Petai dikenali sebagai jenis tanaman sayuran yang akan membuatkan bau mulut dan bau kentut kurang enak. Petai mengandungi 3 jenis gula alami iaitu sukrosa, fruktosa, dan glukosa yang dikombinasikan dengan serat.

Bukan itu sahaja malah dengan memakan petai sebenarnya ia boleh buat anda menjadi awet muda! Selain itu bagus juga untuk wanita. Jika dibandingkan epal, petai memiliki protein 4 kali lebih banyak, karbohidrat dua kali lebih banyak, Vitamin A dan zat besi, serta dua kali jumlah vitamin dan mineral yang lainnya.

Lupakan Soal Bau, Makan Petai Boleh Jadikan Anda Awet Muda!

Walaupun petai mengeluarkan bau yang tidak enak dari badan kita, namun petai ternyata  berkhasiat bagi sejumlah masalah yang sering dihadapi oleh kaum wanita. Banyak lagi manfaat bila anda makan petai ni sebenarnya. Jom lihat!

#1. PMS (Pre-Menstrual Syndrome)

Ads

Vitamin B6 mengandungi dan mengatur kadar gula darah, dan membantu menstabilkan hormon.

#2. Anemia

Kerana kandungan zat besi yang tinggi, petai membantu menstimulasi produksi sel darah merah dan membantu bila terjadinya anemia.

Ads

#3. Sembelit

Dengan kandungan serat yang tinggi, maka petai mempermudahkan dan menormalkan kembali proses pencernaan yang juga membantu mengatasi permasalahan ini.

Ads

#4. Mual di pagi hari

Jika dada anda terasa panas akibat makan terlalu banyak, cuba makan petai untuk mengurangkan sakitnya. Makan petai di antara waktu jam makan anda akan menolong mempertahankan kadar gula dan menghindari muntah.

#5. Obesiti

Satu kajian di Institute of Psychology Austria terhadap 5 ribu pesakit obesiti menyatakan tekanan pada masa kerja menyebabkan mereka sering meraih makanan yang menenangkan seperti coklat dan kerepek. Cubalah makanan tinggi karbohidrat misalnya petai sebagai camilan setiap dua jam untuk mengendalikan kadar gula dalam darah.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI