Setelah hampir sebulan dikecohkan dengan isu kecurangan dan diceraikan suami, bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri, menerima satu lagi ujian apabila dia telah ditumbuk di bahagian wajah oleh bekas suaminya itu. Tumbukan itu menyebabkan wajahnya cedera.
Terdahulu, keluarga Nurul Shuhada mengesahkan wanita itu ditumbuk tiga kali oleh Hafidz selepas berlaku pertengkaran berdekatan kawasan rehat dan rawat (R&R) di sekitar Sungai Buloh, Selangor.
Disebabkan kejadian terbabit, Nurul Shuhada mengalami luka pada bahagian wajahnya sehingga terpaksa menerima jahitan akibat kecederaan tersebut.
Berbicara soal suami memukul isteri, sebenarnya bolehkah seorang suami itu memukul isteri?
Berikut huraian yang dipetik dari Sinar Harian dan Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Memukul dengan niat bukan menzalimi dibolehkan sebagai jalan paling terakhir untuk mendidik isteri.
Firman Allah SWT:
اللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ
Maksudnya: “Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya).” (Surah al-Nisaa’: 34)
“Nabi Muhammad SAW tidak pernah memukul isteri baginda maka suami-suami yang mempergunakan ayat ini bagi memukul isteri mereka mesti berfikir berkali-kali adakah kita melakukan sesuatu mengikut agama atau hanya sebenarnya menunggang agama,” katanya
Menurutnya, tiga kaedah boleh digunakan suami iaitu nasihat, tinggalkan tempat tidur bersama isteri dan akhir sekali jika tidak berjaya, ALLAH SWT benarkan pukul sebagai cara yang ketiga namun nabi melarang pukul isteri di wajah dan sebat.
“Bila kita perhatikan dengan teliti maka kita perlu berhati-hati untuk mengenakan kaedah pukul kepada isteri yang ada tanda-tanda kederhakaan.
MEMUKUL ISTERI DENGAN PUKULAN YANG BERSANGATAN (وَاضْرِبُوهُنَّ)
Jika isteri benar-benar tidak mentaati suaminya dan terus nusyuz, suami boleh memukulnya dengan pukulan yang tidak melukakan atau tidak membahayakan tubuh badan isteri.
*Tidak memukul bahagian wajah dan kepala untuk menjaga kemuliaannya, serta kawasan yang lemah atau kawasan yang berkaitan dengan kecantikan seperti perut atau dada kerana dikhuatiri akan menyebabkan kecacatan atau kematian.
*Tidak memukul mengunakan alatan yang keras dan berbahaya seperti tongkat.
*Mengetahui bahawa pukulan itu akan menyedarkan isteri tentang kesalahannya. Sekiranya dengan pukulan menambahkan lagi kebencian isteri, maka suami tidak sepatutnya melakukannya. Maka, lebih baik suami memberi ugutan sahaja.
Suami perlu berusaha untuk memukul seringan mungkin kerana tujuan memukul ialah untuk menasihati dan memberi pengajaran.
Ini juga merupakan pendapat Imam Abu Hanifah. Hal ini kerana tujuan memukul ialah mendidik, bukan menyakiti atau membahayakan.
Sumber: Sinar Harian dan Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Kredit foto(top image): Pexels