Hubungan

Bukan Hanya Duduk Dapur, Diana Danielle Senaraikan Kemampuan Wanita Bila Beraksi

Share

Cerita tentang kemampuan wanita, pelakon wanita, Diana Danielle mempunyai pandangan tersendiri tentang isu ini. Baginya,

“Wanita pandai dapat membentuk generasi muda yang bijak.”

Itu pandangan yang dilontarkan pelakon  mengenai pandangan skeptikal golongan wanita hanya membuang masa melanjutkan pelajaran kerana akhirnya akan menghabiskan usia mereka di dapur sahaja.

Kemampuan Wanita Luar Biasa

Dalam masa sama, pemilik nama lengkap Diana Danielle Danny Beeson, 33, turut menyenaraikan tanggung jawab wanita yang dapat melakukan apa sahaja dalam rumah tangga lebih dari sekadar kerja dapur.

“Wanita boleh menguruskan rumah tangga dengan cekap dan menyelesaikan masalah yang golongan lelaki, mungkin tidak ada masa atau sukar untuk memahami.

“Dia juga mampu memberikan penyelesaian kepada masalah dan menyokong kehidupan anda yang tidak begitu baik sebelum ini.

“Wanita juga boleh menyumbang kepada keluarga dan masyarakat serta memberi impak yang lebih daripada sekadar melakukan kerja-kerja di dapur,” katanya dalam aplikasi Thread.

Bukan Hanya Duduk di Dapur

Sebelum ini, seorang pengguna Thread memuat naik kenyataan tentang: ‘Perempuan bazir belajar tinggi-tinggi, akhirnya duduk dapur juga’.

Kurang bersetuju dengan tulisan itu, Diana menulis pandangannya tersendiri mengenai wanita. Ini bukan kali pertama ibu kepada dua orang anak itu lantang memberikan pendapat dalam media sosial.

Published by
Nadia