Hubungan Fazura dengan suaminya, Fattah Amin tidak dilanda badai tetapi pelakon popular Nur Fazura Sharifuddin ini memilih untuk hidup privasi.
Sebenarnya spekulasi ini mula tular beberapa bulan lalu, mencetuskan pelbagai reaksi dari peminat.
Fazura & Fattah Elakkan Tayang Mesra
Dalam satu kenyataan, Fazura, 40, mengakui terkejut dengan cerita yang tersebar itu dan menjelaskan bahawa hubungannya dengan Fattah berada dalam keadaan baik.
“Sebenarnya saya tak tahu hujung pangkal daripada mana cerita ini bermula. Kawan-kawan mesej saya tanya hubungan dengan Fattah okay ke tak. Saya faham peminat nak ambil berat sebab sudah lama tak nampak kami bersama,” katanya.
Mengulas mengenai dakwaan bahawa hubungan mereka bermasalah kerana sudah lama tidak kelihatan bersama dalam media sosial, Fazura menjelaskan bahawa dia dan Fattah telah sepakat untuk tidak lagi mempamerkan kemesraan di media sosial sebagai tanda hormat terhadap isu Palestin.
Ads
“Saya faham peminat ambil berat sebab sudah lama tak nampak kami bersama. Jujurnya, saya memang hadkan ‘posting’ mempamerkan kemesraan dalam media sosial. Saya sangat terkesan melihat penderitaan rakyat Palestin. Jadi, saya rasa tak perlulah tunjuk kebahagiaan bersama keluarga dalam media sosial,” katanya.
Hadkan Perkongsian Anak
Fazura juga menjelaskan bahawa dia turut menghadkan perkongsian gambar anak mereka, Nur Fatima Aisya, kerana perasaan yang sama. Bagaimanapun, aktres tersebut mempunyai satu akaun media sosial khas dan ‘private’ untuk berkongsi kehidupan peribadinya.
Ads
“Saya ada satu lagi akaun lain dan di situ sesiapa yang mengikutinya boleh lihat foto kami bersama. Boleh juga nampak perkembangan kami,” tambahnya.
Sebelum ini, tanpa sebarang angin atau ribut, media sosial heboh dengan dakwaan bahawa hubungan Fazura dan Fattah kini sedang dilanda badai. Spekulasi tersebut timbul apabila mereka dikatakan sudah tidak lagi saling meninggalkan komen atau tanda suka di media sosial.
Ads
Kisah rumah tangga mereka juga menjadi perbincangan di sebuah laman sembang, di mana pandangan tersendiri mengenai keadaan rumah tangga pasangan itu dikongsikan.
Ada juga yang mempertahankan pasangan selebriti tersebut dengan mengatakan bahawa mereka tidak perlu mempamerkan kebahagiaan di media sosial.
Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia empat tahun.
Diam-diam ubi berisi. Begitulah perumpamaan bagi pasangan pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail yang akhirnya selamat bergelar suami isteri.
Kisah cinta mereka tidak diwar-warkan. Sama ada Nad Zainal mahupun Ungku Ismail, lebih selesa mendiamkan diri. Semuanya terungkai apabila masing-masing memuat naik status tentang pernikahan mereka.
Menerusi Instagram miliknya, Nad Zainal memuat naik beberapa keping foto bersama Ungku Ismail dalam persalinan serba putih.
Nad atau nama lengkapnya Farah Nadia Zainal Abidin, 32, menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 berserta gelang tangan emas daripada pengantin lelaki. Kedua-duanya disatukan sebagai suami isteri iaitu pada 23 Januari lalu bersamaan dengan 1 Rejab 1444 Hijrah.
Pasangan ini mula menjalinkan hubungan rapat dengan selepas sama-sama terlibat menerusi drama Cina Buta. Hubungan itu kemudiannya berlanjutan sebagai rakan kongsi menjayakan program berbentuk travelog dalam saluran YouTube milik pelakon drama Teman Lelaki Upahan itu.
Keintiman Nad Zainal dan Ungku Ismail semakin dapat ‘dihidu’ apabila Ungku Ismail dilihat setia di sisi Nad sepanjang dramatis itu berada dalam situasi kesihatan kritikal akibat masalah paru-paru pada November tahun lalu.
Nad turut mengakui menyayangi lelaki itu apabila memuat naik satu hantaran berbaur cinta ingin kekal selama-lamanya mencintai Ungku Ismail.
Rezeki kita itu sudah diatur oleh Allah sehingga rezeki masing-masing orang tidak ada yang tertukar, begitu juga soal ajal dan jodoh semuanya sudah tertulis, tak ada siapa yang dapat menghalangnya.
Bayangkan perasaan sedih dan kecewa bila baru je ingin menikmati manisnya alam rumah tangga, tetapi orang yang disayang meninggalkan kita buat selamanya. Jadi kita sebagai hambanya perlu reda dan terus berdoa agar sentiasa diberkati.
Baca perkongsian lelaki ini kenapa dia tidak ingin dengar lagi soalan seperti ‘bila nak kahwin lagi?’ Sejak kematian isteri yang menghidap sakit kanser.
Semoga lelaki ini tabah dan cekal untuk meniti hari-hari yang akan datang.
Letih menjawab soal jodoh seolah itu sahaja yang gayanya seorang duda meletakkan fikirannya. __ Isteri saya itu, datang dalam hidup saya tiada saya benar mencari. Segalanya kerja Tuhan. Saya sejujurnya hanya berdoa dan memperbaiki apa yang ada pada saya sendiri sebagai seorang muslimin. __ Tidak pernah meletak pengharapan pada seorang muslimat, jauh sekali membayangkan diri sendiri akan menjadi seorang suami. __ Allah datangkan, mungkin melalui doa isteri, dan doa sendiri yang terkadang sepi benar mahu mengenal erti mencintai, dan dicintai. Dari hari pertama mengenali, sehingga usai akadnya kami, Allah senangkan kami. Mungkin kerana agama dipertaruhkan oleh kami, Allah sudi memandang sisi agar kami disatukan dan diberkati.
Jangan ditanya ‘bila nak kahwin lagi?’
Hari pertama bergelar suami, hari pertama mula mencintai. Nikmat satu demi satu Allah beri. Cinta, indah, begitu indah antara suami isteri. Antara perkara yang paling saya rindui. Seolah hari-hari ada syurga menanti bila beristeri. Tempat meluahkan kasih, menabur jasa dan membina barakah agar hidup diredhai. __ Apakan daya, yang indah tak selamanya bersemi. Yang paling abadi itu, agama itu sendiri. Terasa seolah syurgawi yang selama ini dibina, ranap dipukul ombak ganas, ditinggal tak bertali. __ Katanya lelaki, haruslah menjadi sebagaimana lelaki. Simpan sedihnya, terus mencari pengganti. Tapi itu bukan janji saya pada diri. Saya tidak memerlukan pengganti. Datanglah jodoh mungkin kemari, sebagai dirinya sendiri. Bukan pengganti, bukan bayangan arwah isteri. __ Saya khuatir dengan diri sendiri, oleh itu saya masih lagi tidak mencari. Cukuplah seperti sebelum ini, doa sahaja saya titipkan andai itu yang ditulis Illahi, jodoh saya ada lagi. __ Sekian nukilan, jangan ditanya; bila nak kahwin lagi?
Two days before she left, exactly on my birthday, I knew she was no longer herself. Part of the cancer pain, she forgot many things and that included my birthday.
Being her loving self, always prepared, and willing to do anything for her loved one, I discovered that she wrote for me a birthday message on notes in her phone.
Written beautifully on the 11th of November 2016 when she was in hospital and sane:
Baby,
Happy Birthday. I don’t know if I am still here but you know how much I love birthdays and I would love to be with you and celebrate this very day that the love of my life was born.
Baby,
Marrying you was indeed the most beautiful thing that ever happened to me and I am very grateful to God that He gives me such a wonderful husband. Looking at how much you love me and how you care for me when I am sick makes me love you even more. You are the best husband one can ask for baby! I will always pray that Allah will reward you abundantly and I know He will for everything you have done for me and insyaAllah hopefully we will be reunited in the paradise where there would be no pain and no tribulations but just happiness and love and everything good insyaAllah. Let’s focus on that. Try to get all of us (our families and good friends) into His Jannah and enjoy ourselves there. This world is temporary. This pain is temporary. Everything will be okay baby. Have faith in Allah. He knows best! Love you sooo much baby!
Your sayang ❤
Days passed slowly, I am still, and will always be in love with you sayang.
Seorang YouTuber Pakistan telah menarik perhatian warga maya apabila dia menghadiahkan seekor anak keldai kepada isterinya semasa majlis perkahwinan mereka.
Azlan Shah dari Karachi telah menghadiahkan haiwan itu kepada isterinya, Dr Warisha yang merupakan seorang pempengaruh di media sosial.
Azlan berkata, dia tahu isterinya amat menyayangi anak keldai. Atas alasan itu dia telah menghadiahkan haiwan tersebut sempena majlis perkahwinan mereka.
Video acara tersebut disiarkan di laman Instagram Azlan dan telah ditonton sebanyak 2.81 juta kali.
Dalam video itu, Azlan menyatakan “Persoalannya ialah mengapa keldai dijadikan hadiah? Jadi jawapannya ialah anda (pengantin) menyukainya dan kedua anda paling rajin dan penyayang.”