Pasu bunga dapat mengubah dan mencorak serta memberi kelainan dan impak serta merta di sudut laman. Pemilihan saiz pasu bunga dengan saiz yang betul mampu mengimbangi ruang dengan baik.
Tidak dinafikan kos untuk membeli barang-barang keperluan terutama pasu bunga agak tinggi. Jadi apa kata anda cuba membuat sendiri pasu bunga seperti yang dikongsikan oleh Zalina Zakaria
CARA MEMBUAT PASU BUNGA DARIPADA BESEN PLASTIK:
Bahan:
Besen plastik
Gerudi (drill)
LANGKAH DEMI LANGKAH:
2. Gunakan gerudi untuk membuat lubang pada bahagian bawah besen plastik. Tebuk di bahagian tengah besen plastik terlebih dahulu kemudian diikuti di bahagian tepi besen plastik.
3.Lubang yang ditebuk pada bahagian bawah besen plastik tidak terlalu besar.
4.Masukkan tanah ke dalam besen. Tanamlah pokok bunga yang anda suka seperti biasa.
5. Supaya bekas pasu bunga besen plastik kelihatan lebih menarik, boleh letakkan kaki daripada simen di bawah bekas besen plastik.
6. Untuk lebih jimat, boleh beli besen plastik dari kedai Eco. Harga besen plastik lebih murah dan anda boleh beli dalam jumlah yang banyak.
TIP MEMILIH PASU (BEKAS) TANAMAN HIASAN:
– Kenal pasti pasu yang hendak dipilih sama ada daripada jenis simen, plastik, tanah liat, seramik atau daripada bahan terbuang.
– Pilih saiz pasu mengikut kesesuaian dengan pokok bunga.
– Jika selalu mengubah hiasan laman, pilih pasu daripada bahan plastik atau beg politena.
– Untuk tanaman yang mempunyai jangka hayat pendek, tidak memerlukan saiz pasu yang besar. Cukup dengan sia kecil dan sederhana.
– Pasu yang dipilih mestilah tahan lasak dan tidak mudah pecah.
Sumber: Zalina Zakaria