Ramai Sebak Dengan Pemergian Siti Sarah. Sebagai Ibu, Dia Sudah Berjuang Sebaiknya. Berehatlah Sarah…
Awal pagi lagi negara dikejutkan dengan kehilangan bintang seni tanahair, Siti Sarah bt Raissuddin. Berita yang disampaikan sendiri suami, Shuib Sepahtu di laman Instagram membuatkan ramai yang terkedu dan sebak.
Banyak penulisan yang menarik dan indah dicoret mengenai arwah. Perjuangan Siti Sarah sebagai isteri begitu indah dan perjuangannya sebagai ibu begitu kuat. Selama 11 tahun Siti Sarah dipinjamkan kepada suami dan menurut Shuib, ia merupakan 11 tahun yang paling indah bersama isteri tersayang. Kehilangan Siti Sarah ‘menghidupkan’ ramai orang…
Di sini Pesona Pengantin kongsikan penulisan dari Facebook Maryam Elyas buat tatapan anda.
=======================================================
KENAPA SEBAK DENGAN KEMATIAN SITI SARAH?
Ya, memang angka kematian sebab kovit ni tinggi. Ramai yang kehilangan orang tersayang. Tapi kenapa, kematian yang satu ni sesangatlah diperkatakan orang.
Sebab dia artis? Itu mungkin salah satu sebabnya. Bila dia selebriti, namanya dikenali. Sebab itulah bila dia meninggal dunia, semua orang tahu.
Tapi CikYam memandang arwah sebagai seorang IBU. Perjuangan seorang ibu yang melahirkan bayi ketika pandemik. Disebabkan dijangkiti kovit, dia perlu cepat lahirkan baby secara pembedahan pada usia kandungan tujuh bulan.
Semuanya demi memastikan baby sempat dilahirkan dan terus hidup. Sementara ibu, pada saat diri sendiri berjuang sebab gangguan pernafasan disebabkan kovit, perlu menanggung satu parut pembedahan di perut.
Bersalin caeser, aduhai… Lukanya bukan calang-calang. Perut dibelah 7 lapisan.
Seorang ibu, walau lemah terus berjuang untuk nyawa dikandung badan. Namun, akhirnya perjuangan terhenti kerana Allah lebih menyayangi.
Dalam keadaan nifas, dia pergi menemui Ilahi. Syahid seorang ibu. Lupus dosa-dosanya. Allahu.
Malah sang suami, tak henti-henti menyatakan redanya pada isteri. Dimaafkan segala dosa, dihalalkan segala yang diberi. Memudahkan laluan si isteri untuk kembali menghadap Allah.
Pengorbanan bayi? Dia lahir ke dunia tanpa sempat menatap wajah ibunya. Apatah lagi merasai setitis nikmat air susu ibu sendiri.
Ramai ibu di luar sana yang terus hamil, melahirkan umat manusia ketika pandemik ni kan?
Kisah Siti Sarah memaparkan perjuangan dan pengorbanan ramai insan. Semuanya sebab wabak.
Isteri, pengorbanan melahirkan nyawa si bayi sedangkan nyawa sendiri di hujung tanduk apabila paru-paru ada darah beku dan paras oksigen sangat rendah.
Suami, pengorbanan meredakan dan ikhlas melepaskan isteri tercinta. Hidup dalam kerinduan pada isteri yang pergi buat selamanya.
Bayi, pengorbanan tidak sempat menatap wajah ibu dan menikmati susu ibu. Apatah lagi merasai kehangatan pelukan ibu seumur hidupnya.
Anak-anak, tiada lagi kasih sayang seorang ibu yang selama ini dirasai.
Allah, betapa banyak kisah sedih mengenai kehilangan pada hari ini. Kehilangan secara tiba-tiba kerana dijangkiti virus yang tak nampak dek mata kasar. Bilakah semua ini akan berakhir?
©CikYam

Wahai ibu yang bakal melahirkan, CikYam doakan anda terus kuat! Kuat! Kuat!

 

Ads
Ads
Ads

Semoga kita dapat mengambil iktibar dan menjadi isteri terbaik buat suami. Shuib sempat berpesan dalam live, berbuatlah sehabis baik untuk suami…
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI