Boleh Ke Wanita Haid Masuk Ke Dalam Masjid Dan Apa Hukumnya?

Share

Soalan : 

Umum sudah tahu wanita dalam haid tidak dibenarkan masuk ke dalam masjid, tetapi ada juga wanita yang tidak mengendahkannya. Terutama ketika mahu menyaksikan majlis akad nikah dengan alasan darah haid hampir kering. Boleh berikan sedikit penjelasan?

Jawapan :

Hukum yang dipegang oleh kebanyakkan ulama seperti Imam Abu Hanifah, Imam Syafie, Imam Malik dan Imam Ahmad bin Hanbal adalah haram bagi wanita haid duduk di dalam masjid. Terdapat juga pendapat yang mengharuskan iaitu Imam Dawud Zahiri, Imam Muzani, dan Ibn Hakim Zahiri. Dalil mereka mengharamkan berdasarkan hadis Nabi SAW.

Hadis daripada Ummu Salamah RA yang bermaksud : Baginda SAW masuk ke pintu gerbang masjid lalu menyeru dengan suara yang lantang “Sesungguhnya masjid ini tidak halal untuk perempuan haid dan orang yang berjunub” (Riwayat Abu Dawud RA).

Hadis menunjukkan bahawa perempuan haid dan orang yang berjunub lelaki atau perempuan tidak boleh duduk di dalam masjid. Kebanyakkan ulama mengharuskan dengan dua syarat iaitu ada keperluan tertentu dan kedua diyakini masjid tidak dikotori dengan najis darah haid.

Dengan itu tiada dalil yang kuat yang mengatakan mengharamkannya. Rentetan itu, hukum duduk di dalam masjid adalah kembali kepada hukum asal iaitu Harus. Namun, mereka hanya boleh berada di tempat yang tidak dikhususkan untuk solat atau disekitar kawasan masjid.

Published by
NanyRahman