Sebut je mangga, mesti ada antara kita dah mula kecur air liur. Ada suka mangga manis, ada suka yang masam. Buah mangga ni memang terkenal di negara jiran kita, Thailand. Kalau di tepi jalan di sana, memang banyak nampak orang jual buah mangga yang dah siap dipotong dan dibuang kulit. Selalunya kita boleh pilih sekali dengan pencicahnya yang pelbagai jenis.
Kadang-kadang bila kita beli buah mangga di pasar sini pun kerap juga dapat yang kurang masak. Nak makan saja memang susahlah sebab masam sangat. Jadi ramai yang suka cicah kicap pedas, cicah garam, asam dan sebagainya. Bagi yang nak bertukar selera, bolehlah cuba colek pedas-pedas manis ala Thai ni.Mudah dan ‘menyengat’, jom kita cuba cara buat sendiri serbuk colek ala Thai di rumah hasil perkongsian Puan Norashikin Ismail. Berikut adalah bahan-bahan yang perlu disediakan terlebih dahulu.
BAHAN-BAHAN
- Cili kering 10 tangkai
- Belacan besar ibu jari hiris nipis *
- Udang kering segenggam
- Gula 6-7 sudu besar
- Garam secukup rasa
CARA-CARA
Mudah saja bahan-bahannya, boleh alter bahan tu ikut kesesuaian. Mungkin ada yang tak makan belacan, jadi kalau tak letak pun tak apa. Sekarang jom tengok cara-caranya pula.
- CUCI & TOSKAN BAHAN- Mula-mula, cuci bersih cili kering dan udang kering. Kemudian toskan untuk buang lebihan air.
- SANGAI- Seterusnya, sediakan kuali dan sangai (goreng tanpa minyak) cili kering, belacan, dan udang kering sehingga kering dan ringan.
- POTONG CILI- Kemudian, biarkan bahan tadi sejuk sekejap. Lepas tu, potongkan cili belah dua dan keluarkan bijinya.
- BLENDER- Masukkan semua bahan tadi ke dalam blender untuk dikisar sehingga hancur. Kalau yang suka tekstur kasar, blender kejap saja. Kalau suka halus, boleh blend lama sikit. Terpulanglah ya.
- TAMBAH GARAM- Akhir sekali, boleh gaul dengan sedikit garam untuk menaikkan lagi rasanya.Agak-agaklah suka banyak mana ya. Kalau masih pedas, boleh juga lebihkan gula. Nak lagi sedap, boleh guna gula merah atau gula kabung. Adjust ikut citarasa dan kreativiti masing-masing ya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI