Buat Sendiri Mask Skrub Serap Minyak 2 Dalam 1, Jimat & Hanya Guna 6 Bahan Mudah!

Share

Penggunaan mask skrub sering dikaitkan bagi mereka yang ingin mendapatkan wajah putih dan mulus. Terdapat pelbagai jenis mask skrub dijual di pasaran, pilihan mudah buat mereka yang tidak mempunyai banyak masa.

Namun bagi mereka yang pentingkan penggunaan bahan semula jadi sebagai bahan asas yang digunakan dalam mask skrub bolehlah cuba mask skrub yang diilhamkan oleh Cek Ti (Siti Dewyglow) ini. Bila kulit sering berminyak menjadikan ia tidak selesa. Maka terhasillah mask skrub serap minyak 2 in 1 kulit lebih sempurna. Lihat saja wajah gadis ini, tak percaya kan?

♥️MASK SKRUB SERAP MINYAK 2 IN 1, JIMAT♥️

Panas panas panas .
Cuaca panas macam sekarang ni memang tak best kan .

Kulit cepat hitam, mekap luntur cepat sebab berpeluh (penatnyer nak touchup) dan paling tak tahan sekali kulit muka jadi berminyak minyak melekit dan bau OMG. Boleh fengsanlah.

Bila dah mcm n , banyaklah masalah kulit akan timbul di cuaca macam ni .

Maka terhasilah petua Mask Skrub Serap minyak 2 in 1 ni.

Bahan bahan:

1. Aloe vera (untuk kurang kesan burn)
2. Oatmeal@quaker oat (untuk serap minyak)
3. Beras (untuk skrub)
4. Kunyit (kawal jerawat/jeragat)
5. Garam (detox kulit/buang resdung muka).
6. Susu (memutihkan dan lembapkan kulit /buang lebam bawah mata )

Masker skrub ni boleh dipakai dimuka dan di badan tau .So sangat jimat.

Cara pakainya:

1. Bancuh kesemua bahan.
2. Sebatikan dan sapukan dimuka/ badan. Lebih mudah pakai brush masker.
3. Biar selama 15 minit.
4. Ambil sedikit air dan gosok (ala ala  skrub)
5. Bilas sehingga bersih.
6. Pakai waktu malam sahaja .
7. Buat setiap 3 kali sehari sepanjang cuaca panas.

Selamat mencuba!

Published by
Putri Adila