Perkahwinan ialah akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab.
Namun rasa cinta dan kasih sayang itu adakalanya seakan hambar bila masing-masing mula sibuk dengan urusan harian. Secara tidak langsung, cinta dan kasih sayang itu terus pudar dan layu.
Selalu juga keadaan berlaku apabila si dia masih bersama kita, si dia langsung tidak dihargai. Layan pun umpama ‘melepaskan batuk di tangga.
Melalui perkongsian Dr Redza Zainol di laman Twitternya, doktor ini berkongsi tentang situasi yang berlaku di depan mata dia dan rakannya. Semoga perkongsian kisah ini dijadikan tauladan bersama.
Ads
KURANG MENGHARGAI BILA DAH BERSAMA DALAM TEMPOH YANG LAMA
Ads
PERASAAN CINTA ITU PERLU DISIRAM SETIAP HARI
CUBALAH UBAH RUTIN HARIAN
Ads
BUAT TIGA PERKARA INI DALAM RUMAH TANGGA:
Kesimpulannya, jika ada sebarang masalah antara suami isteri, bawalah berbincang. Ketika berbincang, sentiasalah berfikiran rasional dan bukan semata-mata mengikut emosi dan perasaan. Semoga rumah tangga yang dibina terus kekal bahagia hingga ke syurga.
Ini pesanan sebelum tukar status jadi hak orang, dengan kata mudah berkahwin. Tak boleh pandang remeh dan sejujurnya perkahwinan itu bukan ‘kacang’ seperti yang anda nampak pada luaran.
Terlalu banyak yang tersirat dan jika kurang ilmu dan sabar dalam diri, boleh jadi hanyut lah bahtera cinta yang anda bina.
Jadi sebelum pergi jauh, jemput baca nasihat daripada Puan Haitun Kamarazaman ini.
Pesanan Sebelum Tukar Status
1.Jangan sesekali terjebak laki orang. Jangan sekali-kali percaya mulut manis suami orang. Mereka itu akan memburukkan isterinya demi meraih perhatianmu. Ingat.
Suami yang memburukkan pasangannya bukan lelaki yang baik.
Curang itu pilihan. Bukan takdir. Mana mungkin kau bahagia pada saat membina hubungan atas air mata dan keruntuhan orang lain.
2. Jangan duduk di rumah mentua atau emak sendiri tanpa alasan yang kukuh. Belajar hidup berdikari suami isteri. Suami yang baik akan menyediakan rumah isterinya, bukan menumpangkan isteri di rumah ibunya.
Kalau dia masih mahu berada di bawah ketiak emaknya, itu barangkali dia belum siap untuk bernikah dan memikul tanggungjawab.
3. Pastikan tiada ipar duai dalam rumah sendiri. Ipar duai ada yang kaki mengumpat/hasut. Lagi pun fikirkan aurat dan kebebasan isteri di dalam rumah.
4. Jangan buat loan untuk sesiapa waima suamimu. Banyak jantan suka ambil kesempatan. Suami suruh buat loan nak beli motor besar. Dia berkonvoi dengan kawan-kawan, lagi teruk bawa ‘betina’ naik motornya.
Engkau duduklah dalam rumah melayan anak. Silap hari bulan bercerai, kau yang tanggung hutang. Aku dah tengok dan saksikan banyak hal ini.
Bekerja Kalau Ada Peluang
5. Kerja. Walaupun dalam Islam, wanita tak wajib cari nafkah, namun zaman ini, segelintir lelaki sukar dipercayai. Ada yang kedekut tahi hidung masin dengan bini. Bini nak minta duit suami sendiri pun macam pengemis.
6. Sekali dipukul suami, pakwe, tunang… tinggal terus. Jangan pernah percaya pada jantan kaki pukul. Lelaki budiman tak pukul perempuan.
7. Kena ada ilmu. Ilmu akan menyelamatkan anda daripada ketaatan membuta tuli. Jangan pernah percaya kepada ketaatan tanpa batasan. Kita hamba Allah, bukan hamba suami. Tanpa ilmu, yang paling berpotensi menghinamu barangkali suamimu sendiri.
8. Berdoalah tanpa putus mohon jodoh yang baik kerana doa itu senjata ampuh orang mukmin. Ada lagi, boleh tambah.
Kata orang tua, sediakan payung sebelum hujan. Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis. Jangan sudah terhantuk baru tengadah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebelum beli, ambil tahu dulu cara pilih lipstik sesuai mengikut warna kulit. Jadi bila pakai gincu, baru lah wajah naik seri walau muka mekap nipis.
Nak-nak pula kalau anda jenis suka pakai lipstik sahaja bila keluar rumah, bedak bagai tak pakai.
Cara Pilih Lipstik Ikut Warna Kulit, Ini Bantu Naikkan Seri Wajah
Jika memakai lipstik yang tidak kena dengan warna kulit, pasti anda akan berasa tidak puas hati kerana ini tidak menaikkan seri muka seperti mana yang diharapkan.
Justeru itu, pemilihan warna lipstik sangat penting untuk mencantikkan anda. Nah, cuba ambil peduli cara nak pilih lipstik mengikut warna kulit:
1. Kulit Sawo Matang
Cara pilih lipstik untuk wanita pemilik kulit sawo matang adalah dengan memakai warna merah, merah muda, coklat atau ungu. Ini adalah kerana warna-warna ini boleh membuatkan anda nampak lebih elegan!
Jadi kalau ingin sertai event atau apa-apa sambutan, pakailah lipstik warna yang telah disarankan di atas supaya anda dapat tampil dengan bergaya dan nampak classy di hadapan ramai.
2. Kulit Cerah
Cara memilih lipstik untuk wanita yang mempunyai kulit cerah atau cold undertone adalah warna nude, coklat, merah, orange dan emas. Ini adalah kerana warna-warna ini mampu memberi kesan bibir yang berkilat dan juga nampak natural.
Jadi, kalau rasa anda berkulit cerah, carilah warna-warna ini waktu membeli lipstik nanti!
3. Kulit Kuning Langsat
Bagi wanita yang memiliki kulit berwarna kuning langsat, anda perlu memilih lipstik berwarna dark berry, red cherry, orange bata dan merah maroon.
Berbeza dengan wanita berkulit cerah, anda yang mempunyai kulit kuning langsat perlukah elak daripada warna nude kerana ia boleh membuatkan anda kelihatan pucat.
Jangan pula anda saja-saja nak mencuba warna nude sebab teringin, nanti merana apabila bibir tampak pucat dalam gambar!
Ingat, bukan semua warna lipstik sesuai dengan warna bibir kita kerana bahagian ini mempunyai warna yang berbeza mengikut orang.
Jadi, untuk tampak cantik perlulah sedikit effort dan trial and error supaya anda dapat mencapai penampilan yang diidamkan. Selamat bercantik-cantik, wanita!
Tiada siapa yang tahu siapakah jodohnya. Hanya Allah SWT yang mengetahui dan berhak menentukannya. Perkahwinan menurut Islam adalah misteri kehidupan selain kematian, nasib dan rezeki.
Jodoh bukanlah pilihan, tetapi takdir yang telah tercatat dengan jelas dalam Lauhul Mahfudz. Jodoh setiap orang sememangnya telah ditetapkan Allah. Bagaimanapun, kita juga dituntut untuk berusaha untuk menjemput jodoh.
Dalam perihal mencari jodoh, ada perkara yang perlu kita peka. Mungkin si dia bukan jodoh kita.
1) Dia dah kawin dengan orang lain – tak payahlah kau doa dia cerai supaya kau boleh kawin dengan dia – itu mindset semak samun.
2) Dia dah tinggalkan kau untuk orang lain – tak payahlah nak sibuk fight back, buang masa. Sedekah jer lah.
3) Kau rajin tanya khabar dia, dia tak pernah tanya khabar kau – mundur jer lah kalau kes camni kes bodoh – cari orang yang sibuk tanya khabar kau tu baru jodoh.
4) Kau jatuh cinta pada makhluk media sosial, sebab cinta tak valid sampai kau jumpa dia. Selagi belum jumpa hati kau nak sangat kat dia maksudnya santan jiwang kau pekat sangat. Kurangkan dengar lagu Melayu mendayu, nanti kau feeling lebih padahal single.
Banyakkan baca al-Quran.
5) Kalau dia hansem sangat, ingat kau mungkin hodoh, carilah selevel yang sama-sama hodoh – supaya bahagia sampai gigi sama-sama luruh.
6) Jika dia datang bila hanya ada keperluan, belanja makan sebab nak ajak kau join bisnes MLM, contact jika hanya ada keperluan, call hanya bila ada kesusahan, datang pada kau kerana nampak kau ada kelebihan, orang macam ni akan pergi bila nampak kekurangan kau.
Perlu diingati dan difahami bahawa tanda-tanda si dia adalah jodoh ialah Allah mudahkan taaruf korang untuk ke jalan nikah, bukan couple.
Couple adalah jalan yang paling mudah untuk hati patah. Taaruf untuk nikah.