Adakah terdapat mengumpat yang dibenarkan oleh syarak?
Islam merupakan sebuah agama yang amat menjaga kehormatan dan kemuliaan seseorang insan sama ada insan itu muslim atau bukan muslim. Justeru itu, agama ini mengharamkan perkara-perkara yang boleh mencalarkan atau merosakkan maruah seseorang seperti mengumpat sehingga Allah SWT membuat satu perumpaan yang dahsyat kepada golongan seperti ini.
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
Di dalam ayat ini jelas berkaitan pengharaman mengumpat sehingga diumpamakan seperti memakan daging saudaranya. Imam al-Maraghi di dalam tafsirnya menyatakan ghibah (mengumpat) diumpamakan seperti memakan daging kerana mengumpat itu bererti menyiat-nyiat kehormatan seperti memakan dan menyiat-nyiat daging. Perumpamaan seperti ini sesuai dengan cara orang Arab berkomunikasi. [Lihat: Tafsir al-Maraghi, 139-140/26]
Ads
Definisi al-Ghibah (mengumpat)
Sebelum kami menjawab persoalan di atas, maka suka bagi kami untuk menyatakan terlebih dahulu definisi bagi mengumpat ini sebagaimana yang diberikan oleh Rasulullah SAW:
Ads
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maknanya: “Adakah kamu tahu apakah itu mengumpat?.” Para sahabat berkata: Hanya Allah dan Rasul-Nya yang mengetahuinya. Nabi SAW bersabda: “Kamu menyebut perihal saudaramu yang tidak disukainya.” [Riwayat Muslim (2589)]
Berdasarkan soalan di atas, di sini kami ingin nukilkan pandangan Imam al-Nawawi sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitabnya. Mengumpat yang dibenarkan dengan tujuan yang sahih dan syar’i yang mana tidak akan dikecapi melainkan dengannya, terdapat enam jenis:
Ads
Membuat aduan apabila dizalimi kepada sultan atau hakim.
Membantu dalam menentang perkara yang munkar dengan tujuan mengembalikan pelaku maksiat ke jalan yang benar.
Menceritakan kepada mufti bagi tujuan fatwa.
Mencegah umat Islam daripada sesuatu keburukan serta menasihati mereka seperti mereka mengambil ilmu daripada bukan ahlinya.
Menceritakan perihal orang yang melakukan dosa secara terang-terangan.
Menyebut sesuatu sifat yang telah makruf (diketahui) kepada diri seseorang itu seperti bisu atau buta dan sebagainya. Akan tetapi, jika mampu memanggilnya dengan panggilan yang lain adalah lebih baik dan haram memanggil panggilan-panggilan tersebut dengan niat menghina.
Untuk itu, keenam perkara ini dinyatakan oleh para ulama dan sebahagian besarnya disepakati akannya. Adapun, kesemua ini datang daripada dalil-dalil atau hadith-hadith yang sahih lagi masyhur. [Lihat: Riyadh al-Solihin, 432-433]
Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi di dalam kitabnya ada juga menyebut jenis-jenis mengumpat yang dibenarkan oleh syarak sama seperti yang dinyatakan oleh Imam al-Nawawi di atas. [Lihat: Mukhtasar Minhaj al-Qasidin, 172-173]
Penutup
Kesimpulannya, mengumpat adalah satu perbuatan yang haram melainkan dengan sebab-sebab yang diizinkan syara’ sepertimana yang telah kami jelaskan di atas. Selain itu, sebagai seorang muslim yang mengaku beriman kepada Allah SWT perlulah menjaga lidah daripada perkara-perkara yang haram dan sia-sia. Ini kerana, ciri atau sifat orang yang beriman adalah sentiasa bercakap perkara yang baik atau mendiamkan diri daripada bercakap perkara-perkara yang sia-sia. Amin.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sifat lelaki yang romantis dan baik hati pastinya boleh membuatkan wanita jatuh cinta dalam sekelip mata. Kadangkala, hanya dengan perbuatan yang kecil sahaja, seseorang wanita itu boleh terus suka terhadap seseorang lelaki itu. Ada banyak sifat lelaki yang boleh membuatkan hati wanita cair.
Entri kali ini berkongsikan 7 sifat lelaki yang disukai wanita.
1. MENGHANTAR BUNGA
Buatkan si dia tersenyum dengan kejutan jambangan bunga. Lazimnya wanita cukup gemar dengan keindahan bunga sebagai tanda sayang dan cinta.
2. MELUANGKAN MASA BERSAMA
Tunjukkan minat anda akan gambar-gambar si dia ketika bayi, beramah mesra bersama adik-beradiknya serta memuji masakan yang dimasak olehnya. Jika anda mahu dia jatuh cinta dengan anda, perkara ini dapat membantu anda. Ini mungkin merupakan tindakan-tindakan kecil, namun ia mampu membuatkan si dia kagum dengan anda.
3. TOLONG BUKAKAN PINTU
Seorang lelaki yang membuka pintu kereta untuk wanita adalah seorang yang cukup romantik. Walaupun tindakan ini hanya beberapa saat, namun si dia pasti rasa dihargai kerana mengutamakan keselesaannya terlebih dahulu.
4. SANGGUP MENONTON CERITA BERSAMA
Apabila seorang lelaki secara sukarela menonton cerita ‘perempuan’ kerana si dia menginginkannya, lelaki itu layak mendapat ‘mata tambahan’. Lebih-lebih lagi jika lelaki itu melakukannya tanpa mengeluh dan mengharapkan balasan.
5. MEMAKAIKAN JAKET
Seorang wanita mampu untuk memakai jaket dengan sendirinya, namun ia bukan soal kemampuan. Seorang lelaki yang baik hati akan memakaikan si dia dengan jaket atau menawarkan jaketnya terutama pada waktu sejuk.
6. MENYUAPKAN MAKANAN
Apabila anda sedang makan berdua-duaan, suapkan makanan anda terlebih dahulu ke mulutnya sebelum anda makan makanan anda. Si dia pasti berasa anda mementingkan dirinya terlebih dahulu dan merasakan diri anda cukup romantik.
7. MENCIUM DAHI
Perkara ini hanya boleh dibuat untuk pasangan yang sudah berkahwin sahaja. Anda boleh mencium dahi pasangan si dia di waktu-waktu romantik seperti pergi berbulan madu dan duduk berdua-duaan. Si dia amat menyukai lelaki yang sentiasa memberikan perhatian yang penih buatnya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kesilapan besar anak-anak terhadap arwah ibu bapa yang sudah meninggal dunia antaranya adalah :
Ada yang hanya menggantung gambar ibubapa di dinding-dinding rumah atau simpan gambar itu dalam dompet.
Ada yang suka simpan barang yang ditinggalkan oleh ibubapa, dijaga dengan baik atau diwariskan.
Ada yang sering pergi ke kubur hanya untuk bersihkan kuburan dan dicabut rumput.
Ada yang menangis dan bersedih sepanjang masa teringatkan arwah dan lain-lain.
Sebenarnya bukan itu sangat yang arwah ibu bapa kita mahukan, harapkan dan perlukan. Semasa mereka berada di alam barzakh sana, ada yang lebih utama dari itu.
Sebagai anak kita wajib meneruskan bakti dan khidmat kita kepada arwah ibubapa kita. Di sana mereka teramat- amat menantikan doa dan kiriman pahala khas dari anak-anak mereka.
Yang mereka perlukan, antaranya ialah :
Doa keampunan dan rahmat Allah untuk mereka dari anak-anak.
Sedekah harta yang diniatkan pahalanya untuk mereka dari anak-anak.
Amal soleh yang dilakukan hasil didikan mereka dari anak-anak.
Anak-anak sering menyebut atau menceritakan apa saja kebaikan ibubapa.
Sedekahkan Al-Fatihah setiap hari untuk arwah ibubapa.
Setelah matinya seorang ibu atau bapa, segalanya sudah berubah. Di alam barzakh sana segala nikmat duniawi sudah tidak bermakna lagi… hilang sudah senda gurau, gelak tawa, main main, perhiasan indah atau harta dunia.
“… yang bernilai di sana hanya pahala yang dibawa atau yang dikirim…”
Ingatlah..hari ini kita sebagai anak, esok lusa kita mati amalan yang sama kita perlukan pada anak kita.
Berwasiatlah bagaimana kita mahu orang di sekililing kita lakukan untuk kita apabila kita menghadapi sakaratul maut. Kita sudah tidak mampu berkata-kata apabila berada dalam keadaan sedemikian.
Bagaimana kita mahu anak isteri, kaum kerabat atau masyarakat membantu kita apabila berhadapan dengan kematian. Ketahuilah bahawa saat kematian itu adalah bila-bila masa. Berwasiatlah bagaimana kita mahu menghadapi sakaratul maut.
Wallahu a’lam…
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebelum nak merasa bahagia dalam perkahwinan, pasti akan lalui tiga peringkat ini. Ada manis pahit, itu pelengkap rasa dalam hubungan.
1. Peringkat pertama
Semuanya indah belaka; kata-kata manis, tiada pertelingkahan dan semuanya berjalan mulus. Pasangan masih segan menunjukkan siapa dirinya yang sebenar – kelemahan, kekurangan, bad habits, dan sebagainya. Banyak yang disembunyikan untuk pikat hati pasangan supaya tetap kekal bersamanya.
2. Peringkat kedua
Apabila kita mulai mengenali true colour pasangan; kelemahannya, kekurangannya, pertelingkahan berterusan mulai terjadi (peringkat ini adalah yang paling sukar kerana keduanya atau salah-satunya degil tidak mahu menyelesaikan masalah yang ada dan oleh sebab itu keduanya mulai berputus asa – di peringkat ini pasangan mulai merasa bosan dengan pasangan, lebih tertumpu kepada kelemahan pasangan dan mencari kegembiraan di luar – tidak setia, berpisah). Peringkat ini boleh berlanjutan selama berpuluh-puluh tahun; bergantung kepada secepat mana keduanya benar-benar serius melakukan perubahan.
3. Dan akhirnya
Peringkat ketiga adalah yang paling indah; apabila pasangan jatuh cinta kembali dan kita melihat kekurangan pasangan kita dengan kasih, kita sudah tahu dan mahir menyelesaikan masalah yang ada tanpa perlu menjerit dan mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan, willing untuk ketepikan ego masing-masing, bila kita mulai belajar untuk benar-benar mencintai dengan ketulusan & keikhlasan.
Di peringkat mana hubungan anda sekarang?
Ramai pasangan mulai berputus asa pada peringkat 2. Itu sebabnya bila pasangan memasuki peringkat 2, pasangan akan mulai tertarik kepada pasangan baru kerana merasakan pasangan baru membawanya semula masuk ke dalam peringkat 1 – tanpa menyedari bahawa lama-kelamaan hubungan baru itu juga akan masuk ke peringkat 2 (living in denial).
Percayalah, apabila anda sudah berjaya melepasi peringkat 2 dan masuk ke peringkat 3, anda dan pasangan seolah-olah masuk semula ke peringkat 1 tetapi bezanya; hubungan itu semakin matang dan lebih indah.
Apapun ranjau dalam rumah tangga – kuatkan hati dan teguhkan iman untuk lawan apapun cabaran atau godaan yang datang. Jika anda pernah jatuh, bangkit semula dan become stronger than before. Selagi kedua pasangan punya usaha, kesungguhan dan tindakan untuk mempertahankan perkahwinan, pasti akan berjaya masuk ke peringkat 3. Something very beautiful waiting for you at stage 3. Sesuatu yang amat indah menanti anda di sana.
Bagi kalian yang sudah berjaya masuk ke peringkat 3, tahniah! You’ve made it. Pastinya perjalanan itu bukan mudah. Be proud of yourself dan pastikan anda dan pasangan bersama selamanya hingga maut memisahkan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!