Persediaan ni, kalau kita tak tahu mana nak mulakan dulu, susah. Maka dengan perkongsian ini, harap membantu. Terutama buat mereka yang ingin bernikah di Johor.
Dah decide tarikh bila nak nikah . Atleast 6 bulan sebelum, dah kena buat preparation untuk siapkan semua borang. Tarikh nikah, boleh dibuat pada hari sama dengan majlis, atau nikah jumaat, majlis sabtu.
Hadir kursus kahwin, kalau dah hadir lama, kena buat revision semula tatacara permohonan untuk daftar nikah.
Lengkapkan permohonan di pautan online di http://encr.johor.gov.my. Untuk negeri Johor sahaja. Negeri Lain ada yang masih pakai offline, ada juga borang kena ambil di pejabat.
Download segala borang borang yang patut pada pautan online tu, dan lengkapkan.
Buat Pemeriksaan HIV di poliklinik terdekat. Borang yang dah di muat turun tu, siap dengan borang HIV Check.
Jumpa ketua kampung mukim tempat kita tinggal untuk dapatkan borang pengesahan akuan bujang daripada ketua kampung tu. Bila kita tanya kita nak nikah, ketua kampung akan keluarkan borang khas, siap tandatangan n cop.
Hadir temuduga, antara yang disoal adalah Mengucap dua kalimah shahadah, bacaan Alfatihah, rukun nikah, doa qunut, tanggungjawab bersama suami isteri selepas Submit segala borang & buat pembayaran ke pejabat Kadi.
Bila lulus, Pejabat kadi akan serahkan fail untuk di serahkan pada imam tempatan lantikan, tempat anda bernikah nanti
Sediakan duit untuk upah imam, dan saksi ??
Selamat bernikah, semoga berjaya.. Jangan lupa kena ingat lafaz akad nikah bagi pengantin lelaki, “..Aku terima nikah, Nurlidya Izzati, dengan mas kahwin RM22.50 tunai..”
KETERANGAN:
DAH DECIDE TARIKH BILA NAK NIKAH ??.
– Atleast 6 bulan sebelum, dah kena buat persediaan untuk siapkan semua borang. Tarikh nikah, boleh dibuat pada hari sama dengan majlis, atau nikah jumaat, majlis sabtu.
HADIR KURSUS KAHWIN,
– Hadir kursus kahwin dengan bayaran RM120 untuk dua hari tak silap. Syarat hadir kursus kahwin, mesti dah siapkan gambar bersongkok (lelaki), Berbaju kurung menutup aurat (Wanita). Biasanya pejabat kadi pun ada anjurkan di kawasan masing masing. Selesai kursus dapat sijil. Guna untuk permohonan nanti. kalau dah hadir lama, kena buat ulangkaji semula tatacara permohonan untuk daftar nikah.
LENGKAPKAN PERMOHONAN BARU DI PAUTAN ONLINE
– Buat permohonan di http://encr.johor.gov.my. Untuk negeri Johor sahaja. Negeri Lain ada juga pakai online, ada juga borang kena ambil di pejabat. Kedua pasangan perlu kemukakan permohonan baru.
Ads
PRINT BORANG BERKAITAN YANG ADA DALAM PAUTAN ENCR.
– Selepas anda lengkapkan permohonan baru di pautan ENCR tu. Anda boleh muat turun slip permohonan kebenaran nikah, Borang laporan kesihatan (HIV), Senarai semak dokumen, dan borang pengesahan saksi untuk bernikah. Anda dah boleh muat turun atau terus cetak borang borang tu dari pautan web EncrJohor tu.
BUAT PEMERIKSAAN HIV DI POLIKLINIK TERDEKAT.
– Borang yang dah dah di muat turun tu, sila cetak, siap dengan borang HIV Check. Boleh buat 1-3 bulan sebelum nikah. Hanya sah klinik/poli klinik kerajaan tau. Kalau Swasta tak terima.
JUMPA KETUA KAMPUNG MUKIM TEMPAT KITA TINGGAL
– Bagitahu jerr, kita nak nikah, nak surat akuan diri, ketua kampung akan keluarkan borang khas daripada ketua kampung sendiri. siap tandatangan n cop. Maaf, borang ni tiada dalam pautan Encr tau. Kena jumpa ketua kampung/penghulu/pengurus felda.
TENTUKAN SIAPA SAKSI BORANG KITA.
– Saksi borang tak semestinya daripada saksi Akad ya.. Saksi borang mesti LELAKI selain adik beradik. Saya guna kawan lelaki. Dapatkan tandatangan dan salinan IC kedua saksi borang tersebut.
Ads
SEDIAKAN SEMUA DOKUMEN SOKONGAN
– Dokumen sokongan ini termasuk, kad pengenalan, kad pengenalan ayah, ibu, saksi borang (salinan shj), surat akuan status diri (dapat dari ketua kampung/penghulu), surat bermustautin (jika alamat johor, nikah kat KL sbb dduk KL), Sijil kursus Pra-perkahwinan, Sijil nikah Ayah & Ibu (untuk pasangan perempuan), dan banyak lagi. Anda perlu rujuk sendiri di Borang Senarai Semak Dokumen di Pautan ENCR yang anda dah print tadi.
BERSEDIA UNTUK DITEMUDUGA
– Borang dan segala dokumen sokongan itu perlu Submit & buat pembayaran di pejabat Kadi, dan selepas itu anda akan di temuduga.
PAKAIAN SEMASA TEMUDUGA
– Yang lelaki mesti pakai kemeja/baju melayu/ tshirt berkolar dan BERSONGKOK, mana perempuan BAJU MELAYU. Kalau tak kena marah nanti. hehe
JAWAB SOALAN TEMUDUGA
– Saya ada share soalan temuduga sebelum ni. Tapi pastikan lah, tahu kalimah syahadah beserta maksudnya. Tahu bacaan Al-fatihah sebab memang baca dalam solat, Tahu bacaan Qunut, sebab bacaan dalam solat subuh. Lain-lain kalau tak ingat tu, tak apa. Yang disebutkan tadi kalau tak lepas, kena balik bertalaqi lutut ke lutut dengan imam kawasan. Mana boleh nak nikah mengucap pun tak reti. Sebab perkahwinan bukan sekadar berkahwin jerr, tapi adalah membina zuriat beragama islam tau.
Ads
SELEPAS LULU TEMUDUGA, PEJABAT KADI AKAN SERAH FAIL KHAS.
– Pejabat kadi akan serahkan fail untuk di serahkan pada imam tempatan lantikan, tempat anda bernikah nanti. Nanti pejabat akan sebut siapa nama imam nanti. Tugas kita, serahkan semua fail tu kepada tok imam. Tok imam yang nikahkan kita tau. Jangan tersalah tok imam. Sebab nama imam ada tertera di f
BAYARAN UPAH IMAM DAN SAKSI AKAD NIKAH
– Kita siapkan siap siap dalam sampul. Ada tiga sampul tak silap saya. Biasa bayaran upah ini pejabat kadi akan maklumkan berapa. Kalau tak tahu, tanya imam. 1 sampul untuk imam, dua sampul untuk saksi.??
PRAKTIS LAFAZ AKAD
– Kena ulang ulang, takut nervous kan. Praktik sebulan sebelum. Hari hari sebut. Dan doa agar dipermudahkan Allah. Lafaz Akad, “..Aku terima Nikah………(Nama Penuh Pasangan Perempuan).. Dengan mas kahwin RM22.50 Tunai..”
SELAMAT BERNIKAH.. Semoga bermanfaat. Silakan SHARE, tag pasangan yang bernikah tahun ni. Aminn..
Kredit : Baitul Taaruf
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Saat memilih baju pengantin pastinya menjadi perkara yang paling mengujakan bagi setiap bakal pengantin. Momen ini cukup penting bagi memastikan anda membuat pilihan baju pengantin yang tepat dan sempurna. Namun begitu, terdapat beberapa kesilapan besar yang boleh berlaku saat bakal pengantin memilih baju pengantin.
Kesilapan besar ini boleh membuatkan anda tersalah memilih baju pengantin sekali gus menyebabkan penampilan anda kelihatan tidak sempurna di hari bahagia. Jom kita lihat tujuh kesilapan besar yang sering bakal pengantin lakukan ketika memilih baju pengantin. Elak daripada melakukannya dan jangan buat kesilapan-kesilapan ini.
1. TIDAK BUAT BAJET
Anda harus tahu bajet yang anda perlu peruntukkan untuk baju pengantin anda. Sebelum memilih baju pengantin, tetapkan bajet anda terlebih dahulu. Buat kajian mengenai harga baju di butik pilihan. Anda dinasihatkan agar memiih baju pengantin mengikut kemampuan anda. Untuk menjimatkan kos, anda boleh pergi ke ekspo perkahwinan kerana di situ terdapat banyak pakej promosi yang ditawarkan dengan harga yang lebih murah dan berbaloi.
Anda pasti memerlukan seseorang untuk membantu anda ketika memilih baju pengantin. Ramai bakal pengantin akan membawa ibu, adik atau kawan rapat. Walau sesiapa sahaja yang anda pilih, mereka hendaklah orang yang anda boleh percayai untuk memberikan pendapat yang jujur dan dalam masa yang sama, orang tersebut tidak boleh mempengaruhi anda untuk memilih baju pengantin yang mereka suka sahaja.
Jika anda membawa terlalu ramai orang, anda akan berakhir dengan terlalu banyak pandangan yang berbeza-beza sehingga akhirnya ia boleh mengelirukan pilihan anda. Pastinya anda mahu baju pengantin anda nanti menjadi pakaian yang boleh membuatkan anda kelihatan berseri dan memukau di hari bahagia anda.
3. MENEMPAH TERLALU AWAL ATAU TERLALU LEWAT
Menempah baju pengantin terlalu lewat boleh menyebabkan anda tiada masa untuk membuat pilihan yang banyak. Baju pengantin tidak perlu ditempah terlalu awal tetapi anda masih perlu menyasarkan matlamat untuk memperuntukkan masa yang cukup jika ada sebarang perubahan.
Jika anda berhasrat untuk menempah terlalu awal, anda sekurang-kurangnya sudah mempunyai tema serta menetapkan tarikh dan lokasi perkahwinan yang bakal berlangsung kerana keputusan ini akan mempengaruhi apa sahaja gaya baju pengantin yang bakal anda pilih. Jika anda belum bersedia untuk membuat tempahan, orang lain mungkin boleh menempah baju yang anda sukai dan menyebabkan anda tidak dapat menempah baju pengantin tersebut.
4. TIDAK MEMBUAT PENYELIDIKAN SEBELUM MEMBELI
Adalah baik untuk anda berfikiran terbuka tentang apa jua gaya baju pengantin yang anda mahukan tetapi dalam masa yang sama, anda juga perlu mempunyai beberapa idea tentang baju pengantin yang anda gemari. Mengetahui lokasi perkahwinan dari awal akan membantu dan memudahkan anda memilih baju pengantin, malah anda boleh mengambil masa untuk melihat beberapa gambar yang menarik minat anda.
Selain itu, pastikan anda menetapkan tema perkahwinan sebelum memilih baju pengantin. Ini penting agar baju pengantin yang dipilih tidak lari daripada tema anda. Buat kajian tentang potongan yang sesuai dengan bentuk badan dan warna yang sesuai mengikut tona kulit anda.
5. HANYA MENCUBA SATU GAYA BAJU
Mungkin anda menyukai warna putih dan hanya mencuba semua pilihan baju pengantin dengan warna tersebut. Kesilapan ini boleh mengakibatkan anda ketinggalan untuk memilih baju pengantin dengan warna lain yang mungkin lebih sesuai untuk anda, selain menyekat pilihan baju pengantin anda.
Mungkin segelintir bakal pengantin lebih berminat untuk menempah saiz baju pengantin yang lebih kecil atas alasan anda rasa yakin yang anda bakal kehilangan berat badan sebelum hari perkahwinan. Sebenarnya perkara ini boleh memberi kesan buruk sekiranya anda tidak berjaya untuk mendapatkan bentuk tubuh idaman anda menjelang hari perkahwinan. Ia lebih berbaloi untuk anda mengingati bahawa kebanyakan baju pengantin boleh memberi kesan kepada gaya. Oleh itu, pilihlah baju pengantin yang sesuai dengan bentuk tubuh anda ketika membuat ukuran, jangan terlalu menumpukan perhatian tentang menurunkan berat badan anda.
7. MENEMPAH BAJU PENGANTIN YANG ANDA TIDAK SUKA
Ingat, ini adalah pakaian anda! Ia harus menjadi baju pengantin yang anda suka berbanding baju lain yang anda sarungkan. Jangan memilih baju pengantin kerana ia dibuat oleh ibu anda atau ia merupakan baju warisan keluarga. Tiada siapa pun yang mahu berkahwin lebih daripada sekali. Jadi, pastikan anda membeli baju pengantin yang menjadi impian untuk anda sarungkan sekali dalam seumur hidup anda.
Sebaik sahaja lafaz akad, seorang wanita sah menjadi isteri. Dunianya hanyalah pada suami dan anak-anak. Saat itu, bukan dia meminta untuk memisahkan diri dari mana-mana persahabatan namun dia perlu menjalankan kewajipan sebagai isteri.
Maka suami, hargailah. Saat dia meninggalkan sahabatnya, dia mengharapkan anda menjadi temannya yang paling setia. Yang boleh mendengar keluahan hatinya, yang boleh memberi pendapat tentang fesyen yang disarungkan, yang boleh menjadi tempat untuk bergurau senda.
Maksudnya: Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang mukmin yang paling baik akhlaknya dan sebaik-sebaik kamu adalah orang yang paling baik kepada isterinya” (Hadis Riwayat. At-Tirmidzi, 3/466; Ahmad, 2/250 dan Ibnu Hibban, 9/483. Hadis dinyatakan sahih oleh Imam at-Tirmidzi, Ibnu Hibban dan Syaikh al-Albani.)
Apa adab yang perlu suami tunjukkan pada isteri?
Lemah lembut
Wanita adalah kaum yang penuh dengan kelembutan. Bagaimana dia melayan orang, begitu juga dia mahu suami melayaninya dengan penuh kelembutan termasuklah tutur kata. Ia melembutkan jiwa dan menenangkan hati yang hiba.
2. Berkomunikasi dengan baik
Jagalah tutur kata agar hubungan rumahtangga terpelihara.
3. Tunjuk rasa cinta dan kasih sayang
Siapa yang akan halang untuk seorang suami menunjukkan rasa sayangnya pada isteri? Terdapat banyak cara yang boleh suami zahirkan rasa sayang sebagai contoh Nabi Muhammad SAW pernah bermain lumba lari dengan isterinya Aisyah RA.
4. Usah persoalkan kesalahan pasangan
Semakin kita mencari kelemahan pasangan, semakin kita mendekati pergaduhan dan perselisihan faham. Ada ego suami yang perlu direndahkan saat ini. Ingatlah, apa yang anda lakukan demi kebaikan, pastinya akan dibalas dengan lebih banyak kebaikan lain.
5. Lakukan aktiviti bersama
Ambillah masa yang banyak bersama isteri. Bawalah dia keluar berjalan atau temanilah dia membeli-belah. Sesuatu perkara yang sering dilakukan dengan kawan-kawan seronok juga dilakukan bersama suami.
Jadi, anda pilih untuk menjadi best friend isteri atau membiarkan mereka bersama-sama temannya tanpa anda di sisi. Cuba hargai saat bersama isteri supaya kehidupan dalam perkahwinan lebih bererti.
Kredit foto: Sweetpictures KL
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila dah kahwin, suami jangan berkira dengan isteri bab duit. Ini syarat paling utama kalau nak bahagia sampai hujung nyawa.
Orang perempuan, kadang sebab tak mahu susahkan sumai, sanggup guna duit sendiri. Asal duit dapur diguna sebaiknya bukan buat beli barang kehendak.
Namun hakikatnya, orang lelak suka tengok benda cantik atau molek, bukan? Ini yang menjadi masalah. Sepatutnya suami kena faham soal duit.
Suami Jangan Berkira
Bak kata saudara Firdaus Shakirin, lumrah wanita nak ada duit sendiri. Baik bekerja atau berniaga, dia nak ada duit sendiri untuk kegunaan sendiri.
Dia ada keinginan dia, dia ada kemahuan dia dan dia boleh beli semua itu dengan duit dia sendiri.
Tapi bila suami tak bagi dia ada duit sendiri, maka suami kena bagi duit suami kat isteri. Dia tetap kena ada duit untuk dia beli barangan keperluan dia.
Molek Bagi Lebih, Jangan Cukup-cukup
Jangan hulur duit kat isteri cukup-cukup untuk makan, barangan dapur, bil utiliti, perlu ada lebih untuk dia beli barangan peribadi.
Boleh jadi alat perhiasannya dah habis, boleh jadi pakaiannya perlu diganti. Boleh jadi kelengkapan luar dalamnya dah kena beli.
Terma nak isteri pakai dan guna mana yang ada tu, perlu difikirkan berkali-kali.
Jika keinginan suami nak isteri nampak menarik di mata, tapi pakai mana yang ada, maka di mana “menariknya”…?
Dia perlu ada duit untuk dia beli apa yang dia nak. Isteri tahu apa yang perlu dibeli untuk dirinya sendiri, dia tak akan beli benda yang tidak menjadi keperluan untuk dirinya.
Dia tak akan sia-siakan duit yang diberi oleh suami.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!