Buat Isteri, Elak Cakap Ayat-Ayat Ini Pada Suami Anda Kalau Tak Nak Mereka ‘Sentap’!

Share

Sebagai seorang isteri, tentunya kita perlu menjaga adab tatkala bercakap dengan mereka dan ia penting untuk membina hubungan yang bahagia. Ramai pasangan muda yang gagal menjaga tutur kata ketika berbicara dengan suami.

Sedangkan kita perlu bercakap dengan lemah-lembut dengan suami dan berdosa jika kita berkasar dengan mereka. Lumrah seorang wanita yang mudah emosi dan mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya ketika sedang marah. Namun, segeralah meminta maaf kepada mereka. Berdosa jika suami terasa dengan sikap kurang sopan kita itu.

Untuk para isteri di luar sana, elakkan menyebut ayat-ayat ini pada suami jika anda mahu rumah tangga yang lebih tenang dan bahagia. Kadangkala kita tak sedar bahawa suami sebenarnya terasa dengan kita tetapi mereka memilih untuk berdiam diri. Hati-hati ya!

1. “Tinggallah! Nanti saya buat sendiri semua.”

Suami mungkin tak kemas rumah, basuh pinggan atau lipat baju macam yang kita mahukan. Tapi itu tak bermaksud mereka tak mahu bantu mereka. Kalau anda terus halau mereka seperti itu, mereka akan anggap anda tidak perlukan sebarang bantuan. Di kemudian hari, mereka pun dah tak nak bantu anda. Biar je kalau mereka nak tolong. Bukankah anda lebih senang?

2. “Saya gemuk.”

Rasanya semua isteri akan sebut perkara ini pada suami masing-masing. Sama ada kita memang rasa badan kita dah naik atau kita sebenarnya sengaja mahu mereka memuji kita. Jangan sampai suami naik bosan nak menjawab soalan anda tu!

3. “Tak tahu. Ikut awaklah.”

Soalan makan kat mana, nak makan apa atau nak tengok cerita apa sememangnya satu soalan yang menguji minda dan memenatkan. Tak tahu nak jawab apa sebenarnya. Pilihan memang banyak tapi kita lebih suka jika suami yang buat pilihan.

Padahal mereka juga kadangkala perlukan idea daripada kita. Janganlah asyik harap suami je yang buat keputusan. Bawa-bawalah berbincang dan cari jawapan yang kalian berdua setuju.

4. “Baju apa abang pakai ni? Buruklah!”

Kecil hati suami bila anda mengutuk penampilan mereka. Cuba kalau suami kutuk kita, kita pun mesti terasa kan? Kalau tak suka, cubalah bagi pilihan untuk dia tukar baju. Atau anda pilih jela baju apa yang dirasakan sesuai. Lebih mudah kan? Tak perlu nak gaduh-gaduh.

5. “Jaga anak, tapi jangan buat ini ini ini…”

Memberi terlalu banyak arahan pada suami tentang anak-anak akan buat mereka rasa yang mereka ‘tak pandai’ langsung jaga anak. Ibarat anda tidak percayakan mereka. Rilekslah. Beri peluang kepada mereka untuk jaga anak. Yang penting, anda perlu percayakan suami anda.

6. “Saya tak patut kahwin dengan awak dulu!”

Alamak! Bila bergaduh, memang banyak benda yang akan terlepas dari mulit kita. Tetapi, janganlah sebut ayat ini. Ia boleh buat anda bergaduh lebih besar. Hati suami pun boleh terluka dan anggap anda menyesal berkahwin dengannya.

7. “Bila nak dapat kerja?”

Soalan ini antara soalan sensitif dan tidak disukai lelaki. Zaman sekarang bukan mudah untuk dapat kerja. Jika anda boleh bersabar, bersabarlah. Jangan terlalu memaksa kerana takut nanti suami rasa sedih dan rasa dirinya tidak berguna.

8. “Tak ada apa-apa.”

Selalunya kita akan mendiamkan diri ketika sedang merajuk. Sebenarnya salah cara anda itu. Tak elok bermasam muka dengan suami. Jika masih boleh dibawa bincang, duduklah berbincang dan mencapai kata sepakat. Toleransi itu penting dalam perhubungan. Cuba fahami pasangan dan banyakkan bersabar.

9. “Awak tak pernah…”

Jangan sesekali mengatakan suami anda tidak pernah membantu anda. Ia adalah sesuatu yang sensitif dan menunjukkan seolah-oleh suami anda langsung tidak berguna serta memperlekehkan mereka. Anda tak tahu sebenarnya mereka telah banyak berkorban untuk isteri dan anak-anak.

Published by
Naqiyatul Uzma