Nak cantik sebelum dan selepas berkahwin? Mungkin banyak resepi yang kita dengar dan lihat tapi diingatkan jangan terlalu obses. Buat mengikut keperluan dan cuba bersederhana supaya hasilnya tidaklah terlalu cepat mahupun lambat. Kali ini kami kongsikan cara awet muda dengan amalan minum air jamu kunyit. Ikuti perkongsiannya seperti di bawah ini.

Jamu Asam Kunyit Buat Sendiri Ramuan Jamu Kunyit, Resepi Semakin Berseri Dan Awet Muda

Biasanya kalau nak minum jamu asam kunyit ni, saya beli ngan kawan Indonesia saya je. Tapi kali ni, saya cuba buat sendiri. Tak susah…tapi habis jari, pisau, periuk, blender, even sinki pon jadi kuning. Getah kunyit la tu….adoi! Ni saya buat utk 1kg kunyit.

Jamu asam kunyit ni bagus utk rahim wanita, utk seri wajah, utk awet muda dan sebagainya. Tapi ada juga yang kata ia boleh menyebabkan haid cepat kering atau cepat menopause. Yelah, apa2 yang kita makan atau minum tu kene la berpada-pada, kan…janganlah diambil secara berlebihan hingga menyebabkan kemudaratan pulak. Cukupla minum sebulan sekali dan jangan lupa berdoa supaya jamu yang kita minum tu dapat memberi manfaat kepada diri kita kerana Allah Taala. Eh, ni ada ke yang nak resepi?

Jamu Asam Kunyit

IKLAN

Bahan2:
500g kunyit hidup*
500g asam jawa
250g gula melaka
100g halia*
100g temukunci*
100g cekur/kencur*
2-3 biji manjakani
7-8 helai daun sirih
2 liter air
Buat Sendiri Ramuan Jamu Kunyit, Resepi Semakin Berseri Dan Awet Muda

IKLAN

Cara2:
1. Blender bahan2 yang bertanda* dengan sedikit air. Tapis airnya ke dalam periuk. (Hampasnya boleh diguna sbg lulur).
2. Masukkan baki air ke dalam periuk yang sama. Masukkan juga asam jawa, biji manjakani dan daun sirih. Rebus hingga mendidih.
3. Setelah mendidih, masukkan gula melaka. Kacau2 dan masaklah sehingga gula melaka larut.
4. Tapis air jamu sebelum diminum. Selebihnya hendaklah disimpan dalam peti sejuk.

IKLAN

Selamat mencuba.

#JamuAsamKunyit

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI