Tak semua isteri mampu buat seperti wanita ini lakukan. Walaupun sibuk dengan segala hal, tapi masih mampu menjalankan tugas dengan sempurna.  Suaminya mendoakan syurga buat isteri ini kerana setiap yang isterinya lakukan memang tiada tandingan. Perfect!

Baca luahan Cikgu Hussayn di facebooknya untuk isteri yang digelarnya Ainul Mardiah

Isteri Yang Baik, Bijak Meraih Hati Suami
============================

Saya jarang menceritakan hal berkaitan rumahtangga di FB kerana pd saya biarlah ia rahsia walau manis atau pahit sekali pun. Banyak kisah yg saya coretkan ialah berkaitan anak2 & anak murid sahaja. Memandangkan topik dakwah itu luas maka saya ingin berkongsi apa yg berlaku pada sy. Semoga menjadi iktibar serta inspirasi bg insan yg bergelar isteri di luar sana.

Baru2 ini isteri tercinta saya yg saya gelarkan sbg (‘Ainul Mardiah) ada maklumkan yg dia perlu ke JB sebagai urusetia mesyuarat KPI yg dianjurkan jabatannya. Bermula 9hb (selasa) hingga 12hb (jumaat) Januari 2018. Empat hari merupakan masa yg agak lama sebenarnya pd saya kerana menurut kbiasaan, isteri sayalah yg menguruskan pakaian serta menghantar anak2 ke sekolah n pengasuh krn saya menunggang motorsikal sahaja ke sekolah.

Ads

Cabaran bagi saya bila isteri tiada ialah terpaksa menguruskan 4 orang puteri saya. Awal pagi perlu kejutkan mereka, siapkan urus diri si kecil, menyediakan pakaian n peralatan mereka, menghantar dua anak ke sekolah rendah, kemudian hantar pula anak kecil (3 tahun) pada pengasuh dan selepas itu ke tadika di presint 9 utk hantar anak ketiga (5 tahun) yg baru bersekolah disana. Mencabar sbb banyak perkara saya kena buat dalam satu masa disamping pastikan hadir ke sekolah awal memandangkan minggu kumpulan saya bertugas.

Apa yg buat saya terharu tentang isteri saya ini.. cuba lihat gambar n baca perbualan whatsapp saya dengannya. Allahu.. Rupanya semua pakaian saya n anak2 dah tersedia n diseterika mengikut hari. Pinggan mangkuk juga sudah siap dibasuhnya. Tidak cukup dengan itu, nampak yg dia begitu risau hingga bermula pukul 5.30 pagi td hp sy akan berbunyi & tiap 20 minit akan berbunyi lagi sampailah saya betul2 keluar dari rumah. Tidak cukup dengan itu, dirinya taip lagi nota pd saya untuk ingatkan apa yg perlu dilakukan. Mungkin nampak kecil dimata org lain tetapi hebat n besar dimata saya. Terasa diri diambil berat n disayangi.

Ads

Bila situasi begini.. teringat saya sebuah wawancara di TV suatu ketika dahulu. Seorang pemanggil bertanya apakah dia berdosa sekiranya tidak mengikut wasiat isterinya yg mahu dia berkahwin lagi selepas ketiadaan isteri tersebut kerana meninggal disebabkan kompilasi semasa melahirkan anak bongsu. Perbualan mereka disaksikan ibu mertuanya ketika itu n dia terpaksa mengatakan ‘ya.. insyaAllah’ kerana mahu menjaga hati isterinya saat tersebut memandangkan isterinya terlalu bersungguh2.

Dimaklumkan lagi bhwa anaknya kini sudah mencecah usia enam tahun dan dia masih menduda. Para panel bertanya, apakah alasan dia tidak mahu berkahwin lagi n mengikut wasiat isterinya. Katanya.. “Saya rasa tiada wanita lain yang boleh menggantikan tempat isteri saya dan saya takkan jumpa wanita yg sepertinya. Biarlah seperti sekarang krn saya bahagia bersama anak2 dan kenangan bersamanya.” Allahu.. kata2 yg terus menusuk disanubari. Ia membuatkan ahli panel n saya yg menonton terharu n menitiskan airmata. Beruntunglah isteri yg mampu memikat hati suami dgn cara yg tersendiri, walau anda tiada lagi didunia bayangan kalian masih tersemat dihati seorang suami. Semoga pasangan ini akan bertemu semula di Syurga Firdausi.

Ads

Nukilan khas ini adalah buat isteriku ‘Ainul Mardiah @ Rosnita. Ketahuilah yg dirimu sudah mencapai tahap seperti isteri pemanggil tadi. Abg bahagia n redha akan dirimu sayang. Pilihlah mana2 pintu Syurga yg dikehendaki. Cuma abg doakan biarlah abg pergi dahulu bertemu Ilahi sblm dirimu krn abg tidak sanggup kita berpisah ddunia ini. Jaga n didiklah anak2 kita sebaiknya. Salam sayang buatmu wahai Bidadariku ‘Ainul Mardiah.

“Apabila seorang wanita (isteri) itu sudah melakukan 4 perkara ini; solat fardhu 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan diri dan mentaati perintah suami, maka dia bebas masuk ke Syurga melalui mana-mana pintu yang dipilihnya.”
[HR. Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani]

Bukan Calang-Calang Isteri! Lelaki Ini Terharu Sehingga Doakan Syurga Buat Zaujatinya

#kisahinspirasidiri
#cikgukaunselingviral
#meraihhatisuami
#meraihsyurgaabadi

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI