Kebanyakan majlis perkahwinan zaman sekarang mesti dilengkapi dengan doorgift atau cenderamata untuk diberikan kepada tetamu yang hadir. Kalau zaman dahulu, bunga telur adalah satu bentuk doorgift yang paling popular. Namun sekarang, bunga telur tidak lagi menjadi pilihan.
Lambakan perniagaan yang menawarkan khidmat doorgift untuk majlis perkahwinan menampakkan perubahan trend daripada memberi bunga telur kepada memberi sesuatu yang lebih menarik. Ini antara gift best dari ScentCo Malaysia yang korang boleh order di Instagram mereka.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resepi Air Lemon Pudina, Laici Asam Boi ‘Fresh’ Macam Di Bazaar Ramadhan!
Setiap kali tiba bulan puasa inilah masanya untuk anda menunjukkan kemahiran memasak dalam menyediakan juadah menyelerakan untuk seisi keluarga.
Dan ia termasuklah menyediakan makanan dan minuman seperti yang dijual di bazar Ramadan.
Salah satunya air ais lemon pudina yang “laku” dijual di bazar kerana mempunyai rasa yang segar dan sejuk di tekak apabila diminum setelah seharian berpuasa.
Pastinya anda mahu juga cuba bancuh sendiri air ini di rumah untuk berbuka puasa kan?
Jadi, jom kita cuba perkongsian ini.
RESEPI AIR AIS LEMON PUDINA DAN LEMON PUDINA LAICI ASAM BOI
Bahan-bahan.
Bahan-bahan.
Daun pudina RM2.00
Lemon 4 biji
Sunquick 100g
Serbuk Asam Knor 100g
Air Gula 1 liter
CARA-CARANYA
Kisar 3 biji lemon dengan 2 liter air, ambil air sahaja, hampas buang kemudian masukkan dalam bekas. Masukkan 1 liter air gula.
Masukkan Sunquick dan serbuk asam knor dalam1 liter air panas. Kacau dan masukan dalam bekas air lemon tadi.
Masukkan air batu, pati air lemon, masuk air masak, hiris 1 biji lemon dan daun pudina..Kacau dan ia siap untuk minum.
NOTA!
Kalau nak buat banyak gandakan sahaja
Kalau nak buat banyak pastikan kena tapis banyak 2@3 kali.
Boleh simpan dalam freezer pati air lemon ni.
Boleh pelbagaikan jenis buahan tin @ buah segar ikut citarasa sendiri.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Tahu Nak Masak Apa Untuk Berbuka, Cuba Buat Corndog Versi Mini Ini. Pasti Makan Bertambah!
Hari ini sudah masuk hari ke-19 kita menyambut bulan Ramadan. Tentu para isteri sudah kehabisan idea untuk memasak hidangan berbuka puasa. Semua resipi sudah dicuba.
Apa kata kita cuba buat corndog versi mini yang dikongsi oleh Alia Nella menerusi grup Masak Apa Hari Ni… (MAHN). Menu ini sesuai dijadikan kudapan untuk berbuka puasa.
*****
CORNDOG VERSION MINI
Sesuai untuk kudapan berbuka puasa..kita buat version mini sebab time berbuka banyak lagi makanan lain yang nak dimakan juga. Dan bila buat mini version ni..akan dapat banyak..jadi nya boleh simpan untuk digoreng masa sahur,jadikan sebagai penarik untuk anak-anak bangkit bersahur.
Bahan-bahan:
- Roti (roll kan bagi nipis, supaya senang gulung)
- Sausage (dh direbus siap-siap dan potong pendek, 1 sausage tu alia kerat jadi 4 ketul)
- Mozarella Cheese (Alia kerat kiub2 petak kecik macam dalam contoh gambar tu)
- Cheese Slices (ni nak letak pun boleh, nak letak pun boleh. Tak kisah apa-apa brand)
- Tepung Gandum + Air – agak-agak je..tapi pastikan jangan ceroi sangat. Buat pekat-pekat. (Digunakan sebagai pelekat & katup bahagian yang ada cheese)
- Breadcrumb (alia guna version white breadcrumb@japaneese breadcrumb)
- Telur – just untuk salut breadcrumb.
Cara-cara:
Posted by Alia Nella on Sunday, 10 May 2020
Selamat mencuba.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Jimat Buat Ole-ole Untuk Majlis Kenduri Guna Cawan Kertas
Rupanya ada cara jimat dan hasilnya comel kalau nak buat ole-ole untuk diberi kepada tetamu waktu majlis kenduri. Eh, tetapi cara ini juga bagus kalau anda nak guna untuk majlis hari lahir atau akikah, sesuai dijadikan doorgift juga!
Hanya dengan menggunakan cawan kertas, namun hasilnya memang nampak unik dan sesuai untuk bagi pada kanak-kanak.
Nak tahu langkah demi langkahnya, ikuti perkongsian detail daripada Sayyidatina Syafiyah untuk dijadikan panduan.
Bahan-bahan yang diperlukan:
Cawan kertas-beli online di sini
Gunting-beli online di sini
Stapler
Sticker
Ini cara buatnya:
Langkah 1 : Potong bahagian cincin cawan kertas.
Langkah 2:Bentukkan seperti di dalam gambar.
Langkah 3 : Kemaskan lipatan dan tekan bahagian hujung kiri dan kanan.
Langkah 4 : Buka semula lipatan dan masukkan gula-gula, coklat dan sebagainya.
Langkah 5 : Kemudian masukkan cincin cawan yang dipotong tadi dan letakkan secara menegak seperti di dalam gambar.
Langkah 6 : Kemudian tutup kembali lipatan. Tekan dan tahan.
Langkah 7 : Stapler bahagian hujung kiri dan kanan.
Langkah 8 : Akhir sekali lekat kad atau sticker mengikut kesesuian majlis.
Langkah 9 : Siap
Selamat mencuba.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI