Dalam keluarga, isteri adalah orang yang paling di dapur. Boleh dikatakan dapur tu menjadi ‘second home’ seorang isteri. Nak menyediakan juadah untuk keluarga, nak bersihkan dapur dan macam-macam lagi. Tapi itu bukan alasan badan isteri perlu berbau bawang sentiasa!
Bau bawang tu sebenarnya hanyalah contoh sahaja. Paling penting, seorang isteri perlulah jaga penampilan supaya nampak indah di mata suami. Suami pun kena ada usaha untuk jaga diri juga. Biarlah sama-sama sedap mata memandang.
Cara Untuk Buat Suami Rindu Macam Mula Kahwin Dulu
.
#1 – Sambut Kepulangan Suami Dengan Senyuman Manis
Sambut kepulangan suami terutamanya dengan senyuman mampu mengubah segala mood penat suami kepada mood yang sangat berbunga-bunga. Dengan tindak tanduk isteri yang menunggu kepulangan suami mampu membuatkan hati suami yang sedang gundah gulana di tempat kerja menjadi ceria kerana disambut oleh seorang isteri terutamanya menyambut suami berserta hidangan makanan yang sedap. Pastinya suami akan sentiasa ternanti-nanti masa untuk pulang ke rumah.
#2 – Jaga Penampilan Diri Selalu
Jaga penampilan diri di sini bermaksud, seorang yang bernama isteri haruslah sentiasa bersiap untuk menunggu suami pulang dari rumah. Elakkan diri daripada berpakaian yang kurang menarik ketika menunggu suami pulang. Sekiranya isteri sentiasa menjaga penampilan diri ketika berada di rumah, suami yang penat pulang dari rumah juga akan hilang rasa penatnya kerana melihat bidadarinya sentiasa kemas dan cantik di matanya.
Kebiasaanya insan yang bernama lelaki suka melihat sesuatu yang cantik . Sama juga dengan suami kita mereka suka melihat kecantikan makanya isteri haruslah sentiasa kelihatan cantik di mata suami.
Tips menjaga penampilan diri:-
- Memilih pakaian yang kemas dan cantik
- Memakai wangi wangian khas buat menyambut kepulangan suami
- Make up untuk kelihatan lebih menarik
.
#3 – Mengambil Berat Dan Menjaga Akan Penampilan Suami
Ada suami yang suka isteri memberikan perhatian 100% akan penampilan mereka dan ada suami yang tidak gemar isteri masuk campur akan penampilan mereka. Justeru itu, sebagai seorang isteri kita perlu memahami bagaimanakah cara suami kita terlebih dahulu.
Bagi suami yang gemar akan perhatian yang diberikan maka ianya akan memudahkan urusan isteri dalam menyiapkan suaminya. Sekiranya anda mendapatkan suami seperti ini maka lebih mudahlah mereka berasa rindu ketika isteri berjauhan.
Suami yang gemar isteri memberikan 100% perhatian akan lebih senang jika isterinya mencadangkan baju apa yang hendak dipakai, mengenakan kancing bajunya, mengemaskan tali lehernya, dll. Lelaki seperti ini adalah jenis lelaki yang suka di manjakan oleh isteri.
#4 -Sediakan Tempat Tidur Yang Kemas Dan Menyenangkan Buat Suami
Tempat tidur bukan sekadar menyimpan rahsia-rahsia suami isteri, ianya juga merupakan salah satu tempat yang tenang untuk mereka saling mencurah perasaan dan saling membuktikannya dengan perilaku.
Justeru itu, jadikanlah tempat tidur salah satu tempat yang eksklusif dan peribadi untuk pasangan kita. Isteri perlu lebih kreatif dalam menghias bilik tidur agar wujudnya ketenangan ketika berada di dalam bilik tidur. Kebanyakan suami tidak suka tempat tidurnya dimasuki orang tanpa izin termasuklah anak-anak. Hal ini disebabkan bilik tidur adalah tempat peribadi antara suami dan isteri sahaja.
.
#5 – Menjadi Pendengar Setia Untuk Suami Selalu
Satu sifat wanita yang tidak di gemari oleh suami adalah membebel atau membantah. Jadi untuk menjadi wanita yang terbaik buat suami jadilah pendengar yang setia tanpa usulkan apa-apa bantahan terhadap apa yang di ungkapkan oleh suami. Ada masanya mereka hanya memerlukan sokongan dan dorongan dalam setiap masalah yang di hadapi kerana suami isteri haruslah sentiasa bantu membantu antara satu sama lain.
#6 – Ucap Terima Kasih Pada Suami Atas Setiap Kebaikkannya
Lumrah manusia suka mendengar ucapan terima kasih atas setiap satu kebaikan yang diberikan. Begitu juga dengan suami, mereka sangat gembira sekiranya isteri mengucapkan terima kasih akan setiap pemberian yang mereka berikan. Ucapan terima kasih umpama ubat bagi setiap penat lelah yang mereka berikan selama ini dalam mencari nafkah untuk keluarga.
Setiap ucapan terima kasih yang diberikan kepada suami atas segala kebaikan yang mereka berikan mampu membuatkan mereka sentiasa rindu akan ungkapan tersebut. Ucapan terima kasih umpama satu ucapan yang mengeratkan hubungan kasih sayang antara suami isteri yang sukar untuk diungkapkan.
KREDIT : BIDADARI.MY
GAMBAR UTAMA : SWEETPICTURES KL
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI