Buat 7 Cara Ini Bila Bersama Pasangan Yang Degil

Share

Dalam soal pasangan yang degil,  tolak ansur itu sangat penting. Jangan biarkan rumah tangga anda terganggu hanya kerana sifat degil pasangan. Kata orang, biasanya kita akan mendapat pasangan yang mempunyai perangai bertentangan daripada kita. Akan tetapi masih ada beberapa persamaan yang membolehkan anda berdua hidup secara berpasangan. Andai kata anda seorang yang penyabar manakala pasangan pula agak degil untuk menerima pendapat, apa perlu dilakukan? Bagaimana cara terbaik untuk menghadapinya? Nah, cuba tip yang disarankan ini.

Anda Untuknya

Terima hakikat ini. Dalam kehidupan berumah tangga, anda dihadirkan dalam hidupnya untuk mewujudkan keseimbangan. Anda dengan sikap penyabar manakala pasangan dengan sikap degilnya. Apabila bertemu, bukankah ia akan menjadikan kamu berdua pasangan yang seimbang?. Fikirkan.

Guna Kebolehan

Semakin lama anda hidup dengan pasangan, semakin peka anda dengan sikap dan personalitinya. Teknik memujuk, berterus terang dan menyelami pendapat pasangan mungkin membuahkan hasil yang positif.

Terima juga pendapatnya

Biasanya pasangan yang degil mempunyai pendapat sendiri di atas topik yang dibincangkan. Si dia akan memberontak jika pendapatnya tidak didengari apatah lagi memperkecilkan.

Dalam situasi ini, anda perlu bijak bermain dengan psikologi pasangan. Sabar sewaktu berbincang dan tunjukkan bahawa anda tertarik dengan pendapatnya walaupun pendapat itu tidaklah seberapa kesannya.

Jangan Buntu

Anda sebagai suami dan ketua keluarga harus peka dengan perkembangan rumah tangga. Selidiki mengapa, apa dan kenapa isteri tidak mahu mendengar kata anda. Mungkin keputusan yang anda ambil kelihatan berat sebelah ataupun menyusahkannya. Cuba, kaji segera.

Pujuk Pasangan

Jika anda dan pasangan tidak bersefahaman, jangan ditambah dengan ego degil anda pula. Akibatnya, keadaan tersebut menjadi semakin tegang dan terdapat kes di mana pasangan tidak bertegur sapa hampir 3 bulan lamanya.

Kaedah memujuk sering diguna pakai oleh hampir kesemua pasangan. Ini adalah senjata untuk meruntuhkan ego pasangan yang degil. Harus ingat bahawa teknik memujuk ini bukanlah hanya sekali tetapi berkali-kali sehingga egonya kendur. Maka, anda harus bersabar dengan kaedah ini.

Cara Komunikasi

Suami isteri juga wajib belajar cara berkomunikasi yang betul, strategik dan bersifat diplomasi juga intonasi dengan nada cool dan tidak kasar. Ia satu pendapat yang bagus. Thumb up!.

Mengalahlah…

Jika sayang, tinggal-tinggalkan. Biarkan pasangan dengan pendapatnya dahulu. Lazimnya, untuk mendapatkan keputusan dalam sesuatu perkara ia mengambil masa. Biarkan pasangan dan berikan ruang untuk berfikir mengenai pendapatnya sendiri.

Keesokan hari tanya pendapatnya semula. Jika dia masih tekad dengan pendapat sendiri, maka tidak salah sekali sekala anda menuruti permintaannya. Dalam kehidupan berpasangan, anda perlu bijak bertolak ansur. Ada masanya anda betul dan ada masanya anda salah. Fikir-fikirkanlah.

  • Harus anda ingat bahawa lebih banyak pendapat maka kesannya lebih mengagumkan berbanding hanya satu pendapat. Menurut pakar, salah satu punca penceraian adalah terdapat pasangan yang sentiasa mengatakan dirinya betul/bijak sedangkan pasangannya tidak.
Published by
Putri Adila