
Soalan :
Umum sudah tahu wanita dalam haid tidak dibenarkan masuk ke dalam masjid, tetapi ada juga wanita yang tidak mengendahkannya. Terutama ketika mahu menyaksikan majlis akad nikah dengan alasan darah haid hampir kering. Boleh berikan sedikit penjelasan?
Jawapan :
Hukum yang dipegang oleh kebanyakkan ulama seperti Imam Abu Hanifah, Imam Syafie, Imam Malik dan Imam Ahmad bin Hanbal adalah haram bagi wanita haid duduk di dalam masjid. Terdapat juga pendapat yang mengharuskan iaitu Imam Dawud Zahiri, Imam Muzani, dan Ibn Hakim Zahiri. Dalil mereka mengharamkan berdasarkan hadis Nabi SAW.
Hadis daripada Ummu Salamah RA yang bermaksud : Baginda SAW masuk ke pintu gerbang masjid lalu menyeru dengan suara yang lantang “Sesungguhnya masjid ini tidak halal untuk perempuan haid dan orang yang berjunub” (Riwayat Abu Dawud RA).
Hadis menunjukkan bahawa perempuan haid dan orang yang berjunub lelaki atau perempuan tidak boleh duduk di dalam masjid. Kebanyakkan ulama mengharuskan dengan dua syarat iaitu ada keperluan tertentu dan kedua diyakini masjid tidak dikotori dengan najis darah haid.
Dengan itu tiada dalil yang kuat yang mengatakan mengharamkannya. Rentetan itu, hukum duduk di dalam masjid adalah kembali kepada hukum asal iaitu Harus. Namun, mereka hanya boleh berada di tempat yang tidak dikhususkan untuk solat atau disekitar kawasan masjid.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Semak Status BPN, Masih Dalam Proses. Ini Sebenarnya Maksud Status ‘Dalam Proses’ Anda

Isi Kandungan
TogglePemohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang telah mengemukakan permohonan secara atas talian pastinya tertanya – tanya maksud status “PERMOHONAN DALAM PROSES” setelah membuat permohonan baharu. Sebaik sahaja anda membuat permohonan baharu dan status permohonan adalah “PERMOHONAN DALAM PROSES” bermaksud permohonan anda telah diterima di dalam sistem oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan sedang diproses mengikut turutan giliran. Ini bermakna anda telah berjaya membuat permohonan dan tidak perlu lagi membuat penghantaran permohonan. Menurut sumber , bayaran untuk permohonan baru akan keluar pada 15 Mei.
Bagi yang membuat rayuan permohonan juga akan menerima status yang sama sebaik sahaja membuat rayuan. Status permohonan akan bertukar dari masa ke semasa bergantung kepada proses yang telah dilaksanakan oleh pihak urusetia.
MUAT TURUN SOP PEMBUKAAN SEMULA EKONOMI
APA MAKSUD STATUS DALAM PROSES BPN?
Jika permohonan anda sedang diproses dan disemak pada laman portal Bantuan Prihatin Nasional(BPN), maka status ini akan dipaparkan. Bermakna permohonan anda sedang dalam proses semakan kelayakan oleh LHDN sama ada LULUS atau GAGAL.
Anda perlukan surat CONTOH SURAT KEBENARAN BEKERJA SEKTOR AWAM DAN SWASTA SEMASA PKP?
CONTOH SITUASI
Ahmad melayari laman portal Bantuan Prihatin Nasional(BPN) pada 1 April 2020. Dia telah menyemak status kelulusan Bantuan Prihatin Nasional(BPN) namun tiada rekod dipaparkan. Maka beliau telah mendaftar permohonan baru dengan mengisi maklumat yang diperlukan dan permohonan tersebut diterima oleh LHDN selepas beberapa hari. Pihak LHDN pula menerimapermohonan tadi dan memberi paparan permohonan diterima. Selepas beberapa hari Ahmad mendapati status telah bertukar kepada ‘DALAM PROSES ‘. Ahmad hanya perlu bertenang dan menunggu makluman tentang semakan kelulusan permohonan baru BPN dan jika lulus permohonan,maka Ahmad akan mendapat BPN pada bulan Mei 2020.
SEMAKAN KELULUSAN PERMOHONAN BARU BANTUAN PRIHATIN NASIONAL(BPN)
Bagi kategori permohonan baru yang berstatus permohonan diterima, anda boleh menyemak status kelulusan permohonan Bantuan Prihatin Nasional(BPN) pada bulan MEI 2020.
SILA SEMAKAN BPN FASA 2
PERMOHONAN BARU/RAYUAN BPN
Jika anda layak menerima BPN tetapi masih belum membuat permohonan baru.Anda boleh membuat permohonan baru / rayuan boleh dibuat di portal rasmi BPN bermula 1 April 2020 hingga 30 April 2020.
Berdasarkan siaran media Kementerian Kewangan, pemohon perlu mengemukakan maklumat yang berkaitan ketika proses permohonan baru / rayuan dibuat. Kesemua maklumat dan data akan disemak berdasarkan data agensi ditetapkan iaitu data BSH dan data percukaian LHDNM.
MAKLUMAT DAN PERTANYAAN LANJUT
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Kementerian Kewangan atau LHDNM di talian berikut:
Kementerian Kewangan
03-8882 9089/ 03-8882 9087 /03-8882 9191/03-8882 4565/03-8882 4566
LHDNM
1-800 882 747 / 03-8911 1000
Waktu operasi dari jam 9 pagi – 5 petang (Ahad – Jumaat).
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wahai Isteri, Bacalah Nasihat Nabi Buat Anaknya, Fatimah RA Ini. Jika Amalkan, Syurga Buatmu!

Rasulullah SAW pernah menyampaikan nasihat kepada puterinya Fatimah ra. 10 nasihat itu merupakan mutiara yang tidak ternilai harganya, khususnya bagi golongan isteri yang mendambakan ganjaran istimewa daripada Allah SWT.
1. “Wahai Fatimah! Sesungguhnya wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya kelak Allah SWT tetapkan baginya kebaikan dari setiap biji gandum yang diadunnya dan juga Allah SWT akan meleburkan keburukan serta meningkatkan darjatnya”.
2. “Wahai Fatimah! Sesungguhnya wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, nescaya Allah SWT akan menjadikan antara neraka dan dirinya tujuh tabir pemisah”.
3. “Wahai Fatimah! Sesungguhnya seorang yang memakaikan minyak pada rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan kemudian mencuci pakaiannya, maka Allah SWT akan tetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan 1,000 orang yang kelaparan dan memberi pakaian kepada 1,000 orang yang tidak berpakaian”.
4. “Wahai Fatimah! Sesungguhnya wanita yang membantu keperluan tetangganya, maka Allah akan membantunya agar dapat minum dari telaga Kautsar pada hari kiamat nanti”.
5. “Wahai Fatimah! Yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keredaan suami terhadap isterinya. Andai kata suamimu tidak reda kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah SWT”.
6. “Wahai Fatimah! Di saat seorang wanita mengandung, maka malaikat memohonkan keampunan baginya, dan Allah SWT tetapkan baginya setiap hari 1,000 kebaikan serta melebur 1,000 keburukan. Ketika seorang wanita merasa sakit untuk melahirkan, maka Allah tetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang yang jihad di jalan Allah.
7. “Wahai Fatimah! Di saat seorang isteri melayani suaminya selama sehari semalam dengan rasa senang dan ikhlas, maka Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya pada hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya dengan 1,000 kebaikan. Allah SWT pun akan memberikan kepadanya pahala sebanyak 100 kali ibadah haji dan umrah”.
8. “Wahai Fatimah! Di saat seorang isteri tersenyum di hadapan suaminya maka Allah SWT akan memandangnya dengan pandangan penuh kasih”.
9. “Wahai Fatimah! Di saat seorang isteri membentangkan alas tidur untuk suaminya dengan rasa senang hati, maka para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalannya, dan Allah SWT mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang”.
10. “Wahai Fatimah! Di saat seorang wanita meminyaki kepala suami dan menyisirnya, meminyaki janggut dan memotong kumis suami, serta memotong kukunya, maka Allah akan memberi minuman arak yang dikemas indah kepadanya, yang didatangkan dari sungai-sungai syurga.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isteri, Jangan Biasakan Tanggung Kewajipan Nafkah. Risau Tak Ikhlas!

Isi Kandungan
ToggleJadi isu panas bila seorang wanita biasakan tanggung kewajipan nafkah yang sepatutnya dilakukan oleh ketua keluarga, pasti akan makan hati dan akhirnya mengungkit.
Ini lah yang berlaku dalam sesetengah hubungan suami isteri hari ini, disebabkan isteri terlalu baik dan sanggup berkongsi cukupkan kewangan rumah tangga, lama-lama ada yang rasa selesa dan lupa soal tanggung jawab.
Nak tahu lebih jauh soal nafkah, jemput baca perkongsian daripada Peguam Syarie & Konsultant Perundangan Islam, Fahmi Ramli ini.
Jangan Biasakan Tanggung Kewajipan Nafkah
Ini pesanan daripada seorang bekas klien kepada semua follower yang berkahwin. Dia berpesan kepada wanita khususnya agar belajar dari kesilapan perkahwinannya yang lepas.
Kalau sudah tahu bakal suami ni daripada awal nak kahwin pun dah plan, lepas kahwin duduk rumah mak dia atau rumah mak isteri, maksudnya dia tak mampu untuk hidup berdikari sebagai seorang suami.
Sebab lelaki ramai yang ambil mudah bab nafkah tempat tinggal ni. Kalau boleh sebelum nikah, bakal suami perlu ada rumah terlebih dahulu. Sama ada rumah sewa, mahupun beli. Yang penting tak berkongsi dengan siapa-siapa.
Jangan biasakan untuk tanggung kewajipan nafkah diri sehingga menjadi kebiasaan sedangkan itu adalah tanggung jawab suami. Contohnya, dari awal kahwin, isteri tanggung makan minum sendiri di tempat kerja, bayar bil-bil utiliti rumah dan lain-lain.
Kalau niat sekadar nak membantu suami itu bagus. Tapi biar benda itu betul-betul ikhlas dari hati. Tapi, kalau nak bantu sementara suami stabil, pastikan suami sedar hanya bantu seketika sahaja.
Kena Ambil Peduli Harta Sepencarian
Kalau beli harta seperti rumah misalnya, sebaiknya harta itu diletakkan nama isteri bersama untuk ‘secure’ harta sepencarian. Walaupun mungkin suami yang bayar sepenuhnya, tapi sebaiknya pastikan ada nama isteri juga dalam kontrak pembelian atau geran pemilikan.
Sebabnya, banyak suami yang beli rumah letak satu nama sahaja, suami jual rumah tersebut dan isteri tidak menerima langsung bahagian yang layak bagi dirinya sebagai isteri. Nak buat tuntutan harta sepencarian di Mahkamah tak boleh sebab belum cerai, atau suami tak poligami atau tak mati.
Jangan buat Personal Loan hanya untuk bagi suami pinjam kononnya untuk mulakan bisnes, untuk bayar hutang peribadi dan lain-lain. Kalau ada yang sanggup nak buat pun, pastikan ada buat perjanjian bertulis rasmi tentang hutang tersebut.
Risikonya, jika suami ceraikan, isteri juga yang kena tanggung hutang tersebut sehingga selesai. Kalau ada perjanjian bertulis, sekurang-kurangnya anda bolehlah membuat tuntutan Hutang Dalam Perkahwinan di Mahkamah Syariah.
Tahu Suami Pemalas
Sebelum kahwin pun dah tahu bakal suami ni jenis pemalas kerja, semuanya mengharapkan ibu dan ayahnya, fikirlah balik. Dia sebenarnya tak layak dan bersedia pun untuk berumah tangga. Sebab lepas kahwin, mesti akan ada banyak ujian kewangan apatah lagi jika dikurniakan anak. Kos untuk tanggungan seorang anak pun sekarang sudah tinggi. Jenuh kalau isteri pulak yang nak kena tanggung perbelanjaan tersebut.
Kesimpulan, sebab itu dalam Islam, sebelum berkahwin digalakkan untuk siasat dan kenal terlebih dahulu bakal pasangan. Adakah bakal pasangan ini sekufu atau tak.
Sebabnya, kahwin ini soal yang serius. Kalau ada yang lihat bakal suami ini tak matang lagi untuk menjadi Ketua Keluarga, masih belum terlambat untuk membuat pertimbangan sewajarnya.
Semoga nasihat ini dapat diambil pengajaran atas kisah yang benar. Inilah yang berlaku kepada wanita tersebut apabila membuat keputusan berkahwin dengan lelaki yang baru dikenali tanpa sebarang siasatan dan pemerhatian yang lebih mendalam.
Kredit gambar: Sufyan Bakir
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI