Bertunang adalah satu tempoh masa yang diberikan kepada bakal pengantin untuk lebih mengenali di antara satu sama lain. Waktu bertunang juga adalah di mana masing-masing boleh mengumpul duit untuk persiapan perkahwinan dan selepas berkahwin.
Bukan tak boleh nak kahwin terus, tapi ikutlah keadaan masing-masing. Kalau mampu, sebaik berkenalan masuk je meminang. Berkenalan lebih mendalam selepas bernikah pun indah. Tapi bagi bakal pengantin yang bercadang untuk bertunang, janganlah sesekali ingat tunang tu sebagai tiket untuk berdua-duaan. Batas agama tu masih perlu dijaga kerana tidak ada hubungan yang sah. Ingat tu!
Dalam satu ceramah oleh Datuk Ustaz Kazim Elias, terdapat poin penting yang perlu diketahui pasangan yang bertunang. Ini kata beliau:
Ada orang dah bertunang pergi Bandung untuk tempah kad kahwin
Kerja asyik berjalan je
Segala pulau dia pergi
Sepatutnya dalam tempoh bertunang, buat apa yang patut dibuat
Sediakan persiapan nak kahwin
Kalau agama tak cukup, pergi belajar, akhlak tak cukup, perbetulkan
Enam bulan bakal bapa mentua beri tempoh
Macam mana nak bimbing anak perempuannya?
Pergi belajar…
Seandainya anda memilih untuk bertunang, jagalah batasan yang sepatutnya. Betul kata Ustaz Kazim, inilah masanya untuk kenal lebih mendalam pasangan yang akan kita nikahi. Boleh nampak macam mana cara dia cuba membawa cinta yang suci itu ke gerbang perkahwinan.
***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.