana dia ‘tak mahu’ beri. Mungkin itu bermakna dia ‘belum mampu’ hendak beri. Sebagai isteri, doakanlah semoga Allah murahkan rezekinya & doakan agar bila dia sudah mampu kelak, mudah-mudahan dia diingatkan untuk menghargai isteri yang selama ini bersabar di sisi. InsyaAllah.
Belajar Reda Dengan Suami
Wahai isteri, sekiranya suami meredhai kita selama hayat ini, Allah pun meredhai kita, maka balasannya insyaAllah syurga.
Di syurga kelak, sebagai ketua bidadari suami, mintalah apa sahaja, pasti Allah akan kurniakan, walau di dunia, kita cuma duduk di rumah buruk dengan persalinan yang lusuh kerana bersuamikan lelaki yang miskin.
Oleh itu, wahai isteri, bersabarlah dan tenang-tenangkanlah hati, iya kita juga teringin. Namun, jangan kerana menginginkan sesuatu hingga mengguris hati suamimu yang soleh dan baik itu.
InsyaAllah semoga Allah permudahkan. Bersabarlah.. jangan bersedih hingga membebankan hati sendiri & hati suamimu. Bahagialah menurut cara kita, seadanya.
Alhamdulillah ‘ala kulli hal.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami Idaman! 5 Aktor Korea Tangkas Di Dapur, Bukan Sekadar ‘Bijak’ Berlakon, Menyanyi & Menari

Isi Kandungan
ToggleTidak ramai yang menyedari bahawa memasak adalah salah satu kemahiran asas untuk kelangsungan hidup. Tidak kira anda wanita atau lelaki, memasak atau mengemas rumah adalah tugas bersama, bukan berdasarkan genre.
Kini ramai golongan lelaki sudah mahir dengan kerja-kerja memasak di dapur. Buktinya lihat sahaja lima orang barisan pelakon Korea yang tangkas memasak di dapur. Siapa agaknya pelakon Korea itu? Jom kita lihat siapakah mereka!
1. RAIN
Bila bercakap tentang kebolehan Rain dari segi nyanyian, tarian, dan lakonan, itu perkara biasa. Namun, ada kebolehan lain suami pelakon Kim Tae Hee ni tau. Rain telah menunjukkan satu lagi daya tarikan melalui kemahirannya dalam memasak.
Pada tahun 2020, dalam program My Ugly Duckling, Rain bercerita tentang kehidupan rumah tangganya bersama isteri. Dia mendedahkan, “Jadi saya akan bertanya kepada isteri saya terlebih dahulu, ‘Adakah anda mahu makan?’ Dan jika tiada siapa yang mahu makan, saya akan menyediakan makanan itu untuk diri saya sendiri, makan, membasuh pinggan dan mengemas semuanya. Saya suka melakukan perkara seperti itu.”
Pada rancangan lain, Rain memberikan penampilan menarik apabila dia membuat tulang rusuk lembunya sendiri apabila muncul di House on Wheels Musim 3. Hasil masakannya turut dipaparkan dalam siri episod The Hungry dan The Hairy.
2. YOO TEO
Pelakon kelahiran Jerman pada 1981 ini telah berkahwin dengan Nikki S. Lee, seorang artis visual dan jurugambar yang 11 tahun lebih tua daripada dirinya.
Dalam siaran program Honeymoon Tavern, Yoo Teo berkongsi bahawa dia telah bekerja sambilan di restoran sashimi selama 1 tahun di New York. Yoo Tae mampu membuktikan dirinya sebagai chef utama.
3. RYU SOO YOUNG
Menerusi program realiti KBS bertajuk Stars’ Top Recipe at Fun Restaurant, tidak dinafikan kemahiran memasak pelakon Korea ini.
Sehingga kini, suami kepada pelakon Park Ha Sun itu telah memenangi enam pertandingan. Antara menu yang dimenangi dalam pertandingan tersebut ialah Ayam Chee Chee, Ayam Tortilla Chee, Mee Cuka Soya Bijan, Tteokbokki Susu Pekat Madu, Ayam Sos Krim Epal, dan Ayam Goreng Sos Mala.
4. KIM JAE WON
Daripada program yang sama seperti Ryu Soo Young, nama Kim Jae Won turut dikenali kerana kebolehannya memasak. Kebolehan memasak Kim Jae Won ditambah pula dengan pengetahuan tentang bahan masakan yang sihat telah memukau ramai penonton.
Dalam rancangan masakan itu, dapat dilihat anaknya, Kim Yi Jun, sentiasa menyokong dan menggemari masakan bapanya.
5. KI TAE YOUNG
Suami ahli SES Eugene sangat memberi perhatian khusus dalam kehidupan sehariannya. Dia sentiasa menjadi suami dan bapa yang boleh dipercayai. Bukan setakat memasak, malah menjaga dua anak perempuannya.
Dia sangat mengambil berat tentang kandungan nutrisi makanan yang dimakan oleh anak perempuannya. Dia juga sentiasa mengambil kira kandungan karbohidrat, protein dan lemak yang betul dalam setiap makanan yang dimasaknya.
Pelakon lelaki Korea yang handal di dapur memberi inspirasi kepada orang ramai bahawa memasak bukan soal jantina. Semua orang boleh memasak. Jika tidak tahu, boleh belajar!
Sumber: idntimes.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI