Sebelum kahwin, wajib buat beberapa perkara ini dulu untuk persediaan rapi. Khususnya golongan wanita yang bakal berkahwin tak lama lagi, ada beberapa tip yang berguna untuk anda fokus.
Dikongsikan oleh Farah frzna, anda pun boleh bersedia dan elakkan apa yang tak ‘manis’ berlaku sebelum majlis kahwin.
Ya, dugaan bertunang is real! Kadang-kadang Allah nak uji kita, benda kecil pun boleh buat kita berubah hati. Sebab waktu bertunang ni tak sama pun macam bercinta, kita nak kahwin dan waktu ini juga lah kita akan nampak ‘kecacatan’ dia sana sini.
Jangan layan, anda kena belajar terima kekurangan dan kalau boleh elak selalu berjumpa supaya ada perasaan rindu dan jarang bergaduh.
Jarang berjumpa ni tak apa, sebab masing-masing kena sibukkan diri untuk wedding preparation. Pastikan anda buat preparation 3-8 months before your wedding day
. Bukan apa, supaya tak kelam kabut. Bukan kita sahaja yang nak kahwin, wedding venue itu semua penting untuk booking awal.Dan cakap pasal tunang ni, jangan tunang lama sangat. Sebab tak manis orang tengok lama sangat dan kita tak tahu dugaan demi dugaan yang datangTerutamanya darah manis, jadi singkatkan tempoh pertunangan.
Lepas itu supplement jangan lupa! Folic acid ini penting untuk pembesaran baby dalam perut. Ini planning nak ada baby, jadi anda boleh mula untuk makan folic acid.
Kalau dah makan folic acid, luangkan masa juga bermanja-manjakan diri. Miss v tu paling penting, kebersihan tu sangat lah penting. Penting untuk kita jaga especially untuk malam pertama.
Apa pun, to bride-to-be, semoga urusan kalian berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.